Friday, August 2, 2013

Moga baik baik aja

Dia kini bertapa di rimba kekalutan lagi. 
Di mana pengakhiran diri itu akan dibawa.
Bagaimana rupa pengkahirannya?
Hitam? Putih? 
Atau masih ditinggalkan kelabu
Seperti masa masa dulu?

Wahai pujangganya dia,
Jenguk jenguklah hati itu,
Dah diretakkan, berderai pula.
Apa tidak cukup kasih yang disemai baja?

Sagatlah semua daki egomu.
Aku tahu, bukan niatmu,
Kasihanilah si dia yang satu itu,
Terkurung rasa, tercungap biru.

Memang sukar meredah belukar.
Tapi kan sahaja sudah lama kalian berdua berkejar?
Rehat rehat lah. 
Sekali sekala. Berhenti. Dan berciumlah.

-Dedikasi kepada pasangan merpati tua. 

Sudah hampir 7 tahun. 

No comments:

PENUNGGU