Wednesday, August 16, 2017

Cukup-cukup

Setiap kali kau merungut pada aku tentang kekurangan kau sana sini, sompek serba serbi, cela itu, tak cukup ini;

Mahu saja aku pinjamkan mata aku untuk kau lihat betapa sempurnanya kau pada aku. Pada sepasang anak mata ini, kau sudah pun cukup-cukup.

Cukup sana sini
Cukup serba serbi
Cukup itu
Cukup ini

Cukup-cukup sempurna.
Cukup segalanya.

Hanya jika aku boleh pinjamkan mata aku.
Aku harap kau tahu.



Wednesday, August 9, 2017

Lost

"Hello, Sara? Sara kat mana ni? Hello? Hello? Ha, Sara kat mana ni? Ha? Kat mana? Tak dengarlah. Hello? Hello? Line putus-putus ni. Sara kat mana? Ha? Kat mana tu? Hello? Sara? Hello? Dengar tak? Fuck it! I can't hear you. Hello? Sara? Sara dengan siapa tu? Sara sorang ke? Hello? Hello? Stay there. Tunggu. I'll find you, okay? Be calm. Hello? Sara? Sara? Stay on the line, please. Hello? Sara please hold on! Hello? No, no, no, no! Hello? Sara? Sara? Sara!!!"

Tuesday, August 1, 2017

Reaksi

Selalu saja aku terfikir bagaimana reaksi aku bila suatu hari nanti kau datang pada aku seraya berkata,

"Sara, aku akan berkahwin tidak lama lagi. Jangan lupa datang ke majlisku nanti,"

Gila.

Dengan membayanginya sahaja lututku sudah terasa lemah, jantungku sudah terasa mati. Apatah lagi bila menghadapinya nanti.



PENUNGGU