Friday, December 26, 2014

Sepasang Mata Yang Menghanguskan Aku

Suatu hari nanti;
Aku teringin sekali untuk bercerita dengan engkau bagaimana pandangan mata engkau merenjat-hangus seluruh raga aku, di setiap kali mata kita bersatu.

Dan pabila usai aku bercerita itu;
Aku masih lagi malu-malu untuk dongakkan kepala menghadap mata engkau yang sedang menunggu.

Sepasang mata engkau
dan seorang hangus aku. 

Thursday, December 25, 2014

Sang Pencuri

Dia, perempuan itu
Adalah sang pencuri.

Bukan setakat curi hati,
Raga, 
Jiwa,
Jantung,
Baju,
Windbreaker,
Dry bag,
Hammock,
Topi.
Malah boxer Hush Puppies.

Namun tetap saja aku biarkan.
Kerna aku sudah lemah diterpukaukan. 

Friday, November 21, 2014

Monday, November 17, 2014

Persoalan

Aku masih belum mahu habis
Dan kau masih belum boleh terima.

Jadi bagaimana?

Sunday, November 16, 2014

Di Dalam Bilik Kecil

Nyawa sedang perlahan-lahan haus.

Hanya kedengeran bilah kipas yang membelah angin dalam bilik kecil.

Air mata deras turun.

Mengalir ke sisi mata, telinga, dan berakhir pada bantal yang tidak sempat kering dari malam tadi.

Kaku. 
Hanya tangan kanan yang bergerak membuka aplikasi di telefon.
Berharap akan sesuatu yang mampu pulih nyawa yang semakin haus
Tiada.

Hati tekad untuk tidak mahu berjumpa matahari.
Jiwa berharap sampai nyawa betul-betul mati.

Wednesday, November 5, 2014

Berbual Dengan Orang Asing

"Hai, teruknya phone!" Soalan yang acap kali aku dengar bila jumpa dengan orang baru. Dia tarik satu kerusi plastik putih yang berselerak bawah kanopi dan duduk sebelah aku. 

Tak semena-mena. Hingar bingar bawah kanopi jadi senyap. Diam. Sunyi. Hanya aku dan orang asing ini.

"Shit," bisik aku sambil kaut phone yang jatuh.
"Eh, Terkejut ke? Nama aku CA. Panggil aku Ca," sambil sengih sengih dan hulur tangan.

"Sara," sambil tersipu. Malu. 'Kenapa aku nervous ni?'

Huluran disambut aku. Dan dibalas senyuman dia. 'Shit,'

"Dah perform tadi? Sorry tak sempat tengok. Datang lambat," aku cuba memecahkan rasa janggal. Aku tak pasti sama ada soalan aku tepat atau tak sebab aku tak pasti yang dia antara performer untuk hari ini. Jadinya, aku main tanya. Kalau salah, kalau dia bukan performer, kalau aku memandai, aku fikir, aku akan buat buat sakit perut, minta izin pergi tandas, dan balik rumah senyap senyap. 'Mati aku kalau salah orang,'

Masih lagi dengan senyumannya.

'Babiiii, sumpah salah orang!'

"Dah. Dalam pukul 3 tadi. Rugilah tak tengok. Hahaha. Tu lah. Nampak jugak sampai lambat tadi. Around 6 kan? Kesian. Sampai-sampai lencun hujan. Hahahahaha!" Tawanya.

'Fuh. Nasib betul dia performer. Eh kejap, dia perasan aku?'

"Tu lah. Gerak lambat. Terkilan jugak tak sempat tengok," aku cuba meluahkan rasa terkilan aku sambil cuba-cuba ingat kembali kali pertama aku kenal dia. Kali pertama aku dengar puisi dia. Kali pertama dia pukaukan aku dengan persembahan dia. Tenggelam dalam bait kata seni bersama alunan muzik dubstep yang melatari. Asyik.

"Ye ye je terkilan! Hahaha. Takpelah. Next time ada lagi. Jangan datang lambat pulak. Anyway, aku nak gerak dulu, tengok bola. Tak tengok? Ke nak layan puisi je hari ni?" Mematikan lamunan aku. 

"Tak kot. Stay sini," jawab aku. 

"Okay. Gerak dulu. Eh kejap," dia keluarkan phone dari poket kiri seluar, "Number kau?"

