Monday, February 28, 2011

sleepover birthday bash woohooo!

happy birthday to you
happy birthday to you
happy birthday to
zzzzzzzzzz
happy birthday to you

haha, malas aku nak sebut nama kau, kau kan da promote kat satu dunia, kan2?

hmm, jelebu best! muahhahaha, najwa ngan syasya boleh le cakap camni, aku? setiap bulan balik jelebu haha.

aku duk umah jue hari hari boleh gemuk, naseb baek duduk 3 hari je, sebab chef zaimah masak sodap sangat.

ahhaha. hmm, kitorang sampai2 je dah petang, adoii, memang ponek gila lah, tapi disambut baik oleh cikgu johar, hahaha naseb baek bapak jue tak marah kitorang lambat ouh, da la dye termissed game,, haiishh, sorry ye pakcik, KTM asik loading jerr, haha

esoknye pagi2 dah makn nasi goreng chef zaimah, bapak dye,,,! cam nasi goreng chesse, sedap gila. okay, then kitorang gerak ke.............

tadaaaa!!!!!!!!
 hmm,, baca,, nampak tak???ke nak aku bosar kan lagi?



 thanxx pakcik johar!
besday girl yang paling bajet ayu tuh. haha



tyme ni aku cun. wahahaha
besday girl yg tgah snap pic nih,,
hee~


best gila!! aku nak letak gambar tyme kitorang gi panjat2 jeram tuh,, tapi,,, 
bhahahaaaha.
toksah le,, kang ada yang kena marah kang, hahaha
tp, scene kat jeram paling atas tu,, memang superb aar, cantik sangat,, tempias2 muke kitorang kena air terjun tuh, hahahaha. ALLAH's creation is so fabulous! SubhanAllah,,
hee~

then esok tu, iatu, hari last day kitorg, pagi tu, kitorang gi MUZIUM ADAT!
bhhahaahaha, sian syasya ngan najwa kena gebang ngan aku,
haha!! lantak aa, sape suh caye patung2 tu ada sensor kat mata, hee~

haa...nahh..
 ni tyme dekat part mane ntah, tak engat.
haa, adat menaikkan tiang seri.



 ni la bday girl!! dah berjuta2 kali kot dye masuk MUZIUM ADAT nih,, dan ni lah keroje dye, masuk kat tempat patung2 n tangkap gambar. hahahaha. ni adat bernikah tak silap.




dan aku punn mengikot sama, haha
ni adat melenggang perut,
sumpah cuak beb masuk dalam nih, mane tau kot tyme aku tgh pegang2 perut dye, dye tarik tangan aku ke,, ya ALLAH.. boleh pengsan aku, nak harap yang kat luar tu tolong,, haram lah,, sah2 dorg cabut dulu!


dah nama pun MUZIUM ADAT kan, sah sah la banyak gila gila adat dye, nak nak kat negeri sembilan,, memang lah, tapi memnag best ah muzium nih, ni baru sikit patung yang aku tunjukkan, dalam tu, ade beribu kot patung! cuak a nak datang sore2,,hee~


dann, inilah mereka mereka yang aku sayang!


 ouh,, berwebcam tanpa aku disisi,, baguihh la tuh,,, huh!


and last but not least,,,,
amella juhanna bte johar.



p/s, aku tak nak citer bende ni sanye, tapi aku kene citer gak, sedeh dowh, petang semalam aku nagn jpj (cik najwa) naek motor, aku le yang membawenye,, engat nak blaja,, mule2 ok la lagi,, tapi,,,,


KEBABOOMMMM!


mannn,, aku eksident dowh, dah la depan rumah orang, aiseh, langgar tembok umah orang lak tuh,, habis masuk longkang!

asal? sebab,, najwa suh brek, tapi dengan spenuh panik + confident nye aku gi press minyak cam tgah rempit kat highway tuh, mane taknye, sakit woo wa cita sama lu,, luka mannn kaki aku, sampai ade kesan lebam kat peha, aduhh,, dan yang paling menyakitkan,, pundi kencing aku sakit! hah!! sial je, sakit ouh nak kencing! cit betol! naseb baek anak orang kat belakang tu takde pape, koyak suar je,, hahaha
sorry la ye najwa delaila bt adam malek,, ambo tak sengajo...isk isk isk...

Wednesday, February 23, 2011

aishhhh,, jom flush muka kat jamban jom!

aduhh!!!! first tyme aku rase aku malu gila gila tahap giban nih bila ade orang lain yang aku tak bape kenal baca blog aku. dye baca blog aku? dye! dye? nope, kini bukan dye lagi, dye plak, dye..........................,,,,,,




GULA!

kronologi kisah kau, aku dan segalanya.

WARNING! post yang ditulis ini memang membosankan, jadi anda memang tak digalakkan baca sebab nanti anda akan mencarut carut kebosanan. tapi kalau nak bace jugak, baca la. aku sungguh terharu.


EPISOD 6 - TERAKHIR


"eerrrkkkkk!!! Alhamdulillah,, kenyang gile,,senak perut aku,,"

memang, kata orang, perut kenyang, hati senang. aku pun melangkah dengang senang hatinya mengusung perut yg berat ini melalui susur gajah ke blok asrama...

'mak aii,, jauhnye lahai blok G nih,, asal la dye buat jauh sangat, nak suh aku sendawa kali kedua ke?' rungut hati ku, hati aku, bukan aku.

GB02

huh, sampai gak den akhirnya,,sambil menanggal kasut ku, aku melangkah masuk kebilik dan,,

phhuhhhhh...!

menghempaskan bontot ke katil,,'adoyai,, sedapnye katil,,,seperti kebiasaanku, selepas sahaja aku duduk di atas katil, berlunjurkan kaki, aku akan meraba raba bawah bantal,,mencari telefon mudah alihku.


one message receive

berdebar debar ape yang aku rasakan, ia bukan lagi perasaan seperti dulu,, kali ini, aku agak takut untuk membuka mesej itu, aku takut!


___________________________________________________________________




'mira, apiz xtahu, tapi apiz rasa, apiz dah tak sayang mira lagi,,'



'owh,,,, hmm,,,, so,,apiz dah tak nak lagi la ni???



'Hmm,xnk..Sori,'


'ok,'


 ______________________________________________________________________



serentak dengan menekan butang sent, air mataku terus mengalir, mengalir bagai sungai yang tiada penghujungnya,, deras, sungguh deras. tiada paa yang boleh aku katakan lagi jikalau hati kau memang dah tiada untukku. takkan boleh aku cuba pertahankan lagi kerana cinta memang tidak boleh dipaksa, aku melerakan kau pergi. pergilah, jikalau itu yang kau inginkan, kau bukan kepunyaan kekal aku. aku tahu, pasti satu hari nanti aku akan juga kehilanganmu, walau bukan untuk saat ini.


'K..Sori,apiz hrp mira bley jge dri sndiri..Mira da bsakn..Egt,study rjin2..Taon nie mira spm..N jgn lpe ,salu solat..Dnt be a naughty gurl!!K la,2 jea yg apiz nk psan..Bye2,t8 cre..'
 Sender:
+6012691****
Message centre:
+60120000015
Sent:
23-Feb-2010
01:46:21 pm




ya,, tepat pada masa yang ditunjukkan di atas, itu lah mesej terakhir sebelum aku terpaksa menerima hakikat semua ini...

_______________________________________________________


apiz, kalau apiz baca ni, mira nak cakap, hari ni, 23 FEBRUARI 2011 ni, dah setahun kita takde ape2 hubungan melainkan kenalan*mira xnak sebut perkataan tu. i hate it. apiz, mira nak cakap thanx sangat2 sebab apiz pernah sayang mira b4 ni, n thanx for all da support u gave me, i really appreciate that. semenjak first mira kenal apiz, sampai sekarang, apiz adalah prioriti utama mira. ya, even kita dah xde pape ni pon, jujur mira cakap, mira memang sayang apiz lagi, n i need u all the time in my life. mira tahu, memang mira tak layak untuk disayangi apiz lagi, n mira xpaksa benda tu terjadi. kalau la tiba2, pintu hati apiz terbuka untuk terima mira balik, mira xnak dah macam ni, mira takut jadi macam ni lagi, mira dah xnak nangis lagi. tapi mira still bersyukur kalau memang dah tertulis kita ada jodoh, mira x tolak, tapi kalau untuk bersama balik macam dulu2, mira dah tak larat. 


apiz, mira xpernah rasa air mata mira membazir kalau air mata itu adalah kerana apiz. tapi sekarang mira dah xnak lagi. buat pe mira nak gugurkan air mata mira untuk orang yang mungkin tak pernah buat camtu untuk mira kan?


