Wednesday, February 13, 2013

Sesat

Sara pakaikan shades tu. hari tak terik pun tapi Sara nak berfeeling feeling Katy Perry. Ahmad tak terasa nak pakai pun walaupun dia yang drive sekarang. sebab Ahmad tak rasa silau pun. maklumlah drive tengah malam mana ada matahari. lagipun mata Ahmad elok. takde rabun. takde silau. Apa yang Sara suka pasal kereta Ahmad ni, ialah kereta Ahmad boleh bukak bumbung dia. Angin masuk laju laju. Sara letak tangan dia di udara. terkeluar dari bukaan atap kereta tu. "Sejuk!" kata Sara. kalau ikutkan hati Sara dah keluarkan kepala menerusi bukaan tu tapi Sara taknak nampak macam batak sangat. yelaa Sara kan asal Key El.

Sebabkan tak tahu nak buat apa dan nak feeling feeling Kate Perry pun tak berapa nak menjadi sebab tak boleh keluarkan kepala, so Sara pun duduk sandarkan diri kat seat sebelah Ahmad yang tengah kusyuk drive. Ahmad kalau drive dia tak bercakap. Concentrate katanya. masa sandarkan badan dekat seat tu, Sara cuba jeling Ahmad. Ahmad tak nampak sebab Sara pakai shades. Sara tahu Ahmad tak nampak so dia teruskan jeling. Sara pandang Ahmad atas bawah. Sara berhenti balik dekat atas. Sara pandang muka Ahmad. pandang lama lama. Sara merasakan sesuatu perasaan yang dia tak pernah rasakan sebelum ni. suatu perasaan yang tenang. agak lama lah jugak Sara dalam posisi macam tu. dan agak tak selesa sikit sebab kepala Sara still menghadapa depan, mata dia je menoleh ke kanan. ke arah Ahmad. tapi Sara tak kisah. Sara suka perasaan yang dialaminya sekarang. dalam kepala Sara mula bermain rancak lagu 'The Wicked Offspring' oleh OCK. Sara tak berapa nak gemar sangat local band. Sara tahu lagu tu pun dari kawan Sara. Cuma Sara rasa lagu tu sesuai untuk situasinya sekarang.

Ahmad masih lagi dengan konsentrasinya menempuh jalan tar yang dihiasi neon neon malam. sesekali dia berkerut memandang singboard. keliru dengan jalan mungkin.


"Eh Sara, I rasa kita dah sesat lah. Singboard kata lain, GPS kata lain,"


dalam hati Sara berpuas hati sangat sebab memang sengaja Sara bagi info jalan salah. Sara nak berada lama lagi dalam kereta dengan Ahmad.

tapi apa yang Sara tak tahu adalah Ahmad pun fikirkan yang sama macam Sara. Ahmad takde lah bodoh sangat tak tahu jalan dekat situ. Ahmad pun asal Key El jugak.


"aku rasa cinta milik aku ini sesat dalam hati kamu,"






5 comments:

kema zamri said...

mira mira mira! sweet sangat! kma sukaaaaaaaaa. simple tapi kma sukaaaaa.

najwa said...

WOWWWWWWWWW~~ ade org tgah bercinta siottttt. haha.

MIRA said...

Miahahahaha.

najwa said...

KAU ? BERCINTA ? LAGI ? SERIOUSLY ? hahaha

MIRA said...

Hihihi bercinta tak salah...

PENUNGGU