Friday, December 13, 2013

Ditch

Wisel bunyi

Manager minta tukar player.

Kau kena panggil keluar, ganti dengan player lain.

Perasaan tu.

1000 kali lagi sakit dari kau kena layang kad merah.
Atau kau tak terpilih untuk jadi wakil langsung. 

Thursday, December 5, 2013

Bukit Ampang

Bila engkau sedar engkau bukan siapa siapa.

Secangkir kopi kegemaran tak mampu lagi jadi penghangat.

Selembut selimut tebal tak mampu lagi jadi penghangat.

Berjela puisi cinta membara tak mampu lagi jadi penghangat.


Kerana yang engkau perlu hanya,
Sentuhan lembut
Rangkulan kemas
Hembusan nafas dia pada leher
Dan satu kucupan lama di bibir.


Malang, hanya mimpi cuma.
Kerana kau bukan siapa siapa. 
Bagi dia. 



Tuesday, November 26, 2013

Orang tua

Dan kau tak pernah mahu tunjuk sebarang aprisiasi terhadap wujudnya aku sejak umur 14 ku.

Aku tak mahu dibanggakan
Aku mahu aprisiasi.

Entahlah.
Mungkin aku pun tak pernah tunjuk aprisiasi aku terhadap kamu.

Saturday, November 23, 2013

Teruk

K.
Life never fair.
Learn that.
Accept that.

Entah.
You won't be forever in your ectasy.
When the dose is off.
Reality will take you back.
Toutures.

Enough.
You will never want to stop.
Right?
But you ain't got no power.
Today you with the society.
Socializing.
Tomorrow.
You'll be sitting alone.
In the fucking room.
With the fucking loneliness.

And somehow.
At that point.
You would crush like a nut.
Where the socialize society that you've been part with?
Yes. Gone.

Gone.
Gone.
Gone.

Learn that.
Accept that.

Saturday, November 16, 2013

drinking sweet strawberry shake , swallows bitter ginger.

"benda tak boleh nak bahagi-bahagi ni, memang macam tu. jadi you mesti pilih satu,"

terngiang-ngiang kata-kata itu di sebalik cahaya berbalam-balam datang dari lampu bujur sebelah katil tidur.

Ah! Memang susah bila kau buat aku resah setiap kali kucup bibir kau yang basah. Madah apa kau guna hingga buat hati aku berbelah-belah hingga aku hilang tuju arah?

Ah!

Lahanat!

Dan kini aku serba salah. menelan rasa bersalah, betul-betul bersalah.

Habis tiga malam aku jadi pemikir yang berilmu fakir.
Cuba mengusir nafsu dari cinta.
Cuba memadam nafsu yang mengabur cinta yang sedia buta.

Dan akhirnya...

Aku pilih untuk hidup dalam dunia yang dua selagi mampu buat hati rabakku pulih biar untuk seketika.
Selagi aku mampu rasa erti sebenar eskapisma.
Selagi aku mampu campak peluru hujah nista.

Biarkan.
Biarkan aku tanggung sebarang kebarangkalian.
Biarkan aku tanggung segala bentuk sesalan.






Monday, November 4, 2013

Eskapisma

Eskapisma yang baru saja aku lalui semalam malam buta;
Yang terhasil dari rasa gilanya aku terhadap engkau dan perbuatan engkau.

Eskapisma malam buta semalam seolah menerawangkan aku dalam ruangnya yang tersendiri. 

Separa sedar!

Kelip kelip malam;
Neon terang benderang;
Mencucuk-cucuk waras akal.
Menyuntik gila pada dos paling tinggi!


Dan pada eskapisma malam buta semalam;
Aku disentakkan oleh sang realiti;
"Yang aku masih lagi disini, jadi mana mahu kamu lari?"

Celaka!


Welcome.

*knock knock*

*knock knock*

Terkalih aku dan berlari ke pintu.

"Siapa?"

Sunyi.

*knock knock*

"Siapa?"

Sunyi.

Lantas aku kembali ke ruang tamu yang sememangnya sudah bertetamu. Melayani pemilik ruang tamu hati aku. 

