Tuesday, December 22, 2015

Dongengan

Sedari dulu, aku fikir gelombang udara tengah malam itu sememangnya halus dah terus. Membawa molekul-molekul kecil seakan pengutus. Dan pabila seseorang itu kita lukiskan dalam hati dan kepala, molekul-molekul udara yang kita sedut mengutip tiap lukisan itu dan membawanya kembali ke udara waktu kita hembus. Lalunya berduyun-duyun molekul itu terbang dalam gelombang udara dibawa arus. 

Dan sebagaimana Bulan ceritakan  pada aku tentang gelombang udara tengah malam yang halus itu, terbawalah pengutus-pengutus kecil ini kepada ruang udara kamu. Lalu kamu sedut dan terpancar pada hati dan kepala kamu, aku. 

Malang sekali ia sekadar dongengan yang disuapkan pada aku. Kalau tidak masakan aku sahaja yang terseksa di setiap tengah malam mengingati kamu. 

Tuesday, November 10, 2015

Silent Killer

Kalau aku cerita apa yang ada dalam hati ini,
Mahu berjela helainya.

Hampir mahu aku muntahkan segala yang terkandung hingga luah tak bersisa;

Hampir mahu aku jerit pekik seisi dunia segala yang tersirat hingga pecah kotak suara;

Namun tetap jua aku pilih untuk diam
Kerana aku tahu takkan ada yang mampu faham. 

Wednesday, November 4, 2015

Perempuan yang disampahkan

Aku perempuan yang disampahkan
Disedut setiap nafas aku hingga habis dikontangkan
Dirobek setiap pelusuk aku hingga habis taktertinggalkan
Dihancur hati dan jantung hingga lebur dibiarkan

Aku perempuan yang disampahkan
Selaut kasih aku telah dihirup dunia
Seluas hati aku dipenuh cela dan dosa
Sebesar jiwa aku kau buang bagai sisa

Perempuan yang disampahkan ini semakin kontang
Semakin habis
Semakin hilang

Lalu apa mau kau lagi?
Sudah kau sampahkan
Sudah kau buang. 



Sunday, September 27, 2015

Tisu Perempuan Jalanan

Sudah habis luak badan
Masih kasih tak terluahkan

Dasar serigala bangsat!



Monday, September 14, 2015

Grudge.

Kadang-kadang aku tak faham dengan percaturan Tuhan. Macam mana Dia boleh rasa aku boleh survive hidup tanpa dia? 

Aku tak boleh! Ni bukan survive. Aku makin habis ni. Pulangkan dia balik, tolonglah.

Tapi it's too late. Aku rasa kalau betul-betul Tuhan pulangkan dia sekarang. Mesti dia tak mahu aku lagi. Tengoklah apa jadi dengan aku sekarang. 

...

Aku terasa macam kena buang, gila! 


Tuesday, August 25, 2015

Aku tahu, tapi tak aku akukan.

"Kau tahu, namun tak kau akukan,"

Sama Tuhan pun kau mahu ego. 

Thursday, July 30, 2015

Doesn't Matter

They were packing things up after having a bouldering session that night. She knew that he wouldn't join them for some drinks or so called 'lepak jap' before heading home. He's always like that. She's used to it. She had long put out hope that he would join them for a 'lepak'. He had not even put his shirt on yet when they were about to leave. She tried to move as slow as she can so that she could perhaps have some time to talk to him. 

After shaking hands and saying goodbye, she let her friends walk to the car first. She walked very slowly in the hope that he would call her. And talk. She doesn't hope for much, just small talks will do. But the only words that came out of his mouth was "take care," which was nothing special as he said them to everyone else as well. But tonight, the sentence that had always came after that,"apa-apa bagitahu," did not came out of his mouth. Those words used to annoy her because she knew that deep down he didn't really mean it. 

She replied only with a "Hm," without turning to look at him. Just enough to let him know that she heard him. But not specifically the answer. 

As she walked, her heart screamed for her to turn back and face him. To settle things that  had been unsettled for far too long. To ask for questions that had been left unanswered. She was sick of it. She was sick of this cold silence between them. She was tired of thinking every day and night, about what she could have possibly done wrong that things changed 180 degree than it was before.