---

Malam itu, aku tidur berbantalkan awan berlapikkan angin dari kayangan, didodoi dengan puisi dia, yang dia bacakan untuk aku menerusi telefon.

'Hai Sara, ni Ca. Nak aku bacakan untuk kau apa yang kau terlepas tadi? Eksklusif.'









Monday, November 3, 2014

Betul-Betul

Jika kamu mahu aku hamparkan seluruh rasa dalam jiwa ini terhadap kamu, ia akan menjadi satu hamparan yang berjela. 
Dan jelaan hamparan ini akan aku jaga hingga datang suatu hari di mana kita akan berjalan melaluinya.

Dan pada saat itu
aku sudah betul betul jadi milik kamu. 

Friday, October 31, 2014

Sisa

"RINDU," -kata kamu.

pada apa ya sebenarnya?
pada zahirnya dia, bukan?
pada tangan yang pernah engkau genggam
pada susuk yang pernah engkau rangkul
pada bibir yang pernah engkau basah-basahkan dengan lidah sial kamu.

Dia kini Permaisuri.

dan engkau-
boleh pergi mampus!




Untuk Engkau Yang Menghambakan Semua

tentang percaya
tentang sabar
tentang benci
yang selama ini ditahankan

untuk engkau yang masih tidak nampak
yang masih lagi kabur,
buta dalam terang

sedarkan.
masih ada waktu.
KAMI tunggu.

--sekurang-kurangnya aku.

Sunday, October 26, 2014

Senyum Yang Dipaut-Pautkan

Senyum yang dipaut-pautkan secara tiba-tiba semasa aku berjalan atau berlari atau duduk atau baring atau apa apa sahaja perlakuan aku:
Semuanya disebabkan oleh teringat akan manisnya kamu. 

Bahu Ketiga

Wahai bahu ketiga
Jangan pernah engkau jerit penat
Andai beban ini aku letakkan sedikit pada kamu.

Wahai bahu ketiga
Aku pinta jangan kau keluh andai diri ini terlalu memautmu saat pandangan semakin kelabu.

Wahai bahu ketiga
Rayu aku jangan ditepis andai basahnya kamu dengan titis deraian tangis.

Wahai bahu ketiga
Hangatkan aku dengan bara cinta biar terhapusnya dingin dunia.

Wahai bahu ketiga
Tetap teruslah menjadi bahu ketiga aku 
Sampai bila bila.

Wednesday, October 22, 2014

Sudah Habis

Aku dah penat 
Aku letih gila.

Jadi kalau kau mahu ambil,
Maka ambil lah. 


Monday, October 13, 2014

Aku dan Suaraku

Aku ini sudah kering dihirup sunyi malam.
Hanya tinggal titis titis yang pada terbitnya mentari akan disejat aku menjadi molekul molekul kecil.
Yang mana bila molekul molekul kecil aku ini menjerit;
Takkan ada satu pun yang mendengar.
Perlahan dan menghilang.
Dan terus mengecil hingga terkuburnya aku di ruang udara itu.

Aku dan suara-suara aku.

Takkan pernah terdengarkan. 

Sunday, September 14, 2014

Monday, September 8, 2014

Sampai Mati

Tuhan.
Aku pinta dengan setulus-tulusnya.
Jadikanlah dia orang terakhir.
Yang memimpin tangan ini.
Ke syurga Mu. 

Saturday, September 6, 2014

Sesuatu Yang Aku Mahu

Boleh kau beri aku lengan itu untuk aku rangkul sepanjang hayatku?

Aku tidak mahu pinjam.
Aku mahukan untuk selamanya.

Untuk aku sorok muka
Untuk aku kesat air mata
Untuk aku sandar kepala

Dan untuk di setiap tawa yang kita cipta.
Aku mahu lengan kamu untuk selamanya.

Wednesday, September 3, 2014

Pissed off

Sebenarnya takde perempuan pun yang tak okay dengan period ni--

Sampai lah dia bocor.

Saturday, August 30, 2014

Stesen Sri Petaling

Selepas seharian perjalanan Sara hari itu seolah-olah tak diberkati Tuhan, dia sekarang menemui dirinya di Stesen LRT Sri Petaling pada jam 10.50 malam.

Stesen itu merupakan stesen paling hujung untuk laluan LRT yang dia naiki. Sara melangkah masuk ke dalam gerabak yang kosong bersama satu hembusan nafas lega. Segala penat jerih sehariannya dihembuskan keluar dengan sekali nafas. Penuh, padat.