Muhammad Hafiz Bin Idris, you are such the sweetest thing happen in my life, to have you is a great thing that i ever had, to have your love is like a fairy tale. 


Muhammad Hafiz Bin Idris,,kalau satu hari nanti,, kita memang tak ditakdirkan bersama, satu je mira harap, tolong jangan lupa mira. live your own life, but dont ever forget me. please.


Muhammad Hafiz Bin Idris, kau merupakan perkara paling indah berlaku dalam hidup aku. tapi aku mungkin bukan perkara indah berlaku dalam hidup kau. oleh itu, mulai hari ini, aku dah tak nak cakap aku sayang kau lagi. biarlah Tuhan je yang menentukan nasib aku selepas ini.


aku gembira mengenalimu biarpun masa yang Tuhan berikan tidak lama.
aku tetap gembira.kau hadir dalam hidupku untuk sementara, tapi kesan yang engkau tinggalkan, adalah untuk selama lamanya. aku tak pernah menyesal mengenali insan yang bernama,,,


Muhammad Hafiz Bin Idris


muhammad hafiz bin idris~amirah nadia binti mohd nazari

apiz~mira

cep~amer

hanya sebuah memori


...'terima kasih, apiz'...



THE END.

Tuesday, February 22, 2011

kronologi kisah kau, aku dan segalanya.

WARNING! post yang ditulis ini dan post terakhir yang akan datang memang membosankan, jadi anda memang tak digalakkan baca sebab nanti anda akan mencarut carut kebosanan. tapi kalau nak bace jugak, baca la. aku sungguh terharu.


EPISOD 5

'can we be friend?'

WTF!! ape friend fiend? aku tak penah rasa benci dengar pekataan fiend o kawan o teman o sahabat selama ni, tapi bile kau cakap, aku benci! seolah olah kau pakukan aku kedunia realiti bila kau sebut perkataan tuh.
ya! aku tak dapat terima, aku, bagi kau, hanyalah friend semata2. gila! aku sanggup dah tak kenal kau dari jadi friend kau. buat biase sudah la,tak payah la nak sebut ayat tu ulang2 kali! aku faham la kita dah xde pape! aku sedar! huh!

ya,, kami still ber msg seperti biasa, cume,, aku bukan lagi prioriti dye. ntah, aku rasa xpenah pon!

semasa ketiadaannya,,mungkin ada seseorang datang menawarkan diri untuk menemani,,,,

"aku datang kelas kau tadi,,,aku nampak ade simbol 'A' kat hujung meja tu, kau buat ea? cantik,"

"haha,, kau nampak? hmm,, haah, aku buat? cantikkan? hahahha, puji diri sendiri,"

"haha, ermm,aku nampak,,bawah simbol tu,,ade name,,kecik jea,,name sape tu?"

"haa? ouh,,hmm,,tu  name dye...,"

"ouh,,,,hmm,,bile boleh betukar jadi nama aku?"

HA.HA.HA

maaf Arep,, mungkin belum masenye lagi,, mungkin takkan wujud pun masa tuh, apepon, thanx sangat2 sebab datang hiburkan hati aku, haha, mungkin kau memang hensem dari name bawah simbol 'A' tu, tapi,,,kau telalu baik. tak mungkin sesuai untuk ku,,,bukan aku tidak mahu memberi ruang,, tapi,,hmm,, tanyalah sendiri hati aku, mungkin dia ada jawapan yang lebih baik.

dan apiz,,kita teruskan dengan msg,,dan kdang2 call,,makin lama, makin kerap,,dan aku pulak, seperti biasa,, memerlukan kan kau di setiap ketika, dan paling menggembirakan, kau tetap lagi ada pada saat saat tersebut.
huh,,mungkin kau juga merindui ku seperti mana aku yang sentiasa merinduimu,,harapnyelah..

"hello!"

"hye,,hmm,okay da ready?"

"hmm? ready? ready for what?"

"oit,, kan dah masuk 1 September ni,,,"

"ouh, da pukul 12 ea,,haha,okay, hee~ ready,,"

"so,,,,,,,,,,,,"

haha, dalam beberapa saat sahaja, aku dah menjadi miliknya semula,, syukur kerana Allah masih memberi peluang kepada hubungan kami. akan ku jaga dengan sepenuh hati kali ini! pasti! aku sayang kau sangat sangat, Apiz!

 * * *


Di rumah - dalam bilik - atas katil

aku bebaring sambil mengangkat tangan kiri ku, berada setara dengan mataku,,cantik,,bekilau,,aku suka sangat. jam tangan Casio bertali pink guinea leather terpaut kemas di lengan kiri ku.

...'terima kasih apiz"...

ouh,, tidak lupe juga,,yang itu,, yang becorak kotak kotak bewarna biru cair dan putih. hee~~

...'terima kasih apiz'...

* * *

-2010-

tahun baru menjelang,,,kali ini, aku pula yang bakal mengambil SPM seperti mana kau dulu, cuma, suasananya sedikit berbeza dari ape yang aku jangkakan semasa aku berada di tingkatan 3. ya,, aku akan menjadi calon SPM 2010 MRSM Tun Ghafar Baba! 

"apiz,, apiz punye jam ni dah nak terkotor kotor sikit la,,,sebab mira tulis2,, pastu dye kene kat meja,"

"laa,, yang mira pakai tangan kiri bwat pe,, pakai la tangan kanan,, mirakan tulis tangan kiri, mestilah kotor jadinya,,"

"taknak,, apiz pakai tangan kiri, mira pon nak pakai tangan kiri la,,,,"

"tapi apiz tak kidal,,,tak pelah, ekot suke mira lah tu kan jam mira,,"

hee~~ tak! ni jam kau. aku sayang kau.


* * *

bulan pertama aku sebagai pelajar f5 TGB amat sukar, mane taknye, aku dah le nak kene catch up balik bnde yang belajar tyme f4 tuh. tapi, aku masih ada dye di sisi.tiada ape perlu aku gentarkan selagi dye masih menemani, tak putus putus memberi semangat pada diri.


thank you apiz, i love you.

* * *

'syg, i was thingking that is it u will be my wife?? Hmm,, nk thu x, apiz ase cm kliru sgt yg apiz cinta kn mira tok spnuh ati mira atau pn cintkn mira ckit jea... Dh byk kli apiz fkr psl nie...'

*fully coppied from my inbox. (asal sepenuh hati aku?sepenuh hati dye la, pelik2 je dye ni)


'Hmm,,mira thu x apiz nk jnis pompuan mcmne slme nie?'


'Ntah la..Apiz pn xthu..Apiz dh cbe, tp ntah la..'
'cube ape?'
'Trime mira spnhnye..'

* * *



Woii,,!!
kalau kau nak bandingkan aku dengan Megan Fox,, mmg xla,,
ey, xyah megan fox la,, hot sangat,,amek ni Vannesa Hudgens tu je,, hm,, mmg x jugak la,,
ey, tak yah selebriti hollywood la, amek malaysia je, tu, Lisa Surihani tu? hummph, mmg mimpi la,,
ey, tak yah artis la, amek membe aku je sendiri, tu si Allyn tu,, ahh,, memang haram ah, jauh panggang dari api. apa jadah nye nih????

* * *

oklah, nampakkan tiga siri msg diatas dan satu kata kata ketidakpuasan hati aku? tak perlulah aku menyatakan mesej2 yang seterusnya dan hari2 yang berikutnya,,yang pasti, amat menyentap jiwa.. anda boleh bayangkan tak kedinginan yang kami lalui saat ini? yaa,, tapi aku terpaksa terima, ape yang dye cakap tu semuanya betul! memang takde salah langsung2 lah! dan kau pula, mula rasa macam menjauhkan diri. aku relakan, mungkin kau ingin sedikit ruang untuk bernafas. silakan. itu apa yang kau nak. copp! anda percaya tilik? aku TIDAK sama sekali. tapi dia? tanyalah tuan punya badan sendiri.

* * *

mungkin dengan membawa diri bercuti bersama keluargaku di 'Sarang Helang' ini dapat melupakan beban dan segala masalah serta kedinginan aku dengan engkau memandangkan 'Sarang Helang' sekarang memang panas! tapi,, sejujurnya, percayalah, aku tetap teramat merindui kau. amat sangat.

'hye, i see u wearng ur pink watch in juju's blop..(he mean, blog) So prety that watch...( he mean that watch is pretty) huhu,=)' 

katakan lah kau juga merinduiku seperti mana aku merinduimu. tolong katakan.

Ya Allah. selamatkanlah hubungan kami. sesungguhnya aku amat memerlukannnya dalam hidupku, tiada satu nafas pun yang aku tarik tanpa merinduinya. aku sayang kau lah bongok!!!!

apiz,,,mira sayang apiz...

