Sunday, December 17, 2017

Pengemis dan Angan-angannya

Sebenarnya
Dalam dunia ni
Wujudkah sisa sisa kasih sayang yang memang untuk aku sahaja?
Yang hanya untuk aku
Yang bukan untuk aku kemis kerananya
Sisa sisa pun tak mengapa
Asalkan ianya untuk aku;
Tanpa perlu aku untuk meminta-minta
Aku penat merayu untuk dikasihkan
Aku lelah membayar untuk disayangkan
Yang aku mahu cuma sekelumit,
sisa pun tak mengapa,
Cinta, dalam dunia;
Yang memang untuk aku sahaja.
Ada?




No comments:

PENUNGGU