Sara kembali gelisah. Hampir sepuluh minit berada dalam gerabak kosong dan statik. Ulang-alik dia masuk keluar dari gerabak tersebut. Mengharapkan ada sekian manusia yang mampu untuk dia bertanya. tapi nyata hampa. Jantungnya kembali berdegup pantas sepeerti siang tadi sewaktu dia ditimpa malang.

"Babiiiii,"

Ditekan-tekan punat telefonnya cuba untuk mencari pelalaian tapi ia tidak lebih dari hanya buat perasaannya jadi gila.

"Celaka! Bateri dah nak mampus!" "Ya Tuhan, kenapa kena jadi macam ni?"

LRT masih tidak menunjukkan sebarang tanda mahu memulakan perjalanan. Dan gerabaknya tetap saja dihuni oleh Sara sahaja. Mungkin saja ada penghuni. Tapi bukan yang boleh Sara lihat dengan mata kasar.

'Tak boleh jadi, nak tak nak aku kena tanya orang dekat kaunter atas' -tekad hati Sara

Bukan dia tidak mahu bertanya pada pegawai di kaunter sedari tadi cuma dia takut kalau kalau dalam waktu dia naik ke atas untuk bertanya, Tren tu jalan. Memang kalau tren tu dah jalan, bermakna dia akan bermalam di stesen terakhir iku sehingga ia memulakan perkhidamatannya pada Subuh esok.

Tapi kali ini Sara nekad. Apa nak jadi pun jadi. Dia melangkah keluar dari gerabak yang sedari tadi statik untuk ke kaunter tiket di atas. Kelopak matanya sudah pun basah mengenang apa yang mungkin jadi atas dirinya selepas ini dan tiba tiba langkahnya terhenti.

Dengan suara bergetar, "LRT ni function lagi tak?" tanta Sara yang cuba menutup gusar dan buat-buat berani.

"Function. Maybe dalam pukul 11 dia gerak," kata gerangan yang dihantar Tuhan barangkali untuk menenangkan hati Sara yang sudah buntu dan hampir putus asa itu.

Sara terus bergerak ke dalam gerabak yang dihuni pemuda Cina tersebut. Dia pura-pura senyum. Dia tidak mahu pemuda Cina itu fikir dia lemah.

"You dari mana? Selalu balik malam-malam macam ni?" dengan pelat Cina.
"Tak, tak pernah malam sampai macam ni. That's why I risau LRT ni dah tak gerak," Sara terpaksa mengaku dia sedikit risau.

"Oh, tren paling last pukul 11 malam. Nasib you sempat,"
"Oh, itu lah. Nasib baik sempat, you pulak? Selalu balik kerja lambat macam ni?" tanya Sara berdasarkan pemakaian pemuda Cina tersebut yang berkemeja dan berseluar slack, serta briefcase.

...

Perjalanan dalam LRT yang memakan masa setengah jam itu dipenuhi dengan perbualan mereka tentang masing-masing. Sara yang seharian menyumpah nasib dan menyalahkan takdir hidupnya pada hari itu akhirnya tenang di dalam gerabak LRT tersebut.

"Jumpa lagi," kata pemuda Cina itu sewaktu dia melangkah keluar dari gerabak tersebut. Sara yang masih ada didalam hanya senyum dan mengangkat tangan.

'Terima kasih, Tuhan,' detik hatinya. Malu rasa pada Tuhan yang cepat menyalahkanNya pada setiap dugaan yang menimpa.



Sibuk

Terlalu banyak benda dalam kepala otak yang nak kita luahkan tapi kita tak mampu sebab sibuk jaga hati orang.


Pukimak--
untuk setiap hati yang perlu dijaga.

Friday, August 22, 2014

Guardian Warrior

Kalau Tuhan itu jadikan aku ini berani--

Takkan aku perlu keras lengan kamu untuk aku peluk kala takut menyerang;

Takkan aku sembunyi di balik tegap badan kamu buat penghadang;

Takkan tercarik renyuk pakai bajumu bila aku cengkam saat menggigil seluruh tulang belulang;

Takkan berdering telefon kamu pada malam yang "aku sangat takut, aku mahu kamu datang,"

Dan tetap saja Tuhan itu jadikan aku ini kurang berani dari kamu, untuk aku perlu kamu saat aku lemah untuk berdiri dengan kaki aku.