* * *


 to be continued.

Monday, February 21, 2011

kronologi kisah kau, aku dan segalanya.

WARNING! post yang ditulis ini dan 2 lagi post yang akan datang memang membosankan, jadi anda memang tak digalakkan baca sebab nanti anda akan mencarut carut kebosanan. tapi kalau nak bace jugak, baca la. aku sungguh terharu.

EPISOD 4
2009 -MRSM KKB

aku berbaring di atas katilku, dibilik yang baru, blok yang baru, B-1-27,,hmm,, dulu CEP K-2-27,, cehh, 27 jugak sama lahh tu, dan katil yang aku dapat, sama kedudukan dengan katil dye dulu, haha. aku sayang kau. apiz,,,ape apiz buat sekarang ni? mira rindu apiz laa,,,,,,,
"hello,"


"hello, woi mira? kau baru bangun ke? da pukul 11,, aku ngan CEP kat umah kau nih, kat taman bawah ni, rumah kau tingkat bape dowh?"

haaa???????

"ape? cakap btol2,, tipu ah,," aku menggelabah bangun dan menerusi tingkap,, ya,,, korg memang ade kat bawah. 

"btol la, cepat la ngek, panas dah ni,, umah kau yg mane?"

"arghhh! tggu2 jap, aku mandi jap, tggu kat bawah, jap gi aku datang!" terus berlari lintang pukang masuk bilik air. 

"ngek! datang xnak cakap," "pale kau, kitorang da call kau dari pagi tadi, kau yang off fon asal," 

oopss,, aku tergelak dalam hati,, adela,,mane boleh bagi tau asal,,aku memg jahat.

"aa,,bat fon habes la,,hye apiz,," bibir ku mengukir senyuman, ,masih terkejut lagi sanye dengan kehadiran dorg nih. aku seakan tidak percaya, Muhammad Hafiz Bin Idris kini di hadapan mataku!


kami berborak agak lame, tapi apakan daya, aku tak boleh nak halang matahari dari terus naik tinggi,,,tapi aku juga tak boleh nak benarkan mereka jejak ke dalam rumah ku, mungkin kalau Nanie sorang boleh, tapi kalau CEP sekali,,,maaf, apiz lelaki. selepas apiz menghantar ku naik ke rumah, mereka pon beredar,,,
hati yang masih terkejut ini, sudah melepaskan rindunya,, ya Allah,, aku tak sangka Kau masih lagi memberiku peluang bertemu dengannya, syukur aku panjatkan.

aku tersenyum sendirian,,,dan terus pandanganku gelap. gelap yang menenangkan.

* * *

Bilik Seminar Azahri

"ish,, cuak la nak tengok name2 tu,,dah kuar kan?" "haah,, takutla,, nak sangat dapat,," ya,, yana memang nak sangat dapat, aku? aku tak pasti,,,

"weh weh weh aku dah tau sape pegi,,,!" sambil menoleh kearah ku, "ha! mer, kau dapat dowh, kau dapat TGB! aaa.... lagi.......ha kau,,,"

danggggg

terkamjat aku.

jap, dia cakap aku kan?? betul la, dia pandang sini tadi. jap,,,ya,, dia memang pandang aku tadi. copp, mana aku dapat tadi,,, dia kate ape? TGB? TGB? TGB? aku dapat masuk TGB? aku kena pindah TGB? aikk, napa dye tak sebut nama Yana sekali? Yana kan tepi aku je? dia tak perasan ke? betul ke dia tak perasan? atau aku je yang dapat? aku patut gembira ke? atau sedih? atau ape ni? aku,,,,,

AARGGHHHH!!!! TIDAK!!!!!!

memang! memang menagis cam gila pon tak gune lagi! ini takdirku. ini takdirku? aku kena tinggalkan KKB ini takdirku? aku kena tinggalkan Kota Memori ini, dan ini takdirku? aku kena tinggalkan semua di KKB ini takdirku? aku takkan dapat lihat stesen teakhirku lagi dan ini takdir ku? yana? hanis? allyn? bayangan nanie? bayangan apiz? macam mana? macam mana dengan semua nih? semua persoalan hanya mampu dijawab dengan derasan air mata....Ya Allah,, katakan lah ini hanya satu mimpi ngeri. mungkin pagi esok, semua akan jadi seperti biasa, aku akan pulang ke rumah esok, dan kembali mendaftar semula sebagai pelajar tingkatan 4 MRSM KKB. aku pejamkan mata,, dengan penuh harapan.

* * *


"mer,, bangun, dah pukul 6.30," "terpisat pisat aku bangkit,,memandang sekeliling, bergenang air mata ku. menyeret tuala, menapak malas ke tandas yang sama sekali berbeza suasananya dari yang dulu. tiada lagi deretan toiletries di hadapan setiap pintu tandas. tiada lagi mereka2 yang menyandar ke dinding, menunggu giliran,kali ini, semuanya bagai lancar sahaja. ada sahaja pintu yang ternganga, menanti manusia. aku menguatkan hati, menerima takdirku, disini, di MRSM Tun Ghafar Baba.

* * *

" apiz,,, mira xtahan la duduk sini,,, semua orang tak suke mira, semua orang benci mira, dorabg kate mira jahat,,,," rungutku, menahan sebak.

"mira,, sabarla,,nak buat camne, kita dengan dorang berbeza, culture kita dulu dengan dorg berbeza,, kita dtg dari tempat yang beza dengan dorg, tapi dorang kan majoriti kat sane, so mira nak xnak kena ikot cara dorg,,"

"tapi dorg suke kutuk2 mira,,,mira tak tahan la, mira xbuat pape pon kat dorg,,"

"hmm, sabar jela.. lepas ni, bile dorg buat cam tu lagi,, mira senyap je, xyah layan, jangan balas balik,, nanti lame2 dorg senyap laa,,, k?

ya,, dia selalu memberi semangat kepadaku, untuk terus berada, bertahan di sana.


"apiz,,, markah addmath mira trok la,, haihh,, kenapa la mira xsepandai apiz,,,mira nak jadi macam apiz,, apiz pandai addmath, math, phisic, chemist, sume yang ade kire2,, mira tak,,,mira sedehla, kat sini sume org pandai2 sangat,, mira je bodoh gile babeng, malu je,,,"

"mira,, mira kene kuat berusaha, kalau mira tau mira xsependai dorg, so mira kene la usaha lebih sikit dari dorg,, dah pegi belajar,, satu hari nanti,, apiz tahu, mira jadi 'DR Amirah Nadia' taw,, so, pegi belajar sekarang!'

dia lah orang yang selalu memberi sokongan dan dorongan kepadaku untuk teruskan belajar disana. memberiku semangat, dan inspirasi. sejujurnya, memang aku bangga dengan pencapaiannya, mungkin lebih dari dirinya sendiri.


"waaaaa...." gambarkan, esakan yang amat kuat okay. "apizzzz,,,,isk,,isk,,isk,," "eh,, nape nie,,?" " apiz,,, pagi tadikan, mira basuh baju banyak sangat,penat gila, pastu mira sidai la baju mira, pastu, tadi mira tertido kejap, pastu ni mira bangun hujan dah lebat sangat da,, sume baju mira dah basah,, da la baju nak pakai esok,,,isk,,isk,,isk,,," esakan semakin kuat setiap kali wujud koma dalam ayatku,,bagai kanak2 yang menangis kerana satu tayar Tamiya dye hilang.

"laa,,, hm,, ok2,, nanti,,bile hujan dah berhenti,, mira amik baju yang mira nak gune esok je taw, pastu mira basuh sikit2, n mira keringkan bawah kipas, yang lain2 tu nanti dulu, tapi jangan biar lama lama, nanti busuk,,okay? dah,, jangan nangis lagi,,"

yaa,, die juga sentiasa ade di situ untukku, medengar masalah ku, even masalah kecik camni pon,, mungkin Yana akan cakap " ek eleh, baju basah je bai,,,haha, pe la kau ni,," tapi, kalau dia xde,, seyes aku x beridea pon nk buat cam ape yang dia cadangkan.


'sorry nanges kat apiz pasal bende kecik,,tapi mira memang dah sedh sangat,,,'

'takpe,,apiz dah bese dah, mira memang kuat nangis pon,, dah, jangan la nangis lagi,, simpan air mata tu,,'

ya,,, dye juga sentiasa paham dengan perangaiku. membuatkan aku bertambah memerlukannya dalam hidupku.

