Aku dengan segala kemahuanmu
Sungguh vise versa
Aku dengan seluruh seleramu
Terlalu kontra
Hidup sejuta tahun pun aku masih lagi tak mampu memenuhi kemahuanmu juga selera kamu
Kerana aku tak sama.
Dan takkan pernah sama.
Juga takkan pernah cuba-cuba
Untuk jadi selari dengan mimpi-mimpimu
Aku itu cuma ini
Yang kau lihat ini
Inilah aku.
Ini sahaja
Cuma ini.
Yang aku mampu beri
Untuk kamu
Terima atau pergi.
No comments:
Post a Comment