*knock knock*

Ya. Ketukan itu masih bertalu hingga menggetar jiwa aku. 
Tapi aku masih diruang tamu menghabis masaku melayani tetamu dulu.
Walau hati berkecamuk mahu tahu,
Siapa di luar sedang menunggu.

Friday, November 1, 2013

Screening

Kalau kita punya satu kaca mata ini.
Yang mampu kesan laku tingkahnya orang.
Yang akan berbunyi alarm dan menukar lensa merah.
Di setiap kita tertarik pada orang yang salah.

Dan pada satu-satu lelaki atau satu-satu perempuan itu,
Dia bertukar hijau.
Sebagai tanda "pergilah kacau,"
Kerna yang hijau itulah.
Pemilik hati kau yang lagi sebelah.



Biar semua terpelihara nan basah;
Biar tiada rapuh nan patah.


Wednesday, October 16, 2013

Tak jumpa

Boleh beri tahu aku dimana sepatutnya duduk aku ini?

Di dalam gua?
Di ceruk ceruk lorong?
Di bawahan jambatan?
Atau di dalam hutan?

Rumah?
Jangan kau tipu itu syurgaku.
Mungkin itu syurga engkau.
Tapi bukan syurga aku.


Tuesday, October 15, 2013

Monday, October 7, 2013

Raja Lawak

How funny it is when the person who makes you die laughing,
.
.
.
.
.

Finally makes you die crying. 

Macam bodoh kan? 

Babi

Kalau cakap memang senang,
Babi pun mampu terbang.
Memang.


Kasut

Cukup cukuplah kau sedapkan hati aku dengan caci makimu.

Kerana aku selebihnya tahu,
Yang dia memang bukan begitu. 

Jadi usahlah pula kau enakkan hati aku dengan janjian hikmah disebalikknya.

Kerana kalau kau betul betul dalam kasut aku,
Kau sendiri tak mampu terima. 


Thursday, October 3, 2013

Panggilan telefon.


"Hello,"

"Hello,"

"Aku alami mimpi ngeri malam tadi,"

"Ceritakan pada aku,"

"Aku mimpi aku berlari..."

"Bukan itu apa yang kita impi dari dulu lagi?"

"Aku mimpi aku lari pergi dari kau. Itu bukan apa yang kita impi dari dulu lagi,"

"Apa perlu kau lari pergi dari aku dalam realiti?"

***

"Tidak. Selagi bukan kerana mati,"







Mimpi ngeri

Jadi kau betul-betul nak pergi?

Betul ni?

Dah fikir masak habis?

Betul-betul nak pergi?

Kalau macam tu---
---pergilah.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Tapi aku harap engkau bangun dari mimpi ngeri dan telefon aku cakap kau tak mahu dan tak pernah langsung mahu pergi.

Thursday, September 26, 2013

Kurang kasih sayang




















Aku.


Alpa

Dan punyalah kita menidakkan kuasa Tuhan itu.

Dijauh-jauhkan diri.

Tanpa kita sedari, Tuhan punya kuasa rezeki.

Berkuasa dalam hendak.

Memberi atau menarik kembali.

Kita sedar ini tapi masih lagi gagal mensyukuri. 

Saturday, September 21, 2013

Pengemis

Jangan kau sedekahkan aku walau secebis pun hatimu.

Kerana aku akan mengemisnya lagi,
Dan lagi,
Dan lagi.

Sehingga habis tak terkesan.


Tiba suatu saat, manakan pula hati mahu kau serah pada yang terlayakkan? 

Ingat itu--

Pengemis hati macam aku..jangan pernah sekali kau kasihankan.



Friday, September 6, 2013

Mungkin

Mungkin
Aku tak mampu temanimu,
Ke mana jua engkau tuju,
Kerana ketidak upaya akalku.

Mungkin
Aku bukan yang di sebelah kanan atau kiri,
Yang membantu-papah engkau berlari,
Disetiap lapangan yang kau ceburi.

Mungkin juga
Aku bukan yang mampu tolong,
Memecah semalaman otak kejung,
Hingga terisi kertas yang kosong.

Tapi mungkin
Aku yang akan cuba muncul,
Di setiap pincang yang timbul,
Melega dengan aksi biul,
Yang buat kau kembali bersiul.


---
Dedicated to my super genius tahap gaban friend, Najwa Delaila. All the best in Dublin. Tata.