* * *

hari berganti hari,, dan esok adalah hari paling ditunggu tunggu oleh ku,, tetapi,, aku dapat measakan ia seperti mula terbang perlahan lahan, jauh dari ku, susah untukku capai, susah untukku memastikan bahawa esok akan ada. aku bergerak keluar dengan lemahnye dari gerabak ktm yang meluncur perlahan sedari tadi, teringat aku akan lrt dirumah ku, sentisa bagai halilintar mengejar pelanduk gerakannya, laju nak mampos, ktm lembab!
ya,, terasa bagaikan mataku,, basah, aku menangis ke? cepat2 aku kesat mataku, takot2 kalau nanti mengalir, payah pulak. aku berjalan, sendirian, menjinjing beg ke kaunter tiket,, aku sendirian? terasa janggal, ini kali kedua ku pulang ke rumah menaiki ktm dari seremban dan aku masih janggal? ya, kerana kali pertamaku, aku bkan sndirian, aku berduaan.

nampak bangku itu? bangku dimana aku pernah duduk bersamanya menanti lrt tiba. mula terasa sebak,, aishh mira, jgn nangis sekarang dowh, nnti org cakap kau gila pulak,


 
Rumah - bilik

sejak dari dalam lrt tadi sampai lah ke sekarang,aku asik fikir,, ape dah jadi sanye nih? aku pon tak faham, asal tibe2 je? rasenye aku takde buat salah pun, gaduh pon tak, argghh, takotnye,, masa dah semakin hampir,,,,,

* * *

12.00am : tiada ape2, *arghh, jam aku cepot kot.

12.05am : masih tiada apa2, *jam aku ni cepat bape minit?

12.15am : one message receive. *yes! akhirnya,,, 'mira, hari ni anniverssary kau ngan CEP kan? woww, happy anniverssary.

*derasan air mata terus mengalir, kenapa Nanie yang jadi orang first? kenapa bukan kau? kenapa? kau tak engat langsung ke? eh, hell...o, kau yang pilih tarikh ni dulu kan? kau yang kate tarikh ni senang nak engat, ape ni? aargghh,, mungkin kau terlupa,, takpe lah, aku tggu esok sahaje.

* * *

namun, sangkaanku meleset sama sekali, tiada langsung apa2 darinya yang aku dapat, aku bukan mahukan ape pon, aku hanya mahukan sebuah ucapan ringkas, apekah itu susah bagimu?
malam itu,, au cuba menguatkan hati,, 

'hye, buat pe? bz?'
'taklah,,'
'ermm,, apiz lupe ke?,,harini?'
'hmm? ape?'
'hari ni kan 1 May, dari semalam mira tggu,'
'ouh, apiz lupe, semalam apiz ade futsal,'

*tu je ke alasan yang kau kasi? mane wish nye? wish la,, blom pukul 12 lagi ni,,,

yaa,, itu hanyalah harapan,, tiade wish, tiada perasaan genbira, tiada sayang menyayangi, tiada, yang ada hanyalah tangisan yang setia menemani.
3 May 2009
12.30am

semuanya kini berakhir,,,aku mahukan sebab yang kukuh. selepas desakan perasaan tidak puas hati aku, maka dye pon memberitahu sebab disebalikknya yang menjadi sebab kedinginanny selama ini. susah untukku terima sebab itu, namun, apakan dayaku untuk menolak. walaupun begitu, aku masih usahakan pembaikpulihan, tapi dye menolak,,,

"tapi kenapa? takkan lah sebab tu je!"

"mira takde kat tempat apiz lah, mira takkan paham!"

"mira paham, tapi takkan lah sebab tu je, apiz langsung tak sayang mira dah ke?"

"ntahla,,,"

"ntah? apiz sayang mira lagi ke tak? jawablaa,,"

"ntah, apiz tak tahu, dah tak kot,,"

pangggggg

*sungguh mudah jawapannya bukan? macam jawab soalan 1+1,,bagos! jika ini lah pengakhirannya,,, aku memang tak boleh terima! tak! tak!
TAK!!!!!!
malam itu,, habes semua bantal aku baling, aku kutip balik untuk aku jerit sepuas puas hati, dan aku campakkan semula. tiada siapa di sisiku pada saat itu, dalam bilik berona merah jambu itu, aku menangis sepuas puas hati,, cuba menerima nasibku, menerima kisah cintaku, yang kini berakhir, terbengkalai, begitu sahaja. 
'apiz dah la tak wish masa 1May hari tu, pastu tetiba, hari ni, apiz menghentikan segala galanya, ape semua nih? Ya Allah,, tabahkan lah hati hambaMu ini...'

* * *


to be continued.

Sunday, February 20, 2011

kronologi kisah kau, aku dan segalanya.

WARNING! post yang ditulis ini dan 3 lagi post yang akan datang memang membosankan, jadi anda memang tak digalakkan baca sebab nanti anda akan mencarut carut kebosanan. tapi kalau nak bace jugak, baca la. aku sungguh terharu.


EPISOD 3


MRSM KKB 2008

yeah!!! tahun baru! tahun yang amat penting untuk aku, segala galanya mesti baru, baju sekolah baru,(kaler kuning yekk) *dulu yekk la, skrg da suke. kelas yang baru,bilik baru A-1-13, roomate yang baru, - Nanie, Zeg, Ecah* ni dari dulu sampai sekarang. guru subjek baru, semangat baru, cinta lama. ha?? ya,,, masih yang lama.

' ....untok MUHD HAFIZ B IDRIS, u are my love 4eva...! xkesah la apiz syg mira ke, tak sayang ke... tapi ati nie ttp sayang apiz...be a god boy tau,,,jgn nkl2...lg 1, hope dpt benti **o**ng!! Hahaha...serius la... Harap dpt capai azam bru apiz!! do da bez 4 ur SPM, n I'll do my bez 4 PMR... beat u beb!!! haha... nnti habis skola jgn lupe mira ok,,,'
*fully copied from my pink Barbie book.
haha,, kelakarnya penulisanku masa dulu...
ouh, nampak nme tu? dulu aku xtahu full name ic dye ape, tu aku tulis sebb ekot name yg dye salu tulis kat buku n kertas periksa dye.

ya, dan tahun ini juga, aku mungkin ada peluang. kerana, statusnya bukan lagi in relationship, tapi dah bertukar menjadi single. anum dah bawa diri ke MRSM Mersing atas salah faham yang berlaku hari terakhir persekolahan. aku simpati. harap kau berjaya hidup disana.
* * *

Bilik Guru MRSM KKB - perjumpaan SEM bersama cikgu SEM.

Ya Allah, asal la kat tepi ni jugak mamat ni nak duduk, ntah buat ape ntah, cane aku nak cocentrate dgn miss Marlina ni cakap ape,,, gila lah. bagai terdengar kata hati aku yang menjerit kuat nih, oh, mungkin juge degupan jantung aku, dye menoleh ke arah ku dan,,,

'argghhhhhhhhhh... Ya Allah!!!!'

lemah, betul2 lemah, rase macam nak terjatuh je dari kerusi tuh, jatuh dari kerusi tiba2 tyme bincang pasal SEM depan cikgu??? ya,,, semua kerana leretan senyuman itu!

"haha, baru senyum sikit bai, dah gila."- mungkin Yana akan cakap macam ni.

Tapi, inilah hakikat sebenar aku patut terima,,,

tap tap tap
terasa ada orang mengetuk bahuku, dan aku menoleh kebelakang
" mira!! sini, akak ade satu bende nak cite, happy gila nih"
"ouh, ape dye? cite la," bergerak ke arah nya,, *sanggup aku tinggalkan barisan kat KOOP tu semata mata untuk Black? hmm.
" akak ngan CEP dah baik balik, tadi kitorang baru jumpe!"

gebukkkk!

'ni je ke yang kau nak cakap kat aku? ni je ke? ni je ke haa!!? ya, memang gembira untuk kau, tapi xsemesinya gembira untuk aku! yang kau excited sangat nak bagitahu aku ni asal a sial! '

" ouh yeke,, wow,, cehh, bagoslah camtu,, cane boleh baik? "
aku xpercaya aku boleh jawab macam ni, aku gembira? gembira menyaksikan Black dapat curi dye kembali? gembirakah? tapi ini juga yang aku tuliskan di nota kecil yang aku berikan kepada CEP kelmarin, menyuruh CEP berbaik semula dengan Black. Sesal pendapatan tiada gunanya.

" xpe, malam ni akak cite ea,,," dan trus berlalu pergi, dengan gembiranya.

