Friday, February 18, 2011

kronologi kisah kau, aku dan segalanya.

WARNING! post yang ditulis ini dan 5 lagi post yang akan datang memang membosankan, jadi anda memang tak digalakkan baca sebab nanti anda akan mencarut carut kebosanan. tapi kalau nak bace jugak, baca la. aku sungguh terharu.

EPISOD 1
-2007 (pertengahan tahun)
DS Maktab Rendah Sains MARA Kuala Kubu Bharu.

"hahaha", "eh kau ni,,,,", " bapak ah, xyah doe,," etc etc. bunyi cam lebah, even ramai mata disitu tertancap pade skrin TV, satu2nya TV yg boleh hidup kat situ. yang kat bhgian laki tu, tggu meletup je la. tibe2...

 zzzeewp! dan "awwwwhhh" serta "woiiiiiii"

"ahhh,, takde2 dengar ni!"

eh mamat nih, dah la tinggi melangit, gi diri plak atas meja. tutup TV lak tu, org laen tgh syok2 tgk megamovie kat TV3 jumaat malam nih, dye mencapap pulak. hmm, tu sume kate hati org2 yg ade kat situ. sah2 xde sape berani lawan sebab dye adalah, DENT TIGER. 

"ok2. perhatian semua! undilah CEP! jangan lupe undi dye, arghh korg kena jugak undi dye!
undi tau! undi! vote for CEP for the next SRC,woohooooo!!!"
sambil menayang nayang poster dalam genggaman dye tuh. 

sungguh 'erkkk' bagi aku. pape je lah. sape pon yg dye cakap tuh. aku pon tak tahu, xkenal, tapi yg pastinye, ayat2 tu baru shje berkumandang dari corong semua speaker kat maktab nih. ceh, promote sampai buat announcement. tu pon tak cukup lagi tu.

Foyer ASPURI MRSM KKB. 
"wahhh,, gile banyak poster,, eh, mane paat punye a? ouh ni dye,, eh ni sape? f4 baru ea? xkenal doe,," aku dan membe2 berlegar2 kat foyer menengok2 poster2 calon BWP untuk sessi 2007/2008. dan...

"ouh,, yang ni ke,,," *semestinya bukan penuh minat.
"weyh ni ea yang dent cakap tadi tu? geng dye ke? jadi bwp? bapak la."
'jadi bwp? bapak la.'
'jadi bwp? bapak la.'

Malam Menifesto Calon BWP 2007/2008
on the way nak ke dewan dengan ecah dan yg laen. dan....

"obey CEP obey! obey CEP obey! obey CEP obey!"
 jeritan berulang ulang.
penuh semangat. pasti.
sambil berarak.

berarak? bapak ahh, gile ni, ade geng, bnyak pengaruh, boleh la,, hahahaa, mesti best ouh dalam DB jap gi nih.
dalam DB, hmm, kali ni nye menifesto, bosan? mmg xlah. tgk la dikemudikan oleh batch mne? batch yg xberani org sntuh. mmg terkenal dengan ke-unite-tan dye. woww, mmg gempak. kini, tibe giliran org yg disanjung2 td, haha, kalau otw masuk dewan pon da sorak2 ni kan pulak nak naek pentas. hm,,, runtuh dewan ngan sorakan gila babi kuat dan hebat tuh...

* * *
kaki lima depan kelas 4e, wakaf yang dikelilingi bunga ixora/ bunga jarum, tepi lab KH. semuanya ade sangkutan2 poster muka sama yg banyak di bhagian atasnya, paling xboleh blah, wakaf tuh, keliling tuh muka dye. gila banyak poster kau ni. gila mencapap. aku koyak satu kang. *cakap je, xberani buat, nnti kalau ade geng dye nampak, kena belasah kot. hmm...
* * *
Mengundi - " hmm,, last,, lagi sorg laki, nak undi sape nih,,, hmm, xtahu la,, ahh,, lantak lah, pilih je la yang mane2,,," hm, Muhammad Hafiz Bin Idris. zass zass *pangkah je la.

Minggu Aktiviti - sesi perbincangan SEM bosan - bilik guru
bla..bla..bla..*bosan bincang bosan. eh, yeah, mataku,,,woww,,(bunyik dye bukan 'wauu' tau, bunyi dye 'woww' ekot melayu baku) ni eh CEP tu? first tyme wehh face too face cenggini, tgk depan2, the real one. salu tu dari jauh, tu pon tyme menifesto, before ni aku x perasan pon dye wujud. maybe xperasan. atau maybe pernah jadi sasaran tabiat pelik mata aku. aku xtahu. tapi yang pastinye skarg aku dapat tgk dye depan2. pakai jersi merah2 maroon+putih. ape brand dye a? alaa, aku lupe plak. sekali lagi "woww".