Dah Biasa

Jangan kau risau tentang cebis-cebis aku yang kau carik.

Aku
Dengan apa ada aku yang masih tinggal; akan mengaut setiap cebis itu satu persatu hingga tertampal semuanya.

Dan kembali ukir senyum untuk dilihat para dunia. 

Aku

Aku bukan orang yang jenis akan ekspres kan ekspresi aku depan orang yang aku tak kenal/selesa. Tapi bila aku dah kenal/selesa dengan orang tu, dan bila aku ekspres kan segala bentuk ekspresi dalam jiwa dan kepala aku, dan orang tu tak boleh terima-- that's a total fucked up. 

Thursday, August 21, 2014

Tak Cukup Outdoor

Menemui Outdoorian Hatiku,

     Sorry lah tapi kadang-kadang aku rasa macam tak cukup outdoor nak satu level dengan kau. Tengok kau borak dengan kawan-kawan kau pasal outdoor stuff pun boleh buat aku rasa down. Nak mencelah pun tak tak tahu nak cakap apa. Aku rasa macam "ye laa, sorry lah tak outdoor sangat,". 

     Aku tak berapa kisah sebenarnya sebab apa aku tak suka is 'aku punya suka'. Cuma aku nak tahu, kau kisah tak kalau aku tak outdoor macan kau dan kawan-kawan kau? Sebab aku tak reti nak try jadi orang bukan aku. Sorry.

,Love
Raven, Teen Titans



Paling 'outdoor'
    

Monday, August 18, 2014

Jauh

Aku pernah.
Dan aku tahu ini susah.

Jadi kali ini aku pilih untuk bekukan setiap air mata yang tumpah di malam malamku untuk aku bina jejambat bagi kita dekat, berpeluk erat. 




Sunday, August 10, 2014

Pemuja Rahsia Dengan Gitarnya

Kalau dan hanya kalau kau tahu
Betapa aku ini pemuja rahsia.

Pasti kau akan dengarkan degup jantung aku tiap kali mata kita bersatu.

Pasti kau akan nampakkan derai jiwa aku tiap kali kau nyanyikan lagu itu.

Pasti kau akan perasankan senyum yang aku tahan-tahankan bila bersama kamu.

Kalau dan hanya kalau kau tahu;
Tak mungkin berlaku.
Tetap saja aku jadi pemuja rahsiamu.

Friday, August 8, 2014

Kekasih Gelap

Malam-malam ku seperti biasanya akan menunggu kamu singgah di hadapan rumah ku.

"Jom, pergi makan,"
"Jom,"

"Rindu tak?"
"Boleh cakap 'tak' eh?"

Dan kereta memecut laju memecah gelap malam berteman lagu cinta yang tak mungkin jadi milik kita. 

Wednesday, August 6, 2014

Janji

Siapa rela tunai janji jika ada peluang memungkiri?

Takkan ada.

Sebab janji ini dilafaz terdesak dan tanpa rela. 
Sekadar mahu membeli percaya.

Dan semampu-mampunya jika ada ruang untuk kau keluar dari perjanjian maka kau akan lari.

Jadi jawab tanya aku;
Siapa rela tunai janji jika ada peluang memungkiri?






Cyclops

Malam tadi aku mimpi kamu.
Lagi.
Dan aku tetap jua teragak-agak untuk pandang tepat pada mata kamu.
Sepertinya panahan mata kamu masih berkuasa walau dalam mimpi.
Dan memanah aku tepat pada jantung ku.
Hidup-hidup aku mati.
Dalam tidurku. 

Monday, June 30, 2014

Surat untuk Anak Kapal

Kehadapan anak kapal,

Apa khabar kamu? Semalam waktu kamu telefon, aku sedang tidur. Tak terdengar deringan dari jauh panggilan dari tengah lautan. Maafkan aku anak kapal. Aku harap kau sihat sihat sahaja di sana. Aku di sini seperti yang kau lihat sebelumnya. Masih sama. Anak kapal, jika satu hari nanti kamu telefon sekali lagi, akan aku rayu pada takdir untuk izinkan aku bercakap dengan kamu. Bukan rindu. Hanya mahu mendengar cerita-cerita kamu. 

Sekian, anak kapal. Moga takdir terima rayu aku. 
,Yang benar 
Aku

Friday, June 27, 2014

Perca Seorang Aku

Layan aku wahai bulan.
Malam ini aku rayu dikisahkan.

