Sunday, December 2, 2012

Najwa Delaila Binti Adam Malek



happy birthday friend. so instead of knowing what your wish for your birthday, this nineteenth birthday (the last year to be called teen) i have a wish for you. There are a thousand miles more you need to step and a million fucked-up things you may face in this world. but fret not friend, listen to My Wish.



I hope that the days come easy and the moments pass slow,
And each road leads you where you want to go,
And if you're faced with a choice, and you have to choose,
I hope you choose the one that means the most to you.
And if one door opens to another door closed,
I hope you keep on walkin' till you find the window,
If it's cold outside, show the world the warmth of your smile,

But more than anything, more than anything,
My wish, for you, is that this life becomes all that you want it to,
Your dreams stay big, and your worries stay small,
You never need to carry more than you can hold,
And while you're out there getting where you're getting to,
I hope you know somebody loves you, and wants the same things too,
Yeah, this, is my wish.

I hope you never look back, but ya never forget,
All the ones who love you, in the place you left,
I hope you always forgive, and you never regret,
And you help somebody every chance you get,
Oh, you find God's grace, in every mistake,
And you always give more than you take.
selamat hari lahir wey :)

Saturday, November 10, 2012

hati-hati sebab tak semua orang punya hati.

"CARI AKU BILA KAU DALAM KESUSAHAN SAHAJA TAU TAU," kata amir jauhari kepada sahabatnya wan abdul manap.

ayat sarkastik itu sahaja Amir Jauhari utarakan kepada wan abdul manap sebab amir jauhari sudah lali dengan perangai sahabatnya itu yang hanya mencari dia bila ada masalah je. bila senang lenang, Amir Jauhari akan dilupakan. kerana keutamaan wan abdul manap hanyalah diberikan kepada girlfriendnya walau biografi twitternya adalah 'family's man'.

namun,walau sudah dibahasakan sebegitu oleh amir jauhari, Wan Abdul Manap tetap tidak tersentap. tak makan dalam pun. sebab Wan Abdul Manap memang begitu. bagi Wan Abdul Manap, nak hang out dengan amir jauhari yang dianggap loser oleh rakan rakan lain adalah sangat tidak cool. Wan Abdul Manap cool orangnya. sebab wan abdul manap ada girlfriend cantik. lawa. dan diidami ramai lelaki. jadi tidak hairan lah dia lebih mengutamakan girlfriendnya itu.

10 tahun berlalu dan perangai Wan Abdul Manap tetap tidak berubah. dan Amir Jauhari tetap menjadi tempatnya untuk meminta tolong itu ini. wan abdul manap suka mengambil kesempatan terhadap kebaikan amir jauhari. selesai masalah, Wan Abdul Manap akan mengutuk Amir Jauhari dihadapan rakan rakan yang lain kerana Amir Jauhari masih tidak mempunyai girlfriend. masih lagi tidak cool. masih lagi tidak boleh join group 'Cool Men Ever' di facebook yang dikelola oleh Wan Abdul Manap sendiri.

sikap Wan Abdul Manap itu memang melukakan hati Amir Jauhari sedalam dalamnya. Amir Jauhari ingat lagi semasa Wan Abdul Manap baru pulang dari bersiar di kota Bandung dua tahun lepas, dia tidak langsung membelikannya sehelai tshirt 'I love Bandung' untuk Amir Jauhari walaupun sudah dipesan berkali kali. bahkan keychain pun Wan Abdul Manap tidak belikan untuknya walhal semua ahli group 'Cool Men Ever' dapat sehelai tshirt 'I love Bandung' dan satu bentuk keychain. yang membuatkan Amir Jauhari lebih terasa adalah disebabkan Wan Abdul Manap membelanjakan begitu banyak wang untuk membelikan souveniers dari bandung untuk ahli group dan girlfriendnya, Wan Abdul Manap broke. siapa lagi kalau bukan duit Amir Jauhari yang dipinjamnnya sehinggalah gaji bulan depan masuk.