kuar jap dari bilik guru, dan masuk balik, lagi skali, dye pon masok balik, dan lagi sekali itu jugalah, "woww".
on the way turun tgge, masa rehat. "eh, ecah, asal aku asik nmpak cep tu je a? aku rasa kitorg ade jodoh la,, hahaha." *aku tak tahu aku bergurau atau ape. " jap g mesti nampak lagi" dan "woww." ya, mmg aku terserempak dgn dye lagi. 
'gila, ini mmg gila'

dan sejak hari 'gila,ini mmg gila' tuh, aku kerap kali terserempak dengan dye. "woww." sumpah aku kata, aku dah mengalami satu perasaan yang "woww"(wauu!) mmg gila lah! aku xnafi kan, pelik sungguh. aku tersangkut ke? ye, kau tersangkut. pergh, cara dye jalan, kau jangan cakap ahh, nak describe pon aku xreti, tau ayam serama? camtulah. woww! (kali ni sebut wauu!) smart gile! mmg smart gila nk mampos. aku suke, dan aku rase ni la yg buat aku tsgkut sgkut sgkut sgkut kat kau!

Foyer pejabat MRSM KKB. 
malam minggu aktiviti. 
aku dan ade la segelintir f2 berlegar2 kat situ,, dan,,,
"weyhh sume f2 pegi db skang!" suara besar,garau.
"weyhh sume f2 pegi db skang!" suara slow,kat dalam, n macam fasha sandha versi laki.
gabungkan dua2! sumpah buruk gila.

tp, toleh juga aku keblakang even buruk2 pon.. dan,, "woww" dengan kuase ape tibe2 aku ade nih, kaki ku bagai da ade navigation, terarah sendiri, xperlu disuruh, dan mulut ku bagai kapas oh ringannye bertanya, ouh mataku juga, macam dah krem tibe2, 
" ermm, kalau kitorang pergi bilik RC?"
"hm?? ouh ade ni ea, aa xpe pergi a."kata suare slow.

tapi aku blom puas, sebelum dye menghilang dari pandangan mate, lagi sekali,
mulut yang seberat -3g ni tnye.
"btol ke ni? xpe?" *nk dapatkan kepstian lah konon.
"aaa,, btol xpe2,"
"aaa,, btol xpe2,"
 "aaa,, btol xpe2,"

*berbunga*senyum sampai ke telinga, lebih lagi*kaki ringan perlahan lahan terangkat ke udara*bagai baru tumbuh sayap*aku melayang layang* terapung apung di udara* juga bersama bunga bunga indah yang tiada berat graviti.*jantung aku berdegup dengan perlahan, tapi degupannye kuat bagai nak pecah,keluar dari badan*
indah. cukup indah. aku pasti.

ini kali pertama. aku bercakap dengan kau, CEP.

* * *
hari berganti hari. gila aku dengan CEP tuh makin menggila. macam org bodoh je, mcam innocent stalker, npe lak innocent? sbb aku takot ngan kau, geng kau, f5 dan BLACK. sape BLACK? malas aku nak cite, panjang jadi nye nanti. bayangkan lah. setiap kali terserempak ngan CEP, bulan sabit bawah hidung ni macam dah nak jadi bulan penuh yg besar. gila lah, blushing bile nampak dye. senyum cam org gile. sebab selalu xdapat nak cover, bile terjumpa dye je, aku akan tundukkan kepala aku kebawah. *nak sorokkan senyumlah katakan. tapi agak2 dye nak blah, usha balik. ngek kan? hmm, sampai sir wan pon boleh tau and bahan aku dalam kelas, suke tersasul sasul cakap name hafiz. benci aku. naseb baik sir tak panggil dye cam dye buat kat nona dan ferd. boleh bunuh diri aku kalau sir main main macam tuh.

Suatu Malam - Prep Malam - kelas 2 Amanah.

"hahaha,, weyh gila lah,,", "ouh, aku macam nak mampos...", "nanti kau dah siap..." name je prep, tapi macam pasar. dan,,,

"Assalamualaikum..." gabungan suara garau dan slow kedengaran di muka pintu.

"woww."

"ha,,!mer, buat2 la rajin sikit, bace buku,,, kau nih.." kata nanie
sambil menolak buku yg dah ternganga dan meletakkan highlighter kat tgn aku.

"okay, kat sini ade kertas, sape yang tak balik hujung minggu ni, tulis nama kat sini. nombor maktab skali."
suara sape? aku dah tak ingat tapi, statement tadi membuatkan aku tersentak. ya, ayah pernah cakap, kalau setakat sabtu ahad je cuti, takyah balik, sebab ayah malas nak ambik dan hantar balik, bukan lame pon.