Sunday, August 18, 2013

Untung si Bulan

Terkadang kita terlalu risau tentang keadaan bulan yang jauh di atas sana---

Direnung, ditenung.
Baik baik aja kah dia?

Sedangkan hati yang paling dekat di rusuk sendiri---

Di biar biarkan--
Haram di endah endahkan--

Baik kah dia?
Sakit kah dia?

Pedulikan.
Lebih baik kita rindu pada bulan.

Kelancauan peribadi.

Aku dah tak paham.

Aku dah penat dengan situasi.

Aku boleh jadi gila fikirkan lagi.

Aku mahu berhenti.

Tapi macam mana?

Aku sudah separuh jalan.

Aku toleh ke belakang sudah tidak nampak laluan.

Di sebelah kananku  kawan.

Yang di sebelah kiriku rakan, taulan.

Tapi aku sudah tidak tahan.

Di mana perhentian?

Atau jalan pintas?

Untuk aku berjalan pantas.

Dan melawan arus arus deras.

Yang membesar benci, menghenti nafas.

Beri aku sedikit ruang dan peluang.

Tolong, please?



Wednesday, August 14, 2013

Lilin

Malam ini telah aku padamkan api rindu dulu---


Dan pada sumbu itu,
Akan aku nyalakan satu kasih yang baru. 



Tuesday, August 13, 2013

Yang terpaling

Yang terpaling gedik
Yang terpaling pelik

Yang terpaling manja
Yang terpaling mengada-ngada

Yang paling selebet
Yang paling kuat meleset

Yang terpaling cengeng
Yang terpaling mengendeng

Yang terpaling entah apa apa
Yang terpaling kau-dah-kenapa?

Yang terpaling gila
Itu aku--
bila dengan kau sahaja


Friday, August 2, 2013

What ever.

Aku layan dia lagi baik dari layan kau.


Hmmm.

Moga baik baik aja

Dia kini bertapa di rimba kekalutan lagi. 
Di mana pengakhiran diri itu akan dibawa.
Bagaimana rupa pengkahirannya?
Hitam? Putih? 
Atau masih ditinggalkan kelabu
Seperti masa masa dulu?

Wahai pujangganya dia,
Jenguk jenguklah hati itu,
Dah diretakkan, berderai pula.
Apa tidak cukup kasih yang disemai baja?

Sagatlah semua daki egomu.
Aku tahu, bukan niatmu,
Kasihanilah si dia yang satu itu,
Terkurung rasa, tercungap biru.

Memang sukar meredah belukar.
Tapi kan sahaja sudah lama kalian berdua berkejar?
Rehat rehat lah. 
Sekali sekala. Berhenti. Dan berciumlah.

-Dedikasi kepada pasangan merpati tua. 

Sudah hampir 7 tahun. 

Wednesday, July 31, 2013

15 Februari

Kau bercerita pada aku satu persatu.
Di setiap peristiwa dan angan anganmu.
Dan tak pula  pernah aku bosan dan sebu.
Kerna apa yang aku mahu hanya melodi suaramu.

Tapi waktu itu kita masih malu malu.
Bercakap tentang masa depan masih segan silu.
Tapi kita berdua tahu aku di hati mu dan kau di hati ku.

Dan kita tenggelam dalam lautan cinta.
Tak ku rasa lemas kerana rasanya gula.
Di setiap siang terucap madah cinta.
Dan "aku rindu kamu," pabila datang bulan purnama.

Tapi sekarang ia berdikit dikit hilang.
Setelah hampir setengah bulan menjelang.
Bahagia-- mana mahu kamu terbang?
Ke mana tawa? Di mana sayang?

Apa kita mahu jadi?
Aku tidak mahu lagi begini.
Menanggung seksa dan pahit sendiri.
 Menyaksikan kasih kita perlahan-lahan mati.

Kamu, 
aku mahu 'kita' di Februari.


Aku betul betul rindu.

Wednesday, July 24, 2013

Saturday, July 6, 2013

Bangkit

Terdiam aku disudut itu,
Di ceruk paling dalam di bilik paling hujung itu aku meringkuk kaku. 

