Monday, November 4, 2013

Eskapisma

Eskapisma yang baru saja aku lalui semalam malam buta;
Yang terhasil dari rasa gilanya aku terhadap engkau dan perbuatan engkau.

Eskapisma malam buta semalam seolah menerawangkan aku dalam ruangnya yang tersendiri. 

Separa sedar!

Kelip kelip malam;
Neon terang benderang;
Mencucuk-cucuk waras akal.
Menyuntik gila pada dos paling tinggi!


Dan pada eskapisma malam buta semalam;
Aku disentakkan oleh sang realiti;
"Yang aku masih lagi disini, jadi mana mahu kamu lari?"

Celaka!


No comments:

PENUNGGU