Jatuh pada aku wahai bintang.
Malam ini aku minta untuk dipandang.

Ketepi wahai pungguk setia.
Malam ini beri aku ruang untuk bicara.

Aku ini sudah hampir habis dicarik-carik.
Diterbang cebis-cebis aku makin lenyap.
Dibakar aku menjadi abu ditiup hilang bertebar. 

Jadi bila mahunya kamu?
Kisahkan aku.
Pandangkan aku.
Bicara sama aku. 

Aku ini sudah hampir habis dicarik-carik.

Separate

Ah. 
Aku cuba sedapkan hati aku.
Mungkin kau tak tahu siapa kamu di mata aku.
Mungkin saja tak pernah kau dengarkan hebah aku pada orangan tentang siapa kamu pada aku.
Atau mungkin saja tak pernah kau mahu tahu betapa aku sanjung agung dukung kamu.
Dan betapa aku penuhkan kamu di setengah ruang hati aku.

Di kehilangan kau aku panggil panggil kan.

Di datangnya aku, kau? Sepertinya kau halau-halaukan.

Entahlah. 
Mungkin hati aku yang separuhnya didiami kamu ini mudah saja terusik lewat ini. 

Hati aku. 
Biar aku saja sedapkan, jagakan,hiraukan.

Wednesday, June 25, 2014

Still The Same Old Pathetic Mira

Situasi ini macam aku sedang letakkan diri aku atas kerusi dengan kepala aku tersangkut di tali gantung.

Tunggu masa engkau sepak kerusi;
Lalu aku mati.

Sunday, June 15, 2014

Cool Shock

Apa kata.
Kau pergi.
Dan jangan muncul lagi.
Tapi
Boleh kau tinggalkan bau
Untuk aku hidu
Kala singgah rindu?



Saturday, June 7, 2014

Lot Parkir Malam Sabtu

Di parkir itu
Di hening malam Sabtu
Di lembut tiupan bayu
Kau tanya aku
Jika aku peduli
Bila kau hilang suatu hari nanti.

Di parkir itu
Di hening malam Sabtu
Di lembut tiupan bayu
Aku jawab kamu
Aku tak peduli
Kerana sejujurnya aku sudah lali.

Dan di parkir itu
Di hening malam Sabtu
Di lembut tiupan bayu
Aku tahu
Lerainya dakapan kita malam itu
Kau juga akan tinggal aku
Seperti yang dulu-dulu.

Thursday, June 5, 2014

Masih Sesat

Tadi bila jumpa.
Mata kita tak tahu kemana.
Bahu selisih tapi tak bersapa.

Aku tak salahkan kau bila kita diskusi pasal ini nanti.
Kau kata, kau tak kenal aku lagi.

Kerana aku juga begitu.
Aku hilang.
Dan aku masih sesat mencari aku.

Kalau nanti. Dalam mimpi.
Kau jumpa aku yang dulu.
Boleh beritahu pada dia.
Yang mungkin bukan kau saja rindu.
Malah aku juga begitu.

Sunday, June 1, 2014

Tak terkabulkan

Tuhan. 
Untuk kali yang entah berapa.
Aku pohon
Aku mohon
Aku rayu

Aku mahu mak aku.

Pembeli Kasih Sayang

Kamu-kamu.
Ambil ringgit aku jika perlu.

Aku perlu dikisahkan.
Aku perlu dikasihkan.

Hati aku kering
Jiwa aku kontang

Mahu aku penuhkan dengan sesuatu yang suam-suam milik kamu itu.

Yang buat kamu rasa aman dalam ribut yang mendinginkan.

Jadi mari.
Jualkan pada aku. 
Ambil ringgit aku jika perlu.



Friday, May 23, 2014

Untuk Separuh Aku

Adakah kerenggangan yang nyata sekarang ini hanya dirasa oleh aku?

Adakah jarak yang terzahir ini hanya dinampak oleh aku?

Sepertinya dahulu kulit kulit ku dan kulit kulit mu terlekat rapat. Adapun terpisah oleh halus halusnya roma.

Wahai peneman setia
Mungkin sudah masa
Bila kau penat
Lalu 'kita' tenat.






Tuesday, May 20, 2014

Candy

Aku tak mahu kau jadi gula- gula kapas,
Ringan terlepas tangan,
Terbang tak terhempas.