Sudah aku marahkan,
Sudah aku lawankan,
Sudah aku tangiskan,

Terkadang aku tanya Tuhan,
"Ini balasan atau sekadar dugaan?"

Lalu aku bangkit menyambung sisa sisa nyawa masih berbaki tatkala sedarku hikmahMu wujud di setiap kejadian.

Nafas baru

Sunday, June 23, 2013

tamat

pernah pada suatu ketika itu engkau rasa mahu lari dari semua,
pernah pada suatu ketika itu engkau rasa mahu lari dari celaka,
pernah pada suatu ketika itu engkau rasa mahu lari dari nyata.

tapi tak kau teruskan kerna...

masih tak kau temu tempat untuk lepaskanjerit,
masih tak kau temu tempat untuk luahkan perit,
masih tak kau temu tempat untuk muntahkan pahit.

ke mana?
di mana?

dan akhirnya...



kau lalukan barang tajam itu di pergelangan halusmu.




Sunday, June 16, 2013

Kembali

Kaku di setiap langkah.
Mati di setiap patah.




Pasrah aku berserah.

Lemah

Di setiap minit,
Selepas saat itu.

Aku lemah.

Tuesday, May 21, 2013

Hati

Keras
Panas
Retak sekali
Bertahan.
Retak seribu kali
Masih bertahan.

Kalau sekali pecah
Berderai.
Habis punah tak terbaiki.
Habis ranap tak terbangun kembali.

Sudah sudahlah
Penat penatlah
Cukup cukuplah.

Dah hancur lebur,
Apa lagi mahu kau tabur?


Saturday, May 11, 2013

Pada Setiap Rindumu

Pada setiap rindumu,
Gambarkan aku dalam mindamu,
Jalan-geraknya aku, 
ketawa-bahaknya aku, 
tangis-sendunya aku.

Pada setiap rindumu,
Ingatkan aku dalam hatimu,
Bicara janji manis setiap bertemu,
Marah rajukku pada dirimu,
Gila bodohku cair di depanmu.

Dan pada setiap rinduku.
Ku titipkan doa buatmu,
Agar kau senang sentiasa di situ,
Yang juga sedang merindu,
Pada setiap jalan gerakku, ketawa bahakku, tangis senduku.

Aku cinta kamu.

Thursday, April 18, 2013

Kejanggalan

Suatu masa dulu,
Engkau pernah ada hati ke aku,
Tapi tak terluahkan engkau pada aku
Sebab engkau malu.

Suatu masa dulu,
Aku tahu engkau ada hati ke aku,
Tapi tak tertanyakan oleh aku,
Sebab aku tahu engkau malu.

Suatu masa dulu,
Akhirnya kau luah ke aku,
Tentang perasaan engkau pada aku dulu,
Tapi sayang terlambat masa itu,
Sebab kau tak lagi punya hati pada aku.

Suatu masa sekarang,
Kita berjumpa mata bertentang,
Kita berbalas "hye," dan senyuman matang,
Berucap jiwa "oh janggalnya masa yang sedang!!!"

Sunday, April 7, 2013

Perlu

Aku perlukan kamu untuk terus hidup
Terbang melintas masa masa yang datang
Kuat menempuhi hadang hadang yang bidang
Bertahan hingga akhirnya,
Kamu dan aku tiba di suatu garisan tamat
Di mana aku dan kamu sudah penat
Dan kita berbaring aja di rumput hijau itu
Menunggu malaikat menjemput jasad membatu

Jangan tinggal aku

Sunday, March 31, 2013

Puisi Petang

Bila masa berlalu pergi,
Akan kau tahu siapa yang selalu di sisi.
Bila mana engkau pecah koyak.
Sedarlah engkau siapa si penjahit rabak.

Tapi sekarang bukan masanya.
Mungkin saja takkan tiba masanya.
Atau mungkin sudah berlalu,
Tapi apa yang kau perlu tahu,
Aku akan selalu di sini untuk mu.

Sunday, March 24, 2013

Procedures

1. Aku penat lah lancau
2. Kimaklah kau ni.
3. Perangai kau tak boleh babi lagi ke?
4. Fuck off!
5. Celaka anak haram.
6. Dasar gampang!
7. Asal kau ni menggelabah babi sangat?
8. Kau ingat aku balaci kau ke sial?
9. Kau ingat kau Tuhan ke kimak?
10. Kau ni pathetic gila kan? Takde life. Menggelabah. Bodoh kesian.