selepas 5 tahun Wan Abdul Manap berkahwin dengan girlfriendnya itu, nak dijadikan cerita, mereka masih tidak mempunyai cahaya mata. bukan kerana girlfriend Wan Abdul Manap mandul. tetapi Wan Abdul Manap sendiri. spermnya tidak elok dan makin habis. kesedihan ini tidak dapat dibendung oleh Wan Abdul Manap keranadia cukup risau isterinya mencari lelaki lain memandangkan isterinya dulu hotstuff dikalangan lelaki. kerana malu untuk cerita dengan rakan rakan cool nya, Wan Abdul Manap mengadu masalah itu kepada siapa kalau tidak bukan Amir Jauhari yang kini seorang arkitek yang berjaya dan kerja di syarikat besar di New York. duit Amir Jauhari berkepuk dalam dompetnya sampai tercicir cicir di jalan bila Amir Jauhari lalu. tapi Amir Jauhari tidak kisah sebab amir jauhari kaya.

" hello, Amir Jauhari ada?"

"ye saya bercakap, ni Wan Abdul Manap ke? apa khabar? lama kau tak contact aku, kau dah tiada masalah nampaknya sekarang kan? bagus," sindir Amir Jauhari.

"Amir Jauhari aku mandul ni, menyesal aku amalkan masturbate 3 kali seminggu dulu dulu. kesian kat aku Amir Jauhari,"

"kesian kau Wan Abdul Manap, habis macam mana?"

"entah aku dipressed sangat Amir Jauhari, tak tahu nak mintal tolong siapa dah,"

"kau nak aku tolong ke?"

"kau boleh tolong?" Wan Abdul Manap sudah excited. dia tahu mencari Amir Jauhari saat saat ini memang idea yang tepat. kerana selalunya menjadi.

" kau nak tolong macam mana, kawan?" tanya Wan Abdul Manap dengan gembiranya.

" tolong sumbat sperm aku kat dalam isteri kau lah,"

tersentap Wan Abdul Manap. selepas hari itu, Amir Jauhari tidak pernah mendengar berita tentanf Wan Abdul Manap lagi. dengar cerita Wan Abdul Manap jadi gila kerana tertekan mandul, dan isterinya sekarang jadi perempuan simpanan datuk Yusof, iaitu bos Wan Abdul Manap kerana kergersangan terhadap hubungan kelamin yang terlampau.

dan Amir Jauhari. masih dengan kerjayanya, dengan duit berkepuknya, dan sekarang bersama seorang muslimah sejati yang menawan hatinya.

Amir Jauhari bahagia.
Wan Abdul Manap? Tuhan sahaja yang tahu.

gambar ni takde kena mengena dengan entri post. aku letak sebab aku rindu dia.


Monday, November 5, 2012

tolong kelar pergelangan tanganku.

aku rasa terasa.
tak ni bukan lagi rasa rasa.
aku betul betul terasa.

ini perasaan terasa.
suatu perasaan yang engkau terasa dengan sesuatu.
ini bukan hanya perasaan lagi.
aku betul betul terasa.

macam mana?

aku tak setanding untuk dibandingkan.
aku tak setanding untuk dipertandingkan.
ayatku tak setanding untuk kau tampal didinding.

sakit sikit.
pedih sikit.
terluka sikit.

tak mengapalah...
apakan daya.

kecilnya aku berbanding mereka.
kecil sehingga tak penting.
kecil sehingga kau boleh ambil enteng.

tak mengapalah...
apakan daya

sudah aku biasa begini.
aku simpan hati aku dalam guni.
biar tidak sakit. biat tidak perit.
walau pisau pisau lidah tajam membelit.

suatu hari nanti engkau akan tahu.
sebab engaku memang perlu tahu.
betapa aku memang mengambil tahu,
tentang engkau yang tak pernah tahu.


