Thursday, June 22, 2017

Vise Versa

Aku dengan segala kemahuanmu
Sungguh vise versa
Aku dengan seluruh seleramu
Terlalu kontra
Hidup sejuta tahun pun aku masih lagi tak mampu memenuhi kemahuanmu juga selera kamu
Kerana aku tak sama.
Dan takkan pernah sama.
Juga takkan pernah cuba-cuba
Untuk jadi selari dengan mimpi-mimpimu

Aku itu cuma ini
Yang kau lihat ini
Inilah aku.
Ini sahaja
Cuma ini.
Yang aku mampu beri
Untuk kamu
Terima atau pergi.

Thursday, June 15, 2017

Drowning

When you thought that you'd own everything but you're not.

Sucks to have this kind of feeling.

When you give all of you but it's never enough.

Need someone to talk but you don't know who to trust anymore.

Or at least, willing to listen.

You're alone in a crowded place. You thought that yo belong to them but you're wrong.

Who's going to listen? Who's willing to? There's mo one you can trust now.

Mend your heart by yourself. Keep all the tears inside. No one would want to see or care.

You need help. You think you need help. But there's no one.

The street's empty. So as your heart.

Stop calling. Because nobody's here.

Deal with it alone. By all means.

Deal it, yourself.

Sunday, March 12, 2017

Kita Parallel

Kita terlalu sama
Macam dua garisan selari

Arah kita
Fikir kita
Laku kita
Mahu kita
Tawa kita
Tangis kita
Sama
Macam dua garisan selari

Kita memahami macam dua garisan selari
Kau hanya beri isyarat mata
Aku sudah boleh faham
Aku hanya perlu herot bibir
Kau sudah mampu erti
Seperti aku kata tadi
Kita sama seperti dua garisan selari

Tapi seperti dua garisan selari
Hati kita takkan pernah bertemu
Jiwa kita takkan pernah menyentuh
Raga kita takkan pernah bercantum
Sampai mati
Kerana kita hanyalah dua garisan selari


Pun begitu
Izinkan aku jadi parallel line kau
Juga sampai mati

PENUNGGU