Aku mahu kau jadi lolipop,
Dirobek kulit tetap lekat, pekat dalam hati.
Likat.


Thursday, May 8, 2014

Kering

Bila aku fikir fikir balik. 
Kenapa harus aku jadi seorang yang bukan aku.
Untuk mengambil hati seorang kamu? 

Tak perlu, kan?

Dengki Graviti

Sepertinya ruang-ruang udara diantara bumi dan awan-awanan tidak pernah benarkan aku untuk terbang tinggi melangit, hanya teranjak sedikit kaki terapung di awangan dan sekejap lagi, lebih kurang dua tiga minit, atau paling biasa dua tiga saat, disentap kembali sepasang kakiku oleh graviti, dipaku mati.


Dan dunia akan kembali biasa seperti biasanya seorang aku.  

Instinct

Kan dah cakap?

Monday, May 5, 2014

Surat untuk Sahabat

Sahabat,
Dengar ini aku ingin luah pada kamu
Yang nun jauh disitu.
Aku sedang pikul masalah seribu.

Tanya kau pada suatu waktu.
Masalah apa? Dengan siapa?
Pelajaran? Kawan?
Hanya emoticon senyum balas aku.

Sahabat,
Masalah aku lebih besar dari itu.
Masalah aku lebih besar dari batu.
Sehingga tak terluah kata hanya air mata.

Sahabat,
Dengar ini aku mahu luah pada kamu
Yang jauh nun disitu
Aku punya masalah sama penciptaku.

Sahabat,
Pulanglah.
Bantu aku.
Aku punya masalah sama penciptaku.

Admire

Dalam diam
Aku sebenarnya
Sudah lama
Kagumi kamu

Dalam perlahan
Aku sebenarnya
Sudah lama
Cuba jadi kamu

Ice Lemon Tea

Cerita yang aku dengar lewat petang tadi
Yang dikhabar kamu
Disaksi hujan lebat dan ice lemon tea
Cukup buat aku rasakan sesuatu

Sesuatu yang aku tak tahu
Sesuatu yang aku tak erti
Sesuatu yang aku tak pasti

Cerita yang aku dengar lewat petang tadi
Yang dikhabar kamu
Disaksi hujan lebat dan ice lemon tea
Cukup buat aku rasakan sesuatu

Thursday, April 10, 2014

Loser Shit

Baik. Tak
Rajin. Tak
Cantik. Tak
Pandai. Tak
Solehah. Tak
Kaya. Tak
Memandu. Tak
Masak. Tak
Main gitar. Tak
Suara sedap. Tak
Sukan. Tak
Teman lelaki. Tak
Jawatan. Tak
Berguna. Tak
Loser Shit. Ya

Monday, April 7, 2014

Untuk Dia

Untuk dia 
Yang tak jemu ucap selamat setiap hari-hari ku;

Untuk dia 
yang percaya dengan panggilan Mia  diguna keparat seperti aku;

Untuk dia
Yang bertahan di setiap sial dan bangsatnya aku;

Untuk dia
Yang rela disusah-sakitkan demi puaskan hati aku;

Untuk dia 
yang menyembuh sendiri luka nanah di jantung  yang terobek disebabkan aku;

Untuk dia
Yang dulu masih punya rindu, pada perempuan sundal macam aku;

Aku panjat pada Tuhan, untuk dijaganya hati dia, dibarukan hati dia. Dan beri dia ingat pada Mia nya yang suatu ketika dulu pernah menjadi hidupnya. Dan berjaga-jaga, supaya nanti, tidak salah pilih lagi, andai mahu mencari pengganti. 




Saturday, April 5, 2014

Puff, puff, pass

Malam ini dengan izin Tuhan,
Kita bersebelahan.

Menyaksi kugiran kegemaran,
Melacur bakat di jalanan.

Hisap, sedut, hembus.
Kepulannya bercampur kabus.
Memasuki setiap ronggaku, tembus.

Aku biarkan saja.
Melihat kamu dari ekor mata.
Aku masih malu dengan kamu,
Dengan senyum kamu,
Dengan fokus kamu,
Dengan asap kamu.
Yang rela aku sedut sekali menyesak paru-paru.

Dan seperti banyaknya orang di jalanan,
Malam ini dengan izin Tuhan.
Kita bersebelahan.


Thursday, April 3, 2014

Rumah Merah

Jika engkau mahu samakan aku dengan gadis Rumah Merah;
Engkau salah.