" ekh, mira, nah, ni lagu sesuai untuk kau saat ni," sambil sumbatkan earfon kat telinga aku,

'...sayang sayang sayang,kamu dah berpunya, tertutup sudah bagiku kesempatan...'

air mataku mengalir tanpa aku sedari, menyaksikan si baju melayu pucuk pisang menyandang beg pulang ke bloknye. ish,, ape la Ela nih, lagu nih dye kasi aku dengar??? dan terus meraung balik bilik.

ya,, begini lah selalu aktiviti malam ku jika takde homework*pernah pulak takde homework. aku seperti selalu, akan melepakkan diri aku,, dengan Black kat meja bulat depan bilik dye. buat ape? cerita2 pasal CEP, beri harapan menggunung gunung kat Black yang CEP akan suka dye,,, reka cerita cinta CEP dan Black. dan bile agak2 dah mengantuk, masuk bilik, meraung macam orang gila, menangis, menyesal dengan setiap harapan yang aku berikan kepada Black. menyesal dengan tindakan bodoh bodoh bodoh aku yang akhirnya memakan diri sendiri.

"kau ni bongok lah mira, kau pegi lepak dengan black, cakap pasal CEP, bagi harapan kat dye yg CEP mesti punye suke dye, pastu kau balik bilik menangis cam babi. bodoh kau ni!"

ouh,,, satu tamparan hebat. betul cakap Nanie tu, memang tepat sekali. memang aku bodoh buat macam tu, aku seksa diri aku untuk kepuasan org lain. aku bagai menoreh noreh hati aku sendiri untuk tengok kebahagiaan org lain. cukup bodoh. tapi, ape aku nak buat, kalau dengan cara itu lah dapat aku bercerita2 tentang CEP, aku sanggup.
 * * *
assembly petang yang membosankan,, wargghhh,,aku menguap sambil berjalan masuk ke bilik, belum sempat aku nak hempaskan diri ke katil, tiba2 ade org datang kate kak Fiza nak jumpe? mak aii, ape kakak sabah ni nak? cuak pulak aku. 

"kak,"
"ouh, awak amirah nadia ya? sir wan azran nak jumpe, ade hal urgent,"

ha? hal ape lak nih? menggelabah aku panjat tangga laki tuh. sampai sahaje dipuncak tangge, aku nampak sir tgh duduk kat satu wakaf sebelah lab dye, aissh, betol2 urgent nih, egt kan kat bilik guru, aku meluru ke wakaf tersebut, tapi semakin aku mendekati wakaf, aku melihat kelibat dua orang gadis cantik juga menghampiri ku beserta senyuman yg pelik. aku engat dorg je yang senyum camtu, sir pon? ape nih? bang bang boom ke? xsempat aku nak cakap pape, Allyn dan Hanis dah tarik aku ke lab sir, sambil tutup mate aku plak tuh, memang bang bang boom nih masuk sahaje aku dalam lab sir tu,,,

SUPRISE!!!

amek aku, nah, CEP tgh berada kat depan mate aku dari jarak yang sangat dekat, ya, thanx la ye Hanis dan Allyn. sangat mengujakan bang bang boom nih. before balik, ade sedikit buah tangan untukku, signature CEP yg dituliskan di atas polistrene. *masih ade dalam simpananku.

Malam tuh, aku, Hanis, Allyn, Cicak dan CEP berada dalam lab tu lagi sekali, membuat persiapan untuk Kem Kepimpinan yang bakal berlangsung minggu nih. sanye tugas ini disandang oleh CEP dan Cicak je, tapi, kami pon ade, menyibuk. haha. *walaupun aku xde kene mengena langsung dengan kem kepimpinan.
malam tuh, malam indah. ya! pasti
* * *

setiap pagi, ini jalan yang kami berenam akan lalui. kami berenam, aku, Ecah, Juju, Nona, Ela, dan Shereen. iaitu jalan yang ikot tangga lelaki, lalu tepi dewan, lalu jalan tar tempat parking kereta, behenti sekejap sebab aku akan baca ayat kat satu banner ni,,*bagai ikrar semangatku setiap pagi, lalu foyer pejabat dan terus ke kelas. mungkin bagi yang lain jalan tu kami ambil sebab dari DS, amek kueh kejap. so, tangga yang terdekat, tgge laki, tapi bagi aku, ada yang lebih bermakna, kerana, melalui jalan inilah, selalunya, aku ada peluang bertembung dengannya setiap pagi.

seperti biasa, pagi ni, aku gembira kerana melaui jalan tersebut,, yess, budak laki dah naek, bisikku sendirian,, saat ku melepasi dewan, aku toleh ke kiri, dan nasib ku baik pag ni! teka apa aku nampak? CEP! CEP! CEP! CEP dan,, di sebelahnya,,,, Boyot???
* * *

yess, masuk pon kau, lambat bonar, baru jumpe pintu kelas ke mamat comel gila nak mampos tahap giban ni? dan,, senyumanku telah tersedia untuknya. tapi cume dye balas, dengan senyuman kurang sedia. ish. nyampah la kau nih. hilang mood tiba2. dan,,,

pap!

secebis kertas kecil berada di atas mejaku.

= P 
*sila rotate kan kepala anda 90 degree anticlockwise untuk lihat lebih jelas.
smiley lidah terkeluar.

"sape bagi nih?" *cehh, tnye tapi senyum macam kerang busuk.

"dye la,"
"tipu, cakap la betul Yot,," *tlong jgn bermain2 dgn perasaanku tyme ni boyot.

"btol la, sumpah! aku dari kelas dye lah ni,"

kali ini, senyuman ku bukan lagi macam kerang busuk, tapi kerang yang bau cam kene peram dengan susu basi digaul gaul dengan budu basi. haha budu basi? pernah rase ke?
yang pasti, pagi itu, pagi paling indah.

* * *

Stesen KTM Rawang - cuti Chinese New Year

ramainya orang, budak sekolah paling ramai, budak KKB  la yang meramaikan nih. beratur nak beli tiket. lepas ni dorang kate nak gi makan kat McD kat atas sane. huhu, memang first time aku. first time naik KTM? haha, xlah, first time balik umah naik KTM, selalu ayah jemput.thanx la ayah Nona sebab tumpangkan kereta dye hantar kitorang sampai sini.

dupdapdupdapdupdapdupdap. 
jantung aku tak menahan detaknye, kuat gile. aku cuak dowh. cuak gile, dah la 1st tyme, jadi cani lak? train terstuck kat Stesen Sg Buloh. berjuta org terkandas kat stesen tu, sume berebut rebut  nak naik tren lagi satu. ramai gila! ramai daripada shopping complex yg tgh sale. tapi aku ikot je dorg. dorg kate xyah dulu. tunggu je dulu, biar la reda sikit, baru naik. bukan kami je, most KKBians kot kat situ. cuak aku kurang sikit, tapi aku still cuak sebab dah pukul 6.

"eh, kat bawah tu ade jual air, nak pegi beli jom la, sementara nak tunggu ni," ajak Jue.

aku pon ikot je la,, sape lagi aku nak ikot kalau bukan dye tyme tu, tgh cuak en, risau macam2, salah satunye, tyme tu tgh hot kes pasal Sharlinee tuh, Nauzubillah.

"eleh, sape nak colek kau pon, xdenye lah," ayat sedapkan hati ye Jue? 

berjalan jalan ke gerai jual air dan keropok lekor dan,,,

"weh nah, air soya kot, Cep kasi, dye suruh kau relax sikit," 

dangggg

'what da,,,'

"tipu," kau jangan nak main2 Wan, aku tgh beremosi skang nih.
"btol la, xkan aku plak, buat pe aku beli untuk kau, baik beli untuk aku."

...'terima kasih'...

haa,, kan da tak ramai orang. tapi still dalam train tu xbanyak seat. tapi kitorang dapat jugak. hm,, ramai dah beransur pergi, tapi cuak tak beransur ansur lagi. tiba tiba, Jue menarik aku ke satu sudut dalam tren,, 

"haa,, kita duduk sinilah, ha kau mira, duduk sane tuh,"

what da,,, Jue!!! kau gila ke?

"xnak lah!" 
"duduk je lah!" Shereen dah menolakku, tolak punye tolak, terduduk juga aku disitu. pergh,,,,

bapak segan den, segan, segan segan gila.
mane aku nak sorok blushing nih, adoihh...

"asal jauh sangat mira? dekat la sikit,,hehe,"

bangang. kan dah kene sekali, malu lah aku. sengal lah dua ekor ni. dari ekor mata, aku lihat dye sedang memandang aku. aishh,, segan tak sudah aku. cane nak cover muka pon aku tak tahu. gembira bukan kepalang. tapi xnak tunjuk sangat. sebab,,,aisshhh, malulah..hahaha. 

aku tak pasti apa yang jadi sekarang ini mimpi atau realiti. dia sudi menemaniku turun ke stesen Bank Negara! aku yang first tyme, nih, membontoti je lah dye, haha, macam aku pulak yang teman dye. gila! sanggup dye turun kat stesen ni even ni bukan stesen untuk dye balik rumah.

