Setiap kali kau merungut pada aku tentang kekurangan kau sana sini, sompek serba serbi, cela itu, tak cukup ini;
Mahu saja aku pinjamkan mata aku untuk kau lihat betapa sempurnanya kau pada aku. Pada sepasang anak mata ini, kau sudah pun cukup-cukup.
Cukup sana sini
Cukup serba serbi
Cukup itu
Cukup ini
Cukup-cukup sempurna.
Cukup segalanya.
Hanya jika aku boleh pinjamkan mata aku.
Aku harap kau tahu.
No comments:
Post a Comment