A memory rushed to her head. On the same breezy night, at the same spot, they chased for each other's shadows just to step on their shadows' heads and childlishly shouted, "yes, i'm stepping on your head!", as if they were really stepping on each other's head. They then stomped their feet loudly while laughing so hard that their stomachs hurt. Tired from all of the chasing, they lied side by side on the mat in front of the wall where everything started. They counted the number of handholds on the wall. And the next game was an untold story. They had a great deal of fun that night. At least she did. 

The memory vanished. 

She was in front of the car when the set of film stopped screening in her head. She knew now that it was too late to turn back and had the talk. He was too far back. And so she got in the backseat of the car that was ready to move any minute. As soon as she shut the door, the car started to leave. From behind the glass window, she stared at him, walking his way to his car. Her heart cried. Tears rolled down her cheeks along with all their memories and the questions that had been left unanswered. 

Editor: Delaila Adam Malek

Tuesday, July 14, 2015

Friday, July 3, 2015

Senja

Wujudkah aku dalam benak fikirmu?
Pada angin petang yang membawa rasa syahdu,
Pada kepulan gebu awanan yang berarak,
Pada tebaran riang gagak-gagak,
Yang di latari jingga mentari yang kian mengunggu.
Jadi, tanyaku sekali lagi, pernah wujudkah aku dalam benak fikirmu? 

Sunday, June 21, 2015

"I prefere action movies. And you?"

Engkau tahu, sejak akhir ini selalu saja kau main watak dalam fantasi tidur ku. Engkau mesti takkan mahu tahu bagaimana skrip dan lakonanmu setiap malam-malam ku. Kerana jika kau tahu, pastinya kau akan rasa penat di setiap terbit matahari. Terlalu banyak aksi. Adrenalin junkie. Heh- 

Dan sepertinya berdasarkan perfoman kamu, mahu aku lanjutkan lagi kontrak kamu dalam fantasi tidur ku. Kamu mahu? 

You're too mainstream. I can't handle it.

Kau macam 'blue moon' yang mucul tiap hujung bulan.
Tetap different, tapi semua boleh saksi-nantikan.
Aku macam discoverer yang temu kau waktu kau masih lagi 'once'
Dan sekarang aku pilih untuk lihat kau dari gelap loteng rumah guna telescope sendirian;
sebab aku benci jadi sebahagian dari ribuan. 

Thursday, May 28, 2015

Rebel

Aku tahu realiti tu dekat bawah. 
Dan aku tahu graviti takkan berhenti tarik aku ke realiti. 
Tapi, aku dengan sepenuh kudrat aku Akan cuba apungkan diri aku 
Biar sentiasa dalam fantasi. 

Sebab realiti tu sakit, weh. 
Sakit sekali. 

Wednesday, May 27, 2015

Of Flowers and Trees

"First thing you need to learn it is okay to walk alone, it's okay to be alone. Friends are like trees, like flowers. You take care of them, they bloom, they grow fruits. You leave then alone, they die,"

"But no one ever treated me like a flower or tree,"

"Then how do you think I treated you like? Your love ones, your bestfriends?,"

"...so is this how flower and tree feels like? I thought it would be more,"

"How do you expect it would be? What do you mean by 'more'?"

"...I don't know,"

"We're not artistes. Not all of us would mind to fertilize the flowers and trees. Just give more, and expect less," 


Friday, May 15, 2015

Milo Ais

Ini bukan pertandingan
Ini bukan perlumbaan
Ini bukan sesuatu untuk direbutkan

Aku takkan pernah habiskan bergelen-gelen darah aku untuk kamu.
Berjuta-juta denyut nadi untuk kamu.
Berbillion billion neuron dalam otakku fikirkan kamu.

Jadinya, kamu dan dia boleh pergi mampus sana, sama-sama.
Dan aku tetap di sini, pesan air suam dan milo ais macam biasa. 

Monday, May 11, 2015

Teringat

Tak tahu nak post macam mana.
Jadi aku post sini je lah. 
Harap dia dapat baca. 