"ayah tunggu dekat mane?"
"ermm, ntahla, dye cakap dekat tempat parking bank negara nih, tapi dekat mane?"
aku dah start cuak balik, gelabah, dah pukul 7 waktu tu.
" kat situ kot, jom kite tengok," cadang dia
"takde pon kereta ayah,,, ermmm..."
nampak muka cuak ku, terus dye kate, "cube call,"
"xbawak fon,,,"
"xpe2, sini,,cube call pakai public fon nih, ade duit syiling x?"
"errrmmm,,," sambil menggeleng.
"nah, call lah,"
sekelip mata, duit syiling ditanganku. macam magic.
"dapat x?" soalnye bila nampak kerutan diwajahku.
"tak,,rosak kot,"
"xpelah, jom try yang lagi satu,"
"tapi yang ni kene gune kad fon,"
"takde ke?, nah"
magik lagi.kad fon kat tangan. aku dapat dengar bapak aku cakap, tapi dye xdapat dengar aku. akhirnye, terputus.
hampa. sangat hampa. aku kemudian cadangkan pergi ke pejabat bapak aku,MARA. dye menemanku.

"erm apiz tunggu kat bawah ni kejap, mira cari ayah kat atas,"

tak lame kemudian aku turun, bukan sendirian tetapi bersama genangan air mata. menahan tangisan.

"xde ke? ekh, jangan nangis,, sini jom kita cari kat area2 nih, maybe dye tggu kat bawah ni," pujuknye.

aku mengikut. sambil mencari cari, meluaskan mata, mencari kelibat bapaku,, dye memanggilku, mengajak ke satu kedai disitu. 
"nah, cube call ayah gune telefon ni,"
"hello, ayah kat ne? dakla kat MARA,, ok,"
"60 sen," kate tauke kedai tu.
tanpa sempat aku buat ape2, dye mengeluarkan wang kertas lima ringgit, bayarkan untuk aku.
woww. asal kau macam nih? kami kemudian tggu di balai tiba utama Medan MARA tuh. bila bayang kereta Vios hitam itu terlihat, dye bangun dan meminta untuk beredar. *tak nak bagi bapaku nampak, nnti fikir bukan2. sebelum dye pergi, sempat dye leretkan senyuman.

...'terima kasih,,,apiz'...

thanx chinese new year.

* * *

MRSM KKB - kelas 3 Amanah
To : Mira
-jgn kac owg
len bace
surat nie aww..

ditangan ku kini adalah sepucuk surat yang disampaikan oleh sape lagi kalau bukan, budak comel gila babi, Boyot, daripada, CEP. perjumpaan sekejap kami di kelas ku petang tadi disusuli dengan surat ni, surat pertama darinya. juga berkisar tentang tajuk perjumpaan kami petang tadi iatu,,, nak bace? xnampak dye kate ape tuh? mane boleh, hahhaha. tapi sinilah,, aku bagitau pasal ape ea,,

'apiz sakit ke? kalau sakit, pergilah hospital,, nanti jadi makin teruk,, tula, apiz jangan la asik ON je,, nanti sakit sape susah.' risaunye lahai aku nih, dye pon lek je, aku risau lebih. haha. 

* * *

sekarang, aku sering dapat surat darinya, dan tiap tiaa kali balik cuti juga, kami akan pulang bersama, naik KTM, dan dia akan menemanku sampai di MARA.kami akan msg dan call tiap2 kali balik cuti.*aku xbawak fon kat skola.hmm...bahagia bukan???

Rumah Mak Lang - bilik Kak Yong

call kali ini, agak berbeza sedikit dari biase, percaya atau tidak, inilah yang berlaku,soalan yang diajukan tdi membuatkan aku gembira bukan kepalang, tapi, juga resah, ini pertama kali, aku yang xberpengalaman hanya mampu menjawab
" ermm,haha, btol ke ni? ermm, ntah la, tak tau lagi, nanti mira tanye kawan dulu lah, okay?"

ha? tanya kawan dulu? oii, org mintak kapel pon kau kena tanye kawan dulu ke ha bongek? nak buat cane,, itu ape yang aku jawab... kawan kawan aku xde kat situ tyme tu, cane aku nak jawab terus,,, haishh,,,tapi, ape yang berlaku esoknye membuatkan aku sedikit hairan. 
' mira, ape yang apiz cakap semalam apiz tarik balik tau,'

ha? aku iya kan aje, ak mmg xfaham, tapi aku xnak troskan tanye, biarlah, lagi pon aku xjawab pape pon semalam. ya,, selepas ms itu, msg2 yang seterusnya telah meragut kebahagiaanku yang selama beberapa bulan ni aku kecapi. 
'jangan obses sangat denagan apiz boleh tak?'

FUCK KAU!!!

fuck pertama kau terima dari aku CEP!!! aku benci kau!!

naik sekolah dari cuti tanpa semangat, kau, akan cube aku luputkan dari ingatan. sial, aku benci kau! benci aku terserempak kau di Cafe, benci aku ternampak kau di DS, benci aku dengan laluan kebiasaan pagiku, aku benci kau!
'betul ke benci ni?' detik hati kecilku.

* * *
AKU SCANDAL

Kan ku berikan semua
Agar kau gembira sentiasa
Engkau tetap pergi
Pergi meninggalkan ku sendiri
Jangan di simpan tiada rahsia
Katakan saja ku terima
Engkau tetap pergi
Pergi meninggalkan ku sendiri

Waktu duka dulu kita lalui bersama
Bahgia bagaikan malam di temani bintang terang
Hancur hati bila kau undurkan diri
Meninggalkan daku
Meninggalkan ku sendiri

Senyuman manis dibawa angin
Ku tunggu dikau terasa dingin
Engkau tetap pergi
Pergi meninggalkan ku sendiri
Jangan di simpan tiada rahsia
Katakan saja ku terima
Engkau tetap pergi
Pergi meninggalkan ku sendiri

Waktu duka dulu kita lalui bersama
Bahgia bagaikan malam di temani bintang terang
Hancur hati bila kau undurkan diri
Meninggalkan daku
Meninggalkan ku sendiri.


"btol ni nak bagi?" "ermm," anggukku.pasti

selesai makan, surat berisi lagu band Hujan itu pun berada di tangannya, disampaikan oleh Yana. aku tak mengharapkan ape2. ya sejujurnya, bukan mudah untuk aku benci kau. malam yang sering ditemani dengan tangisan, lebih menguatkan aku. ya, engkau tak salah, mungkin ade sebab kau lakukan semua itu. everything comes with reasons. ya, tiada benci melainkan rindu yang teramat sangat.
teringat lagi sewaktu pulang bercutiku, pertama kali tanpa kau yang menemani, semuanya ok, tapi pabila aku sampai di food court Maju Junction, dimana pernah kita lukiskan memori pendek disitu, aku menangis tidak tertahan, sambil menghirup air yang sama yang kau pernah belanja dulu, air kegemaranmu. hujan air mata semakin lebat apabila telingku menangkap satu muzik sama dialunkan semasa berada di sini bersama kau dulu, No One by Alicia Keys, menusuk jiwaku. dan lebih menyentakkan aku, semasa aku berada di MARA, kau, kau, kau, yang aku nampak, bersama lagi dua org yg aku xpasti. betulke ape yang sedang ku lihat waktu itu???atau hanya ilusi mata yang ingin menyakat?
pulang ke rumah, terima satu msg dari Nanie, merupakan jawapan kepada persoalanku tadi, ya memang btol pon dia yang ku lihat tadi, bahkan, cerita nanie, menambahkan bukti,

" weyh CEP, xbalik dengan mira? haha." soalan yang sangat straight, tepat kene ke hidungnya.
tp hanya di balas dengan gelengan
"weyh CEP, asal kau buat mira camtu?" 

haaa,,amek kau ini lagi straight,, hahahaha. kesian CEP, tula sape suh buat camtu? lagi trok, sape suh ade dalam tren same ngan Nanie. memang kena lah kau.

* * *

 0105

lihat 4 number diatas, amati btol2, paham ke? tak? tak paham? biar aku cerita.