Tuesday, October 30, 2012

AFAK

THIS. YOU'VE GOT TO READ THIS. I'M POINTING AT YOU. YEAH YOU. SO PLEASE. I KNOW YOU KNEW ABOUT THIS BEFORE I DO BUT I WANT YOU TO READ THIS BECAUSE YOU NEVER GOT TO SEE THIS ON YOUR TEXT MESSAGES, OR EVEN TO HEAR IT FROM HER MOUTH. THIS IS WRITTEN FORM HER HEART. FAIZ. I'M POINTING THIS AT YOU.

http://patung-kertas.blogspot.com/2012/10/teringat.html?showComment=1351527038259#c6703015511036685878

Sunday, October 14, 2012

high note.

at that one particular point.
you would feel sick of it.
because you've had it enough.
you've been through a lot. you've tried to hold on tight.

but, at that one particular point,
you'll lost your hold. you'll fail to stand up.
the torture bites you in your heart.
slowly, deeply.

until at that one particular point,
you'll lost everything,
everything including your very own final heartbeat...

celakalah kesemua kecelakaan.

Thursday, October 11, 2012

tebing.

lari laju laju.
laju lagi lari.
lari laju lagi.

lari! lari! lari!

sampai akhir nanti, engkau jumpa jalan mati.

di penghujung paling hujung jalan mati itu kau berdiri.

luas. luas terbentang. terbentang segala isi isi bumi yang engkau lari dari tadi.

di tebing itu...

engkau laungkan segala isi hati, engkau jerit kan segala marah jiwa, engkau luahkan segala penat tenat berlari.

engkau terduduk merintih.
rintihan tangisan yang engkau pendam kan sedari tadi, sedari semalam, sedari minggu lepas, sedari 5 tahun lepas, sedari engkau masih kecil.

terlalu banyak yang engkau pendam dalam, sehingga sukar untuk engkau gali-angkat keluar.
tapi kali ini,,,
engkau lepaskan.
engkau uraikan rantai rantai besi yang mencengkam dalam hingga ke isi daging.
kerana kali ini engkau bebas. dapat bernafas.


tenung engkau ke dada langit biru. rintih engkau,
"Tuhan, ampunilah aku,"

renung engkau ke bumi terbentang, bisik engkau,
"kali ini, terimalah aku,"

engkau sudah tekad. betul betul tekad. engkau pejamkan mata. hati engkau melonjak kehadapan, tapi kaki kau bertahan.
engku cuba lagi. kali ini kaki pula engkau lonjakkan.

lalu engkau terbang... terbang melintasi burung burung berterbangan.
namun engkau jatuh perlahan perlahan.

engkau tersenyum kerana ini yang engkau hendakkan.
sedari tadi, sedari semalam, sedari minggu lepas, sedari 5 tahun lepas, sedari engkau masih kecil.

wasiat engkau pada penyeksaan,

"selamat tinggal, aku sudah jumpa kebahagiaan,"


Sunday, October 7, 2012

Friday, August 24, 2012

the real Sun.

Selfishs are here somewhere around me. that is the saddest part. they got their very own good lives and they thought of the same too in others people lives. Fuck that. be grateful because not all have a fortunate life as yours. 

He is different. he's not like the guys that some girls are dating now. he has his own characters that you cant find in other guys. he's somehow,,, rare. i remembered that time when we used to sit on the curb, side of the road. we were eating ice creams. we talked about the cars that passed by. we talked about each others lives. i loved to hear stories from him. they were all interesting. unlike mine. dull and boring. we laughed on the ice creams marks on each other shirts. i liked it when he thought of exchanging the ice creams and how his face reacted on vanilla. he hated it that much. i always love every "curb with ice creams" moments. but we rarely did this. because we rarely met. its not twice a week nor twice a month. prolly i can say that maybe once a month or months. but that doesnt tear us apart. i dont know, it's like,,, we're tied up. i love him. i really do. he never said like this. but i can see it in his eyes. yes. he's not like any other guys who can easily speak that three words. he's never indeed. because he didnt says. he showed.



i dont mind what people think and say. they asked me to leave. but i know he'll come. that's why i aint go anywhere. because i know, when he's back, the Sun will show up.


Monday, August 6, 2012

tenang tenang sayang

lenyap.

hilang menyepi.

selepas engkau datang malam tadi.

malam tadi indah.

tak melihat wajah engkau sekian lama hatinya gundah.

tapi malam tadi indah.

engkau datang mengejut.

terkejut dia.

tapi dia gembira.

kerna kau kejutkan kan dia dengan sehelai kertas.

puisi alun lembut engkau tulis buat dia terbang tinggi.

penuh ikhlas dari hati sanubari kau bacakan. dia terharu sakan.

dia alirkan air jernih menyusuri pipi. engkau sekakan.

kata engkau,
"aku disini sayang, tak perlu kau risau,"

malam itu rambut dia engkau belai manja.

sampai dia tertidur lenanya.