Tapi jika kau mahu kata jalang aku sepertiga mereka;
Mungkin betul.

Mungkin juga tidak.
Kerana bezanya aku dan mereka;
Aku pilih.

Monday, March 31, 2014

You May Kiss The Bride

Di majlis kamu nanti
Aku harap
Aku dijemput
Untuk saksi
Cinta agung
Kamu dan dia.

Jangan risau
Pada majlis itu nanti
Mungkin aku cukup dewasa
Untuk tahan
Setiap linangan
Andai hati terusik
Saat singgah kucup 
Dari kamu untuk dia.

Hujan

Aku sebuah memori yang ditinggalkan.

Kosong
Gelap
Sunyi
Terbiar
Mereput

Lalu aku mati.
Dalam kelongsong
Yang kau tempah khas
Untuk setiap aku
Yang kau tinggalkan.

Suatu yang dibuang.

Aku tertanya-tanya
Tak pernahkah walau sekali
Terdetik dalam hati kau
Untuk rindu aku
Walau sedikit?

Atau 
Tak pernahkah walau sekali
Terlintasnya gadis di jalanan mu
Yang mengingatkan kau tentang aku?

Atau
Tak pernahkah walau sekali
Sekurang-kurangnya kau lihat pergelangan tanganmu
Lalu terimbas oleh dikau saat itu
Saat aku sarungkan ia pada kamu?

Tak pernahkah?
Langsung?


Monday, March 24, 2014

Rayu

Tuhan. Tolong bagi mak aku balik. Tolong.

Monday, March 10, 2014

Kota Kosanostra

Biarlah hidupku indah hanya dalam khayalan
Jika realiti benci mengizinkan
Biar rama-rama terbang tinggi
Lavender dan Rose mekar mewangi
Istana indah segak berdiri
Di mana engkau rajanya dan aku permaisuri

Dan biarkan langit sentiasa membiru
Sungai mengalir laju 
Angin meniup debu rindu
Biarkan.

Biarkan ia tersemat subur dalam khayalan
Jika realiti benci mengizinkan

(1 Jun 2012)

Monday, February 24, 2014

Si Hina Yang Dihina

Kadang.
Ada sesetengah orang berfikir yang dia perlu ubah jadi dirinya yang lebih baik.

Lalu.
Dia tinggalkan segala perbuatan nista dia juga bersama-sama dengan orang-orangan yang dulu pernah buat dia ketawa hingga lupa dunia.

Bagi dia.
Mahu apa lagi bersama dengan banjingan-banjingan yang tiada erti mahu berubah? Sebaiknya ditinggalkan sahaja.

Dan.
Berakhirlah. Terputuslah segala tali penghubung dia dan 'anjing-anjing' tersebut dek kerana mahu berubah.

Hina.
"Mereka terlalu hina untuk duduk satu meja," kata dia.

Friday, February 21, 2014

Lintas Letus

Tidak pernah aku izinkan walau sekali pun jantung aku berdegup di setiap lintasnya kamu. 

Tetap degilnya ia hingga pecah meletus, mati, disebabkan kamu. 


Saturday, February 15, 2014

Sang Persia Cinta

Dia merayu-rayu dulu
Dia berjanji seribu
Dia puas melimpah segala kata rindu.

Dia menangis mengadu
Dia kata dia takkan tipu
Dia bina harapan jauh berbatu

Ah!
Dia tipu!
Dia dusta!
Dia bohong!

Dia campak percaya kau tepi tangga
Dia tinggal kasih kau dalam raga
Dia keluar mencari menjaja cinta

Dia menangis ditipu orang
Dia sendiri menipu sayang
Dia marah ditinggal orang
Dia sendiri mencerai sayang

Sudah-sudahlah wahai engkau
Usah lagi ditunggu dia
Sekadar perempuan jalang, engkau
Carilah lain, tinggalkan dia.



Friday, February 14, 2014

Telur Ayam

Pepatah melayu mengatakan,

Ayam bertelur sekampung tahu.

Senah terlalu gembira ayam dia produktif, sampai dia lupa yang ayam Limah dah 2 tahun tak bertelur. 

Khabar sampai pada Limah. Limah jauh hati dengan Senah sebab dia ingat lagi dia bagi ayam dia pada Senah sebab ayam-ayam Senah semua mandul-mandul belaka. 