"ha,,mer, kau tak balik kan? gi la tulis name,,"

eh,, macam tau2 je ape yg aku tgh pikir kan nanie nih, kau ni mind reader ke atau kau saje je...

apepon, aku still ke depan selepas didesak2 nanie dan yg laen.

"ey ekie, pinjam pen jap." " eleh, kau saje je en nak gi depan,,,hehehe" "mne ade,btol la aku xbalik,"
*cover haha. 
lepas tulis, aku duduk balik tempat aku, sebelum tuh sempat lagi la mate ni jalankan tanggungjawab, haha, si baju hijau pucuk pisang,, argghh, aku suke kau lah!

dah takde org tulis lagi, dorg pon nak blah la kelas laen, tapi, sebelum tu,,,,

" weyh CEP, ni ha, ade budak suka kat kau ouh,, tu yg dok blakang pakai bju kaler hitam tu."

zzuuuppp! sseessh sseessh sseessh

terduduk aku kat bawah meje, dan tros merangkak ke meje kawan yg hujuuuung sane. 

aku dah xnak dengar ape lagi lepas tu, sampai la kawan aku kate dye da blah. tros aku bangun da n word pertama kuar dari mulut aku yelah, "bangang ah,,! kau ni asal arop!? cari pasal je!"  bengang! memang bengang. dah kantoi, dah kantoi, dah kantoi. malu la beb! 
tapi,, disebabkan kebangangan terlampau arop tu lah...

"weyh,, sini jap,," yot yg baru kuar kjap tadi, masuk balik, dan panggil aku. dah sah2 la aku taknak. gila kau. ni mesti pasal CEP nih. tapi, aku ade assistant rupenye,, nanie terus meluru ke arah yot. yot pas sumthing sambil berbisik. nanie pandang aku dan terus peluk aku dan terus jerit sekuat kuat hati, as if, dye xpernah panadai jerit. melompat kegembiraan, ytapi aku masih terpinga. nanie hulurkan secebis kertas yang tertera,

Hafiz
0123022***

*ishh, ade la num dye, mne leh bagitau.

aku terkejut, dan lagi terkejut, nanie kate dye nak num aku.,, "ha??" aku bagaikan xpercaya,
aku xtahu ape yg aku rasa skrg, mmg seronok dapat num dye tapi bile part dye mintak num aku, aku rase,, "xnak!"

"eh, bagi je lah!" "ahh xde, bagi gak." "eh, xnak gune tulisan kau, tulisan kau buruk."
mereka beria ria dengan tawaran itu. siap gune tulisan orang lain lagi. aku still,,
" xnak!" 
tapi ape nak buat, dah terpass dah pon num tuh kat dye. dan dye suruh aku on fone malam nih,
katenye, nak call! 
gila! tapi masalahnya,,,,

* * *

"ermm, fatin, leh pinjam fon x? malam ni je,, kejap je, bto kejap,, aku gune sim aku,pliss,," itulah msalahnye, aku mne bawak fon. aku bawak sim je. hmm, kan dah terpaksa pinjam. malu je.
"cepat a mer,," "ntah, da xsabar dah ni,," " haha,, aku xdapat bayangkan doe,"
ishh, dorang nih, "korang memang la da xsabar, tapi bukan aku yang nak call dye, dye yang nak call aku,,"
hm,, so,, xberapa lama lepas tuh,,,    zzzzzz zzzzzzzzz zzzzzz zzzzzzz zzzz *fon vibrate! fon vibrate! fon vibrate!

calling...
0123022***

mak aiii,,,jantung,, xyah cakap la,, degupan dye, selaju vibrate fon tuh, tp lagi kuat. ni btol2 boleh pecah jantung nih!
"angkat la!!!" suara2 mereka yg sggup tggu panggilan dye bersamaku.
"erkk,, alahai, erm, hello, erkk,, ish, babibabibabibaibabibabibabi..."
tut tut tut. pnggilan terputus, biasalah line xde, tapi,,,ade line yg masih xputus menjerit macam gila,
"woiii! yang kau pergi mencarut2 cakap babibabi tu asal bodoh,,,!"
haa.. amek aku sebijik. maaflah, carutan aku memang xterkawal bila aku nervous, dan tertekan.
"hahaha." tu je yang mampu aku balas. kesal? ntah, memang diriku. dan,, lagi sekali,
fon vibrate, kali ni, peluang kedua ini, xkan aku siakan dengan carutan aku. dan,,,
"hello,,,hye!..."
"hye..."
ouh, lupe aku nyatakan, before dye call, dye ade bagi msg ini, 

hye,,,

xkan aku lupa kan malam itu. dan yang pastinya, tidurku agak nyenyak malam itu. sungguh nyenyak. aku pasti.
* * *
ya, minggu yang sama, hari jumaat, semua pelajar dah tak sabar sabar nak balik, cos waktu pagi tu pon kurang berjalan dengan lancar kerana hampir semua fikiran dah melayang ke Mid Valley,TS,, tempat yang acap kali aku dengar oleh mereka2 yang selalu kuar hangout dengan member2. aku? haram lah boleh kuar.
mampu dengar je la,,,dan,,,

" eh mira, CEP tanye, kau tak balikkan minggu ni? dye kate dye nak jumpe kau malam ni kat kelas, boleh?"