Untuk anjing anjing organisasi sampah.

Saturday, February 23, 2013

Still remembered...

23rd of February,
Where i started to walk alone,
Continue my journey,
Without you but the memories.

23rd of February,
You decided to leave me alone,
But no. You left me with some new friends,
Mr Sorrow and Mrs Pain.

What a loyal, they followed me everywhere, along with your memories.
They taught me to be strong enough, and promised me the Sun and beautiful poetries.

Now... They gone. Just like you.
But the memories are still.
And come alive every 23rd February.

Monday, February 18, 2013

Sunday, February 17, 2013

Engkau tahu?

Engkau tahu apa itu rasa disayangi?

Rasa itu macam engkau tidur malam itu tidak berselimut. Pagi esoknya engkau sedar yang engkau dah berselimut.

Hangat, menyamankan.

Engkau pernah rasa? Aku sedang.

Wednesday, February 13, 2013

Sesat

Sara pakaikan shades tu. hari tak terik pun tapi Sara nak berfeeling feeling Katy Perry. Ahmad tak terasa nak pakai pun walaupun dia yang drive sekarang. sebab Ahmad tak rasa silau pun. maklumlah drive tengah malam mana ada matahari. lagipun mata Ahmad elok. takde rabun. takde silau. Apa yang Sara suka pasal kereta Ahmad ni, ialah kereta Ahmad boleh bukak bumbung dia. Angin masuk laju laju. Sara letak tangan dia di udara. terkeluar dari bukaan atap kereta tu. "Sejuk!" kata Sara. kalau ikutkan hati Sara dah keluarkan kepala menerusi bukaan tu tapi Sara taknak nampak macam batak sangat. yelaa Sara kan asal Key El.

Sebabkan tak tahu nak buat apa dan nak feeling feeling Kate Perry pun tak berapa nak menjadi sebab tak boleh keluarkan kepala, so Sara pun duduk sandarkan diri kat seat sebelah Ahmad yang tengah kusyuk drive. Ahmad kalau drive dia tak bercakap. Concentrate katanya. masa sandarkan badan dekat seat tu, Sara cuba jeling Ahmad. Ahmad tak nampak sebab Sara pakai shades. Sara tahu Ahmad tak nampak so dia teruskan jeling. Sara pandang Ahmad atas bawah. Sara berhenti balik dekat atas. Sara pandang muka Ahmad. pandang lama lama. Sara merasakan sesuatu perasaan yang dia tak pernah rasakan sebelum ni. suatu perasaan yang tenang. agak lama lah jugak Sara dalam posisi macam tu. dan agak tak selesa sikit sebab kepala Sara still menghadapa depan, mata dia je menoleh ke kanan. ke arah Ahmad. tapi Sara tak kisah. Sara suka perasaan yang dialaminya sekarang. dalam kepala Sara mula bermain rancak lagu 'The Wicked Offspring' oleh OCK. Sara tak berapa nak gemar sangat local band. Sara tahu lagu tu pun dari kawan Sara. Cuma Sara rasa lagu tu sesuai untuk situasinya sekarang.

Ahmad masih lagi dengan konsentrasinya menempuh jalan tar yang dihiasi neon neon malam. sesekali dia berkerut memandang singboard. keliru dengan jalan mungkin.


"Eh Sara, I rasa kita dah sesat lah. Singboard kata lain, GPS kata lain,"


dalam hati Sara berpuas hati sangat sebab memang sengaja Sara bagi info jalan salah. Sara nak berada lama lagi dalam kereta dengan Ahmad.

tapi apa yang Sara tak tahu adalah Ahmad pun fikirkan yang sama macam Sara. Ahmad takde lah bodoh sangat tak tahu jalan dekat situ. Ahmad pun asal Key El jugak.


"aku rasa cinta milik aku ini sesat dalam hati kamu,"






Saturday, February 2, 2013

Temporary Crush


Dear rain,
if this feeling is meant to be hidden,
then wash it away.
just let it be gone,
far away so i could never reach,
for once again.
cause it hurts.
yes it hurts
when it only meant to be hidden.