"cantik," bisik hati. "tika tidur pun masih cantik,"

pasti dia tidur hati berbunga kerana tidurnya dalam dakapanmu. lena.

namun nyenyaknya dia buat engkau tersentak. ya masanya sudah tiba.

perlahan kau alihkan tangan, tinggalkan dia yang tidur dalam taman.

engkau hilang lagi. macam hari hari sebelum ini.

tapi engkau janji dalam hati,

"sayang, aku akan datang kembali sepurnama lagi,"


-slay









Saturday, July 21, 2012

semua perangai cam pantat! lancau! babi anak haram! FUCK!

Monday, June 25, 2012

nyalakan obor itu. riot sebenar bermula.

suram kelam
jiwa dalam ku selam.
amuk berkecamuk
jiwa kacau ku sibuk.

berirama bagaikan sang puitis.
menunggu cinta yang tak muncul tiba,
menunggu bahagia yang tak datang menjelma,
menunggu habisnya perit yang datang menjerit.

jeritan itu dari dalam,
riot itu datang dari dalam,
chaos itu berlaku di dalam.
dalam sana.
dalam jauh yang harus kau selam.

memberontak bagai malam tak inginkan mentari.
biarkan gelap.
biarkan kegelapan menyimbahi bumi.
jika hanya di situ tempat kau tangisi diri, menyendiri.

riot ini bukan sebarang riot.
rebel darah muda ini bukan rebel yang boleh dipandang sebelah mata.
ini rebel jiwa darah muda.
alirannya pantas, lekas deras.
hati hati.
jangan sampai kau terhanyut.
hanyut mengikut kata kata si pengikut pengikut yang bertuankan celaka.
ini bahaya.

berikan apa saja dia mahu. berikan apa saja mereka mahu.
kerana kacau ini bukan boleh ditahan tahan.
bahana menimpa kelak.
jika kau terus mengelak.
hadapi sahaja masalah itu.
jangan lari lagi.
jadilah sang berani, yang tidak takut akan ujian menanti.
sabar. jangan terlalu ikut kata hati. nanti mati!

sudah. ini bukan pengakhirannya.
ini baru permulaan, si pencipta kekacauan.
riot ini tak akan berhenti.
selagi deras cecair merah belum sampai tarikh penamat.


Wednesday, June 20, 2012

gaul dengan sebati perasaan perasaan itu.

Assalamuailaikum.

dah lama tak melukis perasaan dekat sini. sejak dapat kerja yang membosankan tu, dunia aku kelam suram. ish macam Pantat je suara kartun ni. *pergi tutup tv kejap*

okay, lets start it all over again. lately kehidupan aku berkecamuk. berkecamuk dengan pelbagai perasaan. perasaan yang tak menentu. at first i was happy, then the second i was sad, and the third i was like a werewolf searching for a dinner meal.

perasaan ini hebat betul. tak pernah lagi aku ada feeling sebegini lama dengan public figure. feeling apa? aku pun tak berapa pasti. macam aku cakap tadi. berkecamuk. aku sedar He is Something and I am Nothing. yeah. kinda pathetic statement kan? but yeah, walau apa pun. dear N that i should Fuck cuz i love you so bad, i will support you to achieve your one and only dream. -to become a Rapper. Aminnn. one day, if Allah wills. :')

orait. enough for the pathetic moment. sekarang aku nak Gaduh pulak. Pukiss betul siapa yang buat tahi dengan aku ni. macam Lansiss je perangai. you only know my name when you are in trouble isnt it? Damn lah sangat kan. in Trouble -Mira, having Problems -Mira, life Chaos -Mira, asking questions or views -Mira. Oh, then when i need you,
"hello, yes. aha, emm, aha, emm, okay bye" 
F*ck you mannn. aku terharu dan hargai tindakan kau yang memilih aku sebagai, you know, someone to refer to, someone where you can spill every Assholes stories, someone which you feel comfy to let your tears out, tapi... HELLO??! WHERE ARE YOU WHEN I NEED YOU? memang lah kita tak terikat dengan apa apa agreement yang kau kena dengar bebelan aku but, COME ON MANNN. lets do Give and Take.