Satu kampung dicanang tentang ayamnya yang baru bertelur. Walhal, Limah yang sebelum ini punya ayam-ayam yang sihat tak pernah langsung menunjuk apatah lagi mencanang pada orang kampung. 

Suami Limah, Leman cuba memujuk isterinya. Katanya;

"Biasalah tu Limah, manusia ni alpa sifatnya. Bila terlalu sangat gembira memang jarang untuk ingat orang yang terlalu sedih keadaannya. Lumrah Limah, lumrah. Janganlah kau amik hati, ya?"

Thursday, February 13, 2014

Kongsi

Pernah tak kau rasa macam kau seorang diri je dekat dunia ni?
Pernah tak kau rasa macam kau punya suara paling perlahan dekat dunia ni?
Pernah tak kau berdiri tengah jalan dan kau rasa setiap manusia yang lalu lalang sebelah kau tak perasan pun kewujudan kau?
Pernah tak kau rasa macam kau nak cuba sentuh dinding, tengok sama ada tangan kau tembus dinding tu sebab kau risau kau hanyalah roh dan kau sebenarmya dah mati?
Pernah tak kau rasa macam nak lari dari semua di sekeliling dan cari sebuah gua untuk kau perukkan diri?
Pernah tak kau rasa macam kau nak cari seseorang yang dapat dengar segala luah jerit hati tanpa jadi juri?

Pernah tak kau rasa sayu?
Rasa macam tak langsung disayangi?

Jika pernah, mari duduk tepi aku.
Kita kongsi.


Wednesday, February 12, 2014

Tipu

Kita semua pernah jadi si bodoh itu.
Yang pada setiap kalinya ditipu.
Oleh si dia yang satu itu.

Kita tahu.
Tapi kita tetap juga jadi yang si bodoh itu.
Cuba memujuk hati jadi kering batu.
Kata kita, "ah, tipu sikit saja tu,"

Sampai satu masa ketika
Tak tertanggung hati jadi si pandir gila;

Lalu sang hati merayu untuk diadili.
Dan berontak untuk dia dilepas pergi.

Biar mati. 
Aku takkan langsung peduli.

Saturday, February 1, 2014

Puisi Jalan Paladium Dua

Aku si penggoda Jalan Paladium Dua.
Kerja aku adalah menunggu dia di bawah tiang lampu di Jalan Paladium Dua.

Tunggu aku adalah di waktu larutnya malam, di setiap bulan mengambang, diteduh langit kelam, diteman gugusan bintang.

Wajah ku dioles gincu merah Revlon. 
Rambutku hasil dandanan salon,
Pakaianku? Usah kau tanyakan.
Pasti saja cukup untuk memikat dia yang masih perawan.

Malam ini seperti kebiasaannya aku tunggu dia di bawah tiang lampu di Jalan Paladium Dua.

Lama.

Lama sekali. 

Masih tak muncul lagi.

Sehingga datangnya sang serigala, bisikkan padaku, sedarkan aku, caknakan aku, ingatkan aku.

Yang malam ini
Genap tiga puluh tahun
Sang perawanku mati.


Tuesday, January 28, 2014

Marlboro Merah

"You, belikan I Marlboro merah satu,"

Lalu aku toleh. Memandangnya dengan penuh rasa geram. 

Jari jemari aku melingkar terus ke pipinya. Dan cubit.

"Eeei... Sukanya you pau I kan?"

Balasannya hanya sengihan. Menampakkan sebaris gigi barisan hadapan, yang kadang kala menjadi igauau, di kala aku terasa kerinduan. 

"Nah, boss,"

Hulur aku sekotak tembakau merah.

Disambutnya huluran, dan terus ditariknya tangan itu, lalu dikucupnya pipi aku.

"Thank you, I sayang you,"

Aku tahu itu tipu. Tapi aku lega, sekurangnya dia masih mampu lafazkannya. 

"Di setiap hembusan yang aku tiup, di setiap kepulan yang tercipta, ingat yang aku sentiasa rindu kau, walaupun tak cinta," 

Monday, January 20, 2014

Aiskrim Oren

Teringat kala dulu waktu kita terdengar denting loceng itu.
Berlari berlumba
Mengejar si motor tua.

"Aiskrim oren ada?" 
"Berapa posen?"

Dan sekuat deruman motor dan dentingan loceng itu pergi, sekuat itu lah hati kita melonjak puas hati.

PENUNGGU