"Terima kasih,"

Thursday, January 24, 2013

Escapade

no words left to say. i miss you every time we're away.

konon konon ayu

konon konon muka candid

okay takde siapa nak tangkap gambar aku so...

RINDU AKU KAMU SIMPAN KEMAS KEMAS YA?

p/s: ada lagi dua tak dapat join.

Pulau Angkasa

Pulau Angkasa itu tempat aku dan dia bercanda.
Tertawa ria.

Pulau Angkasa itu tempat aku dan dia berasmara,
Menyulam cinta.

Pulau Angkasa itu tempat kami meluah duka.
Menangis bersama.

Pulau Angkasa itu tempat kami terbang berlari.
Apung tanpa graviti.

Pulau Angkasa itu di angkasa.
Antara planet ke sembilan dan sepuluh.
jaraknya dari sini batu berpuluh.

Untuk ke sana tidak sukar.
Aku dan kau hanya perlu memejam mata.
Buka.
Dan kami tiba di sana,

Engkau dan engkau mahu juga ke sana?

Tapi sebelum itu perlu engkau dan engkau tahu.
Pulau Angkasa itu hanya milik kami berdua.

Baring dia sebelah aku seraya berkata, "Mari ke sana,"

Thursday, January 17, 2013

Mabuk Todi

Aku dah penat lari lari,
Dah tak tahu nak lari mana lagi,
Sebab ia masih datang mencari,
Menghantui.

Cukup.
Jangan kejar aku lagi,
Aku dah tak tahu nak lari mana lagi,
Aku dah tak tahu nak sembunyi celah mana lagi,

Bila mana mata bertaut dengan hati,
Kau bawa aku terbang tinggi,
Tapi sekarang aku pilih untuk lari,
Sebab sakit jatuh semalam masih berbekas di hati

Aku dah semput sangant berlari,
"Find your humanity,"
Jangan kejar aku sampai mati.
Please?

agak agaknya Toha percaya tak aku datang suprise dia dengan bantuan Unicorn hari tu?



tolong, cinta ini gila babi!

Tuesday, January 8, 2013

a trapped heart in the tower.

"sayang, how you define love?"

he never answers. i dont know whether he know it or not. but for me... i dont know. i know nothing about love till i found him.

"saya kira sampai tiga, kita lari laju laju okay? satu... dua... tiga..."

he pulled my arm. we ran. fast. faster than i've ever run before. he looked at me and smiled. he has a big smile an a big laugh too. as if he never felt pain. as if he never get into miserable. unlike me. my life, my stories, even i felt that the air i breath is all darker. they all put me into a serious sickness.

looking at his smile, i melt. i dont know how i could still breathing because every time he's here, he takes my breath away. i should have died the first time i saw him.

"saya ingat nak jadi burunglah. kalau saya terbang, awak nak ikut?"

i smiled. i didnt answer it. i just looked at him. looked into his eyes. i wish he could read me. i wish that he would know how i want to be with him everywhere, every second of my life and forever! because only with him... all the pain and sorrow suddenly vanished.

***
"saya kena pergi, take care, i'll definitely come back soon. tunggu saya okay, sayang?"

i hold his hand hard. i never want to let go. he kissed me on my forehead and whispered, "sabar sayang, i promise i'll come back,"

i never wanted him to leave. as i said before he taught me the meaning of happiness, freedom and love that i never knew before. but somehow i have to. he said he got something to do in his life. something to be searched for, something to learn, gain and the most importantly he wanted to learn more about life. that is what he did all this while. until now.

im not quite sure what he did but every time we talked about it, it always sounds interesting. that is how he walked his life. but me?

i slammed the door. i heard the sounds of the motorcycle. its fading. but my tears falling hard. i opened up my jacket, a note fall out.

"sayang, saya pergi utuk cari erti kehidupan ni dengan cara saya. dan saya nak awak cari erti kehidupan dengan cara awak. i know it would be hard but there's nothing easy in this world. you have a strong heart, that is why i love you from the start," -Slay


i put it back in the pocket. i dont have any idea of when he will coming back but i know he will. because he's Slay my savior.

please come back.

PENUNGGU