so i think that's another pathetic story right? Damn. baiklah. lately jugak, i was "into" something, its kinda related to N, its about RAP thingy. haha. macam Loserss je aku nak cakap pasal ni. knowledge aku about HipHop, Rap is to little as 0.0000001. but its good to listen to Malaysian Hiphop songs. apa yang aku dapat dari seorang "rakan", banyak Malaysian Hiphop singers/ Rappers yang bergerak underground. mereka patut diketengah kan actually. like N said, Hiphop not Die yet. hopefully Hiphop is mortal. insyaAllah. selagi ia menyampaikan something yang baik and influence to benda yang baik baik. :)

see told ya. im a miserable person with miserable feelings. Najwa will never read this. this is too long and lari dari apa yang aku selalu lukiskan. sorry, the idea didnt come out cuz its somehow got stuck in my medulla oblongata. puihhh.

till i write again. sooner. i dont know, my office block banyak website. puihh puihh puihh. bukan taknak update dekat rumah, just bila dah sampai rumah, jadi penat and like i said,the idea merajuk taknak keluar cuz i'm too late. Damn.

Selamat Malam.
12.48am

Saturday, June 2, 2012

pemalsuan harapan.

jangan ditunggu
pasti takkan berlaku
walau ku cinta kamu
biar disimpan
adakan sempadan
aku dan juga dirimu. 

-flop poppy (aku dan kamu)

-jason and kimberly.

ironi.


selamat berangkat pencuri hati

Wednesday, May 30, 2012

sembang kalau yang RARE.

kalaulah kita diberi peluang untuk belajar apa sahaja yang kita mahu tanpa batasan...

agak agaknya. dalam lima tahun akan datang, aku dah ada degree untuk

medic
architecture
fashion design
penulisan sastera

agak #RARE kan toha? 

Thursday, May 24, 2012

cerita sama sama si rama rama

wa sanggup isi borang scholar yang wa tahu wa komfem takkan dapat sebab wa tak seberapa terel macam dia. tapi sebab dia kata "jom isi sama sama," wa pun isi. 

sebab SAMA SAMA. 

katanya nak sambung kemudian sebab tak cukup barang nak isi. so persambungannya mugkin tidak sama sama. borang tu pun apa lagi,, terbengkalai. wa tak sambung isi. 

sebab dah tak SAMA SAMA.

kalau dah sampai wa sanggup buat macam tu...

maksudnya apa?



eh? bukan wa dah join satu contest ke?
eh?
wa lupa lah.



jadi apa kau nak jadi
tak suka apa yang kau tak suka
gembira sentiasa

-Toha


sebenarnya wa lagi minat nak jadi model lah toha.  kuikuikui




Thursday, May 17, 2012

macam menarik.

wa ingat nak masuk satu pertandingan ni lah. pertandingan ni bertajuk "pertandingan melupakan-melupakan". pertandingan ni diadaptasi daripada pertandingan orang bukan tempatan berbunyi "move on-move on competition".
...
...
...
...
apa? suka hati aku lah. 

baiklah.pertandingan ni nak uji kebolehan individu melupakan. melupakan apa? tak mungkin asal usul. tak mungkin number ic, tak mungkin Tuhan. tapi melupakan apa apa je lah yang dia patut lupakan. yang patut dia tinggalkan untuk bergerak maju kehadapan.

macam babisss. aku tahu.

setiap pertandingan tanpa hadiah memang pukiss. buat penat masuk buat apa kan? tapi pertandingan ni ada. hadiah dia sebuah jaminan.

jaminan untuk hidup lebih bahagia.
jaminan simpanan air mata untuk saat gembira.
jaminan maju kehadapan.
jaminan kehidupan yang lebih produktif.
jaminan yang suatu hari nanti kau akan rasa berbaloi 'melupakan'.

support aku rakan rakan.

agakagak aku boleh menang tak?

bangun...bangun...bangun harimau bangun!


tiada motif tapi gua anak malaysia!


