Aku tak mampu temanimu,
Ke mana jua engkau tuju,
Kerana ketidak upaya akalku.
Mungkin
Aku bukan yang di sebelah kanan atau kiri,
Yang membantu-papah engkau berlari,
Disetiap lapangan yang kau ceburi.
Mungkin juga
Aku bukan yang mampu tolong,
Memecah semalaman otak kejung,
Hingga terisi kertas yang kosong.
Tapi mungkin
Aku yang akan cuba muncul,
Di setiap pincang yang timbul,
Melega dengan aksi biul,
Yang buat kau kembali bersiul.
---
Dedicated to my super genius tahap gaban friend, Najwa Delaila. All the best in Dublin. Tata.
1 comment:
uwaaaaa apsal aku baru terbaca ni !
Post a Comment