Ilustrasi dari seorang kawan. 

Monday, May 4, 2015

Pembunuh

Sedar tak sedar kita ini sebenarnya sudah lama menjadi seorang pembunuh.
Membunuh hati-hati manusia yang sudah lama dibiar luluh.
Memacak bendera-bendera janji pada gunung hati dan dibiar lusuh.
Memenggal memori yang lelah kita lahirkan dan semudah itu menjauh. 

Sedarkah kita yang sebenarnya kita ini sudah lama menjadi seorang pembunuh?

Saturday, April 25, 2015

Overthink

Ada satu benda 
Yang kalau aku fikir lama lagi
Boleh buat aku lemah jantung tangan dan kaki.

Jadi ada baiknya jika aku berhenti.

Blah dan lari.
Blah dan lari.
Balh dan lari.

Thursday, April 23, 2015

Kejutan

Hey.
Aku dengar cerita kau sudah ikatkan tali pertunangan dengan dia.

Tahniah.

Tapi macam mana dengan gelungan yang pernah aku ikat pada pergelangan kau? 
Masih ada atau telah kau bakar-hanguskan macam memori kita? 

Heh.
Jangan risau. Aku saja tanya. 

Monday, February 23, 2015

Kecewa betul.

"Aku kecewalah dengan kau ni," sambil hembus asap rokok.

"Heh. Aku dah lama dah kecewa dengan Mira ni," sambil sisip teh panas. 

***

'Ye, aku pun dah lama  kecewa dengan diri sendiri,' sambil pandang langit tembus sampai lapisan ketujuh. 

Soalan #1

"Kau ni orangnya bagaimana?"

Soalan ni buat aku terfikir yang adakah bila kita sendiri jelaskan pada orang kita ni bagaimana orangnya bermakna kita dah bataskan diri kita supaya jadi yang jenis itu sahaja?

Dan bila kita kata kita ini jenis yang macam itu-ini, adakah memang sebenarnya kita ini memang jenis itu-ini dari azali? Atau keadaan dan masa yang merubahkan?

Aku tertanya, sebab aku sendiri tak pernah dapat jawab soalan ni bila ditanya.

Jadi macam mana? Aku perlukan pendapat.

Tuesday, January 27, 2015

Asthmara

Asap berkepul bertebar memenuhi ruang angkasa
Dari corong tembakau yang dibakar dengan lighter 
Matanya mengikut liuk lentok kepulan asap 
Melepaskan sebuah lelah yang telah lama tekedap.

Kepalanya berat
Fikirannya sarat
Matanya dikatup rapat
Persetan keriuhan yang dekat.

"Fuck cinta," katanya tak percaya
Modenist yang utuh dengan pendiriannya
Cinta tak bawa makna
"Fuck forever after,"

Dia mugkin terlalu penat
Hatinya mungkin sudah tidak larat
Bukan salah dia sudah tidak mahu
Silamnya buat dia percaya cinta itu tipu

Moga sampai satu hari nanti
Kepulan asap yang dihembusnya
Meresap pada sebuah hati
Yang mampu menjahit luka lampaunya.



Saturday, January 3, 2015

Inverse Reality

Angan-anganku bodoh.
Mimpiku tak relevan.
Impianku tak realistik.

Segala-galanya aku visualkan dalam menungan atau paling aku luahkan pun dalam helaian kertas. 

Andai siapa terjumpa sebeban kertas kertas conteng di bilikku, mahupun di celah-celah buku. Pasti aku akan dipanggil sang pemimpi gila. 

"Apa saja yang kau buat ini membazir masa,"

"Hidup dalam dunia sendiri,"

"Takde kerja,"

Apa-apalah. Cumanya, aku teringin sekali andai kata ada orang yang sanggup pinjam telinga, pinjam mata, pinjam hati, dan kata, "Mari kita lakukan,"

Haha. Lihat. Ini pun cuma impian seorang pelik yang punya angan-angan bodoh, mimpi tak relevan, dan impian tak realistik, macam aku. 