Saturday, May 12, 2012

kepulan asap malam.

mengapa perlu ditanya mana jalan keluarnya sedangkan ia berada di depan mata?

mungkin mata mu kabur dek kerana cinta yang mendalam terhadap si dia.

sampaikan baju yang kamu pakai pun sudah terbalik letaknya.

lelah berlari mengejar sesuatu yang tak pasti.

pasti ia nya penuh makna sekali sampai air mata sanggup kau korbani.

biarkan saja.

biarkan saja kemana ia mahu pergi.

buat apa susah bila kesenangan menanti.

kesenangan menanti aku ulang.

dimana? itu persoalannya.

di belakang mu wahai perwira dunia.

memang tak manis jika jalani kehidupan mengerling ke balakang.

tapi mungkin di belakang itu lah petunjuk mu. rujukan mu.

atau....

mungkin jua....

jodoh mu.

siapa sangka.

luh mahfuz bukan kita punya kuasa.


layan.

Thursday, May 10, 2012

tunjuk tingkap mana. wa nak terjun sekarang.

mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.

wa cakap ni je.

pandai pandailah paham sendiri.

ni peribahasa paling manis yang boleh wa guna.

wa bengang.

i met slay at the sea shore.

dia post gambar.
gambar pantai.
wa nak comment.
tapi wa segan.
wa type.
wa delete.
wa type.
wa delete.
last last wa type,
"dekat mana ni?"
then wa click POST
dekat status.




penyegan kan wa?

Wednesday, May 9, 2012

sorry bro. you've got the wrong person.

angin angin sepoi sepoi bahasa yang digeneratekan oleh kipas bilik aku sedikit sebanyak mendinginkan hati aku yang tengah panas. opss. pembetulan, bilik adik aku.

tapi angin semalam berbeza sikit, bukan je sebab dia datang dari kipas adik aku, tapi... ia macam membawa satu suasana pengimbaun saat lepas. saat yang sudah berlalu. saat sedih. saat di mana gula tak lagi rasa manis, garam tak lagi rasa masin.

memang bukan sekali dua ayat dia buat aku sedih. dah banyak kali. tapi apa boleh aku buat. kesedihan tu dah macam kegembiraan buat aku. dah lali. bagi aku, tak kisah lah rupa mana pun ayat dia, asal dia tujukan untuk aku, dah cukup syurga dah.

malam semalam dia buat lagi. kali ni lagi menusuk sikit. kali ni bukan patah perkataan, tapi bait bait lagu. sial.
aku tak faham maksud yang dia cuba sampaikan atau sememangnya apa yang dia cuba sampaikan tidak punya maksud untuk aku. entahlah.

lagu tu bukan untuk aku. tapi untuk engkau, dari aku.


"aku suka dengar lagu sedih,"

"kau tak layak untuk ni. hidup kau bahagia,"

"mungkin pandangan luaran,"

"apa lagi yang tak cukup?"

"engkau,"

moments



pagi yang gelap.

okay natang apa aku nak carutkan kat sini? sebenarnya aku nak story pasal pengalaman first tyme bekerja. tapi malam ni ada yang meragut kesucian niat aku dan membuatkan aku nak tulis benda lain.

okay. intro yang tak cukup matang bukan?

bukan.

mati ayat nak menulis lah kema. esok aku sambung. janji.

selamat pagi.

Saturday, April 28, 2012

syukur pada nikmat Tuhan

pada suatu hari yang indah nanti. kita pasti akan bertemu di tempat itu. tempat di mana engkau dan aku telah tetapkan. telah janjikan. tetapi. walau kita tidak dapat bertemu, tidak bermakna salah seorang dari kita memungkiri janji. mungkin ayat klise nya. "takde jodoh," atau mungkin, kita akan dipertemukan jua di suatu tempat yang lebih istimewa. siapa tahu. miracle pasti datang.