1 May 2008 - 11.45pm
Dirumahku - dibilikku.

"mira, apiz nak tanya satu soalan,,,"
ya,, soalan itu menggemuruhkan aku lagi, senyum aku bukan kepalang, lebih dari yang dulu. tapi kali ini, aku lebih berhati hati, lebih bersedia. 
" hmm, ade pilihan jawapan??haha" mainku.
" ya atau tak,"
"jawapan first ape?," " yes," "jawapan second?" "no,"
"hmm, mira pilih yang first,haha, thanx,"
"haha, thanx jugak, hmm cube teke hari ni brape haribulan?"
"hmm,,aa, bape ea? jap, da pukul bape ni? ouh, blom pukul 12 lagi,so hari ni..."
"yup, 1 May. pandai tak apiz pilih tarikh? senangkan nak ingat?"

hahhahahahaa,, baiklah,, usah diganggu mereka yang sedang bahagia. bahagia bersama cinta itu. ya, aku pasti, kau kini milikku dan aku milikmu. i love you, apiz, i love you sayang.

* * *

Kelas 3 Amanah - habis prep malam


" eh, mira, hari ni kau balik ngan CEP eh? wow, kim salam kat dye ea, haha," " ey, mira, tu, CEP da tunggu kat luar, hee~," ya,, ini masa yang paling aku takut kan. first tyme aku akan balik prep ngan dye, wowww!

dari kelas aku berjalan melalui lorong tepi bilik guru tu,,ke blok upper form,,ke laluan lab, turun bawah ikot tangga lab, lalu ikut jalan tak berapa terang kat tepi wakaf2 depan lab bio sir wan, dan menuruni tangga lelaki,dan, berhenti di stesen terakhir,, bawah pokok kelapa sawit, depan KOOP.*juga tak berapa nak terang. haha, ya ini kali pertamaku, memang cuak, takut nanti apa f5 laen cakap, dan terutama sekali, Black.
dan, seperti yang dah aku agak, memang kini, bahaya di depan mate, dari jauh, terlihat dua biji bebola mata yang tajam memandang ke arahku dengan penuh dendam,, mak aiii,,, menggeletar lutut den,,

" err, apiz,, Black, dye pandang sinila,,,takut gile,"
CEP xnampak, sebab aku yang menghadap KOOP, tapi,,,
"dah, buat tak tahu je, jangan pandang dye," sambil bergerak ke tepi sedikit, menghalang pandangan Black ke arah ku. woww!
...'terima kasih apiz'...

hampir setiap malam kami balik prep bersama, kecuali jika f5 ade COS dekat surau, atau CEP xdatang prep sebab penat after tournament bola sepak atau kdg2 ade friendly match ngan sekolah2 kat kawasan KKB nih.
dan setiap kali di stesen terakhir itulah, CEP yang akan kata,, 
"okaylah,, esok kita jumpe lagi ea,,"
ya,, dye yang akan menamatkan perjumpaan kami. jarang sekali aku. mungkin tak pernah langsung kerana bagi aku, kalau boleh, aku nak mintak Doraemon bagi alat pemberhenti masa di situ. stesen terakhir adalah tempat paling banyak menyimpan seribu satu memori kami disitu. aku sayang kamu,hafiz.


satu malam, semasa berjalan bersamanya pulang dari prep melaui jalan tepi wakaf depan lab sir wan tu,, tiba2, aku terasa lengan ku ditarik kebalakang. 

erkkkkk!!!

tersentak aku.

"'hey, jangan la jalan laju sangat,,,perlahan la sikit,,"

sejujurnya, aku tak sedar yang aku jalan cepat waktu tu, bagiku, biasa je la jalan laju camni, mungkin dah terbiasa lewat untuk ke satu2 tempat, kaki ini dah terformat laju. tapi, bukan itu yang aku nak kisahkan,, ya, aku tersentak kerana dye menarik lenganku.

"hek eleh, kecoh la mira, baru tarik lengan sikit bai, berlapis pulak tu, belum hold hands lagi, menggelabah la kau ni,hahaha" -mungkin Yana akan cakap camni.

ya,, sejujurnya, kami tidak pernah bersentuhan, even dye yang selalu hantar aku dari KTM ke MARA tu pun, kami tak pernah pegang tangan. teringat lagi...

"ey, apiz, sini, ni ade satu game,, nanti apiz kene tarik duit syiling yang mira pegang ni, sambil jawab soalan mira tau,," *game bodoh aku namakan.

"okay,"

 "nah," sambil menunjukkan duit syiling 20sen yang aku pegang.

baru sahaja dye nak pegang duit syiling tu,belum pegang pun lagi, tangan aku dah menggigil cam nak mampos. macam kena renjatan elektrik gigilnya.

"ekh,, hahaha, asal menggigil ni,??"

memang malu aku, aku gak yang ajak main, last2, aku yang menggigil, baru nak tunjuk duit syiling tu, xpegang pon lagi,, alaaa, bukan game tu kena tarik tangan aku, kena tarik duit syiling je pon,, tapi aku...
pheww,, berpeluh2. haha, kelakar sungguh.

berbalik semula kisah dimana dye menarik lenganku dengan spontan tadi,,aku yang tersenta terus memandangnye dan menundukkan muka ku kebawah, ye au terkejut, dan takut. kami diam sahaja turun kebawah. samapi di stesen terakhir itu,,,

" ey,, sorry tau, tak sengaja,, mira la, jalan laju sangat,, sorry sangat,, sorry tau,,"

dye memohon maaf kepadaku atas ketidaksengajaan itu,, mungkin memang betul pon dye tak sengaja, bila pikir2 balik pon kalau tetiba partner kita tyme kawat jalan laju sangat sah2 kita akan tiba2 tarik tangan dye kan?? lebih kurang la tu,, ape ape pon, dye dah mintak maaf. haha, malam itu, dibilik, aku,, semua orang gelak mendengar cerita itu... "haihh,, mira mira,, baik sangat,, takpelah,,," kata hanis,, gelak2.



12 OKTOBER 2010

kali ini, jalan balik prep ku, berbeza sedikit,,, mna taknye, kitirang lalu ilut lorong lab KH, ape jadah nye??

hm,,, ehh, asal aku tiba tiba sorg nih? 

"mira,, hmm, nah,, happy birthday sayang, haha, wish awal sikit pulak, xpela, lagi 45 minit je pon,,"
"hahaha, ouh,, thanx,,,,haha,thanx tau,," 
sambil mengambil bungkusan kecil ditangannya,, 
" love you, "
"heee~~hmm,," *malu malu "love you too,"
" apiz, malam nih, dorang nak kena kan mira la,,, adoii,,"
"haha, bese lah tu, tapi, pesan kat dorg, apiz kata, kalau nak kene kan, sekejap je, jangan lama lama, mira kene tido awal, esok kan PMR,,"

ya! esok birthday aku! esok juga hari pertama PMR bermula,,, bapak cuak aku weyh,,,,, malam tuh,,, 
zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz
malas nak cerita, itu rahsia diantara, aku, Ecah, Jue, Nanie, Yana, Allyn, Hanis, Zeg, budak bilik depanku, dan CEP.

hahaha, bergelak ketawa lah korang.

dan malam tu jugak,,," mira!!!! nah,, Ya Allah,, da lama aku nak bagi kat kau, tak sabar2 aku,,"
"hehehe,, aww, thanx nanie, ape ni? ouh,, ee,, bear,, eh, bukan bear,, ni tikus,, comelnye,,,"
"haha, kau tengok lah telinga dye,, same ngan telinga CEP, sebab tu kitorang pilih,, ni hadiah aku dan Faza tau!, dye yang pilih kaler ni jugak,,"

woww,, Ya Allah,, terima kasih nanie dan Faza,, thanx untuk Ceppy nih, Ceppy? cehh, dah ade nama dah.


Dewan Besar MRSM KKB, atau lebih specific lagi pada waktu itu, Dewan Peperiksaan.

setiap kali selesai menjawab soalan, tangan kanan ku akan berada di dalam tudung ku, hahahaha, kelakarnya ayat, buat ape? kau meniru ea??? haha, nope, takdela,, aku memegang sebutir hati yang amat kecik cenonet, bewarna unggu cair, yang tergantung di leher ku,,-hadiah pemberian yang tersayang. aku cinta kau,apiz.

* * *
Alhamdulillah,, PMR berjalan dengan baik, gula2 fruit plus yang kau bagi sebungkus hari tu, ade la tinggal lagi sikit,, haha, kelakar,selalu orang kasi paling banyak pon 5 biji je,, bagi tiap2 hari, bajet sweet la konon,,
tapi CEP, hahaha, hari pertama peksa tuh, amik kau, sebungkus terus dye kasi,, hahaha, kelakar betul,, suke benor la buat lawak kau nih,, hahaha. biarlah orang lain nak gelak pon apiz,, mira still suke care apiz tu.hahaha. beridentiti! susah nak cari.

so,, PMR dah habes, tinggal kau je la lagi, belajar rajin rajin ye apiz,, memang kau rajin pon sanye, aku suka tu, dan aku pon  selalu menyibuk di saat kau rajin, hahaha. bukan nak kacau, tapi mira suke tengok aliz tyme belajar, nampak tekun je. haha. comel. tekun pon comel,, haihhh....