Thursday, January 1, 2015

Ali Sudah Mati

Pagi itu dia bangun awal sekali. "Teruja!" kata dia. Ttak sabar," kata dia. Pagi itu dia tak perlu beratur untuk ke bilik mandi. Pagi itu, dia yang rasmi. Lama sekali dia mandi. Dia mahukan badannya bersih tahap maksimum hari itu. Selesai mandi, dia sarungkan baju yang paling jarang-jarang dia pakai. Kemeja kotak-kotak merah hitam, seluar jeans skinny hitam. "Baru 'grunge'," kata dia. Mukanya di bedak nipis nipis, rambutnya disisir dan dioles sedikit minyak rambut member supaya penggayaan rambutnya nanti kekal lama. 

"Wah Ali! Handsome gila!"

"Peh, first time Ali wangi," setelah dia beri semburan haruman, juga milik member dia pada diri.

Ali sengih-sengih. Hari itu akan jadi hari yang cukup istimewa baginya kerana dia akan menerima kunjungan orang yang teristimewa dalam hatinya.

Pagi itu dirasakan pagi paling indah. Pagi paling bertuah buat dirinya. Setelah sekian lama tidak bersua dek kejauhan dan batas jarak, wang dan transportasi, Hari ini tidak lagi. Terujanya bukan main kepalang kerana si dia yang dengan tanpa disuruh-suruh mahu datang,

"Kejap lagi kau nak dating mana Ali?"

"Tak tahu lagi. aku tak boleh fikir mana nak bawak dia ni," debarannya makin menjadi-jadi bila dibangkitkan soalan ini. ya, Ali memang tak punya idea nak dibawa kemana cinta hatinya nanti. 'takkan Mid lagi?' pikirnya sendiri.

"Dah sampai ke, Ali?" soalan ini lagi buat jantungnya seakan berlari.

"Lagi 10 minit dia kata,"

"Dia amik kau kat sini ke Ali?"

"Haah," 

Sedari 10 minit tadi dia asik memandang skrin telefonnya. tertera digit-digit yang membentuk waktu. Dibilangnya setiap minit-minit yang berlalu.

'Ting' satu mesej masuk. 

"Saya dah kat luar," Ali rasa jantungnya yang paling laju membuka pintu, Langkah kakinya ringan seakan mahu terbang. Ali bukan lagi sengih-sengih kali ini. Tapi bibirnya itu dirasakan mampir sedikit sahaja lagi dengan telinga kanan dan kiri.

Hanya Tuhan tahu betapa gembiranya Ali.

"Rindunya saya kat awak! Terima kasih datang! Jom saya bawak awak makan kat satu tempat ni. Kali ni saya belanja!," Ujar Ali yang seakan-akan mahu memeluk cintanya itu kerana terlalu rindu.

Mata kekasihnya itu memandang tepat pada wajah Ali. tak tersampai hati melihat Ali begitu girang sekali. Namun harus diluahkan jua apa yang tersimpan dalam hati. Tujuan sebenar dia sanggup datang ke mari.

"Awak, sebenarnya saya dah tak mahu teruskan lagi. cukup sampai sini," lancar. tanpa jeda kerana bagai tasbih dia berlatih untuk katakan ini sepanjang perjalanan jauh tadi.

***

Renungan Ali tembus. kepala seakan perpinar. penglihatannya menjadi gelap. jantung yang sedari tadi kencang akhirnya pecah terpecik menjadi muntah yang keluar dari bibir manisnya. Tompokan darah dan ketulan daging jantung bersepai pada kemeja kotak-kotak, jeans hitam dan seluruh kereta. Pergerakannya lumpuh selumpuh-lumpuhnya. Derianya mati. Sejuk deraian hujan yang menimpa diri selepas kereta berlalu pergi tak mampu dirasa Ali. Ali kaku di hadapan pagar rumahnya sendiri, Dengan bau haruman yang masih pekat tak dicemari, dengan gel rambut yang masuh likat tak terusik. jiwa Ali dibunuh dengan kejam sekali.

Hanya Tuhan tahu betapa matinya Ali.



PENUNGGU