"just believe in miracle," -Nona Asiah Kamaruddin

Friday, March 30, 2012

pencuri

rasa ini sama macam yang aku pernah alami dulu.

tapi kali ni. berbeza orang.

aku online.

engkau online.

masing masing dengan perihal masing masing.
.
.
,
,
.
masih lagi dengan hal masing masing.
.
.
.
.
.
engkau offline.

aku hampa.

dan akan berulang ulang ulang ulang ulang ulang dan ulang.


apa aku boleh buat? NOTHING!

Thursday, March 1, 2012

pohon semalu

wey sumpah wey. kalau bunuh diri tu tak berdosa. memang dah lama aku takda. hidup pun bukan bagi impak positif. susah dan menyusahkan. lagi teruk dari pohon semalu. sekurang kurangnya dia boleh buat sebagai penghenti darah, dan dia pemalu.

Sunday, February 19, 2012

sakit semalam.

perit waktu itu.

dasyat waktu itu.

sukar digambarkan.

hati aku menjerit. menjerit sekuat kuatnya. marah akan kesalahan mata yang melihat.

"tapi bukan salah aku sebenarnya," kata si mata. "otak tu yang tak bijak,"

memang. memang aku tak bijak. memang salah. memang silap aku. memang salah aku sendiri ni. -sebab tak bijak.

aku tertanya. mengapa sekarang? mengapa tak dari dulu? mengapa buat aku begini? mengapa aku jadi begini? mengapa itu? mengapa ini?

sayang sekali. tiada yang menjawab. senyap. sepi. kosong. aku bungkam.


'siapa yang mampu jawab kalau salah datang dari kau sendiri'


sudahlah. hentikanlah segala kedukaan ini. akan aku selimutkan segala kesakitan ini agar ia dapat tidur lena. lena dibuai mimpinya. harap ia tak bangkit lagi. mengganggu hati yang sepi.

tidur lah sayang. dah sampai nanti aku kejutkan.

Tuesday, February 7, 2012

Wednesday, January 11, 2012

burung kakak tua

biarlah ia jadi rahsia si burung kakak tua


kau apa tahu. hatiku berbunga seribu, bila kau sebut namaku.
tolong bawaku terbang tinggi lagi, merentasi pelangi, macam kau buat tadi.
ini dunia kita punya,pedulikan apa mereka kata, kerana mereka bukan kita.

Sunday, January 8, 2012

otak karat

entahlah. tapi kalau aku, untuk waktu malam, aku lebih prefer:-

persembahan - nak test market bakat dorang.
nightwalk - dah habis gelak gelak sakan tadi, bagi sikit sense of fear, baru padan muka.
barbeque  - entah, sebab aku lapar.
campfire - banyak benda boleh buat bila kita gather around campfire tu. cerita, suka duka, whatever yang boleh buat semua rasa macam benci perpisahan lah. tapi aku lebih prefer story seram2 dari bebel luahan hati.

tu je yang mampu otak karat aku ni boleh fikir waktu ni. nanti aku usulkan ah kat dorang. kot. later. tengok ah cane. kbye. selamat malam.

P/s Di hadapan semua, mereka ketawa pada siang, dan pilih untuk menangis pada malamnya. ada bertanya, kenapa memilih malam? jawapannya, kerana kegelapan malam mampu menutup segala kesakitan yang mereka leraikan setelah seharian ia disembunyikan dari pandangan yang di sekeliling.

Monday, January 2, 2012

satu lagi tahun yang baru.

neon neon indah menghiasi jalan raya yang hitam pekat. udara segar malam tahun baru sungguh mengasyikkan. bagai membawa semangat, cerita, cabaran, kejayaan dan dugaan baru yang harus ditempuh setiap pelusuk hidupan. 'Kotarayaku'- Altimet ft Hujan bermain di corong radio Myvi hitam itu.

"Aidil, dulu masa kecik I suka tanya mama, kenapa bulan ikut kitorang, then mama mesti jawab, sebab bulan tu suka I, hahaha."

"yeke, now try ask me the same question again, Belle,"

"okay, you, kenapa bulan tu ikut kita?"

"hmm, maybe sebab,,, you are the only one that lighten it kot,"

* * *

maksud akmar itu bulan rupanya. :P

PENUNGGU