"ha???"
ya Allah,, btol ke tak ape yang aku dengar nih? gile ke? ape dah jadi ngan dunia ni? asal lak mamat nih? 
sume orang dah gila ke???
"kau boleh tak ni? kau jawab je boleh ke tak, jap gi aku nak gi tau dye time rehat,"
tersentak lagi aku. aku xtahula berita jenis ape yang Falah bawak ni. 
tapi, after bincang2 ngan membe2, aku cuba kata, "ya,"
*betul ke tak aku ni? aku pun gila macam sume orang.

"nah,,,amik nih, kau cari la mane yang elok, gosok tau, hahaha, adoi,, asal la aku balik, kalau tak boleh la aku tolong make over kau sikit,,hahahaha," seloroh nanie, sambil mencampakkan aku berhelai2 tudung.
hmm,, baik, tapi kata kata tajam. hahaha.

malam tuh, berbekalkan tudung nanie yang dah diiron dan di-starch-kan, aku melangkah ke blok akedemik besama Kamusy, yang sudi meneman. memang dah xde org, dye xbalik jugak.

ini adalah janji temu yang pertamaku. janji temu? hahaha? janji temu ke? ntahla, yang pastinya, dye kini duduk dihadapanku, dalam kelasku. dan di atas meja ku, terdapat sekotak air tebu yeos, dan sebuah buku rujukan BM kepunyaan Nabila kecik, di mana aku menulis namaku diatas buku itu semata mata kerana dye ingin melihat tulisan burukku. hahahaha. *dan utk pengetahuan, buku tu masih ade lagi dalam simpananku.

perjumpaan malam itu selesai selepas aku melihat muka Kamusy yang dah berasap sebab tunggu lama sangat dan perjumpaan itu telah bersambung pada esok paginya. ape aku nak cakap,,,

'ini gila!!!'

* * *

mengecewakan, kisah ini berakhir setakat ini, ouh, sebelum itu, aku nak bagitahu yang aku telah dipaksa ke interview  untuk exco bagi biro sukan. biro sukan. ya. xlain tidak bukan. kau lah bironya. sama juga. 

'ini gila!!!'

tiada lagi kisah tentang aku dengan dye pada bulan puasa ini selain kami adela bermsg2 sikit, sangat sikit. dan lebih mengharukan, terdapat selitan peristiwa hitam dalam hidupku pada bulan puasa tersebut.
alFatihah.

* * *

Sambutan Hari Raya MRSM KKB tahun 2007 - TEPI DB -  bawah khemah makanan.

"eh mira, hye cane,,? okay? ey, nak tahu tak? CEP dengan Anum!"

gebukkk!!! 

bagai ade batu menghimpap kepalaku. kata2 Black tu sangat membuat aku terkesima. 

"anum? f1 tu ke? yang,,,, tu tu?" 

" ha, yela, ha, tu dye, panjang umur, heh, benci nye rase tgk muke dye!"

Black, aku ingat kau sorang je competitor aku, tapi ni lagi dasyat, dah kapel dah pun, semasa ketiadaan aku pulak tuh. aku xdapat tahan. kalau dye pilih budak baik,ayu, lemah lembut macam Farhana Malik tu xpe jugak, ni Anum tuh? aku xdapat tahan, tros blah masuk blok, nangis macam orang hilang anak dekat dalam bilik. tu je yg mampu aku buat. hari ke hari.

ape aku buat bila aku nampak dorang dating, xyah cakap lah. dah xsggup nak cerita. sangat gila. dorang dating kat floor bawah, aku nangis nyanyi nangis kat floor atas, bukan setakat nyanyi biasa. kuat kuat. memeang satu blok akademik tu boleh dengar. copp, lagu ape? 'when your gone' avril lavigne.

Malam Terakhir bagi tahun 2007 - depan koop.

........

aku memang tak dapat nak cakap ape ape selain hanya menyaksikan dua insan itu berjumpa depan bilik BWP. cukup! cukup lah tu! aku dah tak sanggup tengok lagi. pergilah kau CEP. selamat bahagia bersamanya. secebis doa kutitip kan. 

selamat tinggal CEP. aku harus lupakan kau.

to be continued.


No comments:

PENUNGGU