"nanie, bapek bosan, ey, try tanye Faza, CEP buat pe?"

"jap,,,,, aaa, Faza kata CEP takde kat bilik, naik atas, study,"

"woww, aku rasa cam nak tengok dye lah kejap, try tnye dye boleh aku menyibuk tak,?"

"aaaa,,,jap,,,,aaa,, CEP kate naiklah,,"

terus aku tukar baju, pakai tudung siap2, berlari naik atas.. aikk,, mane mamat nih? xde pon kat kelas,,, hmmmm,,,, cari cari, jumpe kat lorong tepi PSI,, dye tengah sibuk menyalin nota2 sejarah yang ditampil kat dinding2 lorong tuh.

"hye apiz,,," beserta senyuman. " hye,,, hmm, mira, mira boleh tunggu kat sane jap, apiz nak salin ni,, nanti dah habis apiz panggil k?"  "okay," aku bukan nak buat pe pon naik, saje je, bosan duk bilik. dapat tengok dye, dah tak bosan lah...

"wahhh,, mira jeles la dengan tulisan apiz nih,,,cantik,, tengok, nota apiz buat pon senang je nak bace,,, kertas pon cantik je, kalau mira,, da komot2 dah,, haram lah nak ade nota kecik cantik,kemas cam apiz nih,,"
memang aku kagum dengan tulisannye,, cantik, kemas,, aku? xyah la,, buat malu perempuan je. lagi satu, semua kertas yang aku pegang akan hancur,,aku pon tak paham,,,
"okay, sini mira anya apiz ape yang apiz dah tulis ni ea,," "ok,,,"
"okay, ape yang apiz tulis,,? cube bace kat mira,, bak sini kertas tu, mane boleh tengok,"
sambil hulurkan kertas kat aku,,, dye cube mengingati ape yang dye tulis tadi,
" ahaaa, okay,, betul,, cehh, lagi??"
"alaa, xengat la,, bak, nank tengok, "
"ish mane boleh," sambil melarikan kertas itu dari dapat dicapai oleh nya,,"
"alaa,, bak la,, apiz tak engat langsung ni,, tengok kejap je pliss,, cepat!" rayuan bercampur arahan.
"yela yela,, nah,"

haa???!

"ooppsss, alaahh apiz,, sorry,,, mira tak sengaje,, dah komot dah,,, tula,, kan mira dah cakap, mira tak reti jage kertas elok elok,, sorry,,,"

muke hampa, tapi cube cover, "eh,, xpe2,,"

aku yang bersalah,, ala,, xpela,, sini mira tulis balik untuk apiz,, aku bangun, terus mencilok test pad atas meja sape ntah, lipat kepada dua yang memanjang,, dan mula nak menyalin,,

"ekh,, xyah,, xpe2,, boleh bace lagi ni,," "xnak,, mira nak tulis jugak balik,biarlah,," "xpayah,,," "xnak, nak tulis jugak! xpela,, biar ade dua copy, hilang satu, ada satu lagi..." haha, agaknye dye dah malas nak bertekak kot,,dia biarkan aku buat. yang aku ni pon satu tak tahu malu gila, dah la kau komotkan nota dye, pastu nak salin balik, tapi tak sedarke tulisan kau tu buruk nak mampos,, sama je kalau kau tak tulis pon. hahahaha.

" aaa,, nah hee~ dah siap, tapi tulisan tak cantik la,,"
"tau paon, ingat tak sedar tadi,, haha,, takde lah, oklah ni,, boleh bace ape,, aikk, da komot sikit da??"
"haaa?,, alaa,,," hmm,memang aku ni tak leh harap la,,malu je.
"hahaha,, takpe lah,, komot sikit je pon,, boleh baca lagi,,,thanx,," pujuknye, sedapkan hati lah tu.

* * *

walau apa pun yang terjadi,,, masa memang tak boleh nak patah balik. itu memang takdir. ketika ini, aku tengah berlari lari memanjat tangga ppuan tu, naik ke blok akademik, paling tepat kelas CEP. siren sudah berbunyi, semua pelajar bersiap2 untuk balik ke asrama, kecuali pelajar f3 yang tgah melepak2 di bilik masing2 kemas barang. esok, kami akan meninggalkan maktab ini, dan akan kembali pada hari ambil result nanti. dan hari ini, hari paling aku benci! 
phewww, penat, sampai sahaje di kelasnya, aku termengah mengah. "apiz,, nanti mira rindu apiz,, mira rindu meja ni,, mira rindu kelas nih,," *aku sebak.
prapp
"nah, amik nih," dihulurkan aku, kad yang bertulis 'hafiz' yg tertampal pada bhgian hadapan mejanya sebelum ini. "buat kenangan okay?haha," cube memujuk.
"jom kita pegi kelas mira jap, lepas ni mira da tak jumpe dah kelas tuh," 

"tengok nih, cube teka ni ape?" sambil tunjukkan lakaran di atas meja ku.

"tak tahu,"

"ishh, ni sign mira la,," memang xde orang akan paham pon, dah aku buat bentuk 3D, cane nak nampak. aku tak salahkan dye. biarlah. kemudian kami turun ikut tangge blok lower form, sampai di floor tu,, kami melalui lorong tepi PSI tu, dan ke blok upper,, lalu ikot jalan lab seperti biase. malam itu, kaki ini bergerak begitu perlahan sekali, bagai memahami. kami menuruni tangga lab dan,,

haaa????!!!

aku tersentak.
aikk, nape dah kat floor bawah ni? asal? kan selalu ade lagi satu tangge,,? aku cemas, saat itu, memang air mata seakan akan ahu mengalir. kenapalah tyme ni, macam nak berlalu pantas??

"yela,, kan kite dari floor 2 tadi,,,"

ya,, aku mahu menangis,, "apiz,, ni last kita dapat jalan camni, lepas ni da xde dah, lepas ni mira dah tak jumpe apiz dah,," Ya Allah,, mahu aku menjerit sekuat kuat hati waktu tu. aku tak puas hati, terlalu singkat!

malam itu, genggaman tangan kami, erat, sangat erat. seperti ini pertama kali ku, dan ini adalah yang terakhir. berjalan menyusuri laluan biasa di tepi wakaf... sampai di tangga,,,

"bye apiz,,,"

"esok, lepas apiz balik sekolah, kitakan jumpe lagi,,, tu, nak bgi balik camera tu,,"

"hmm,, okay,," menahan air mataku, dan kembali ke bilik, baru menangis. Nanie pon nangis, sedih, sebab hari last tak dapat jumpe Faza, asal pon aku tak tahu. malam itu,,, aku penuhi dengan tangisan. tangisan perpisahan.

* * *

"....apiz, nanti dah besar, kite kan dah tak jumpa lame gila kan, pastu tetibe mira ternampak apiz kat kedai tengah makan dengan srg ppuan nih, nanti,, mira datang kat apiz, mira cakap camni, ' hye apiz, apiz dah besar sekarang,,ingat mira lagi tak?rindunya mira dekat apiz,,,' pastu nanti mira cakap ngan ppuan tu, "erm, hye, thanx la tolong tgk2 kan future husband i ni ye,, thanx so much!' dan kita dua pon jalan sama2 blah tinggalkan dye sorg2, hahaha, tau apiz,,! heee~....."

* * *

"awak,, nanti saya rindu awak lah,,,"
"saye pon rindu awak jugak,,"
"haha, klaka la, hmm, apiz!!! mira dah nak kena balik dah ni,, nanti mira dah tak dapat jumpe apiz langsung! mira tak boleh kuar!"
"hmm,apiz tau,, dah,, jangan cakap camtu lagi,, satu hari nanti kita akan jumpa jugak,,"
"apiz, mira sayang apiz, mira rindu apiz lah! mira taknak balik!"
"jangan la cakap camni,,mira,,"
"apiz jangan lupa mira tau, jangan!"
"ye,, apiz tak lupe,,,apiz rindu mira,,"

kau hilang dari pandanganku perlahan lahan sambil kaki ini menuruni tangga,,,'bye sayang, im gonna miss you.'
sehelai baju Topman bewarna pink sebagai buah tangan perpisahannya kepada ku, dan aku juga, ade buah tangan untuk mu,,cepat bukak camera itu!

* * *

Ya Allah,,, jangan kau pisahkan kami. mohonku padaNya.


to be continued.

PENUNGGU