Monday, June 25, 2012

nyalakan obor itu. riot sebenar bermula.

suram kelam
jiwa dalam ku selam.
amuk berkecamuk
jiwa kacau ku sibuk.

berirama bagaikan sang puitis.
menunggu cinta yang tak muncul tiba,
menunggu bahagia yang tak datang menjelma,
menunggu habisnya perit yang datang menjerit.

jeritan itu dari dalam,
riot itu datang dari dalam,
chaos itu berlaku di dalam.
dalam sana.
dalam jauh yang harus kau selam.

memberontak bagai malam tak inginkan mentari.
biarkan gelap.
biarkan kegelapan menyimbahi bumi.
jika hanya di situ tempat kau tangisi diri, menyendiri.

riot ini bukan sebarang riot.
rebel darah muda ini bukan rebel yang boleh dipandang sebelah mata.
ini rebel jiwa darah muda.
alirannya pantas, lekas deras.
hati hati.
jangan sampai kau terhanyut.
hanyut mengikut kata kata si pengikut pengikut yang bertuankan celaka.
ini bahaya.

berikan apa saja dia mahu. berikan apa saja mereka mahu.
kerana kacau ini bukan boleh ditahan tahan.
bahana menimpa kelak.
jika kau terus mengelak.
hadapi sahaja masalah itu.
jangan lari lagi.
jadilah sang berani, yang tidak takut akan ujian menanti.
sabar. jangan terlalu ikut kata hati. nanti mati!

sudah. ini bukan pengakhirannya.
ini baru permulaan, si pencipta kekacauan.
riot ini tak akan berhenti.
selagi deras cecair merah belum sampai tarikh penamat.


1 comment:

najwa said...

wahhhhhhh. hebatnye hebatnye hebatnyeeeeeeeeee.

kau dah boleh jadik sasterawan muda. bangga aku :')

PENUNGGU