Monday, August 6, 2012

tenang tenang sayang

lenyap.

hilang menyepi.

selepas engkau datang malam tadi.

malam tadi indah.

tak melihat wajah engkau sekian lama hatinya gundah.

tapi malam tadi indah.

engkau datang mengejut.

terkejut dia.

tapi dia gembira.

kerna kau kejutkan kan dia dengan sehelai kertas.

puisi alun lembut engkau tulis buat dia terbang tinggi.

penuh ikhlas dari hati sanubari kau bacakan. dia terharu sakan.

dia alirkan air jernih menyusuri pipi. engkau sekakan.

kata engkau,
"aku disini sayang, tak perlu kau risau,"

malam itu rambut dia engkau belai manja.

sampai dia tertidur lenanya.

"cantik," bisik hati. "tika tidur pun masih cantik,"

pasti dia tidur hati berbunga kerana tidurnya dalam dakapanmu. lena.

namun nyenyaknya dia buat engkau tersentak. ya masanya sudah tiba.

perlahan kau alihkan tangan, tinggalkan dia yang tidur dalam taman.

engkau hilang lagi. macam hari hari sebelum ini.

tapi engkau janji dalam hati,

"sayang, aku akan datang kembali sepurnama lagi,"


-slay









No comments:

PENUNGGU