Sunday, August 27, 2017

Tipu

Kau kini berada betul-betul disisi katilku. Melihat aku yang hampir-hampir mati diperbaringanku. Kau lihat aku dengan pandangan sayu.  Aku cuba ukir senyuman memecah kaku. Aku mahu katakan sesuatu. Tetapi kesakitan membataskan pergerakanku. Lalu kau cuba rapatkan wajahmu pada aku.

Sedaya upaya menahan peritku, aku cuba atur percakapanku, satu-persatu.

"Boleh aku minta kau sesuatu?"

"Ya, mintalah,"

"Boleh kau katakan pada aku, sesuatu yang tipu?"

"Sesuatu yang tipu bagaimana?"

"Apa-apa saja. Asalkan ia sesuatu yang tipu. Untuk malam ini sahaja. Aku perlu kau tipu aku,"

Kau terdiam dan mata kau terpejam. Sepertinya kau sedang menarik segala kekuatan yang bersisa didalammu. Lalu, kau tarik dan rangkul aku kemas-kemas dalam pelukanmu. Kau singgahkan bibir itu pada dahi aku dan kemudian turun ke pipiku. Kau sebak helai rambutku dan bisik perlahan di telingaku.

"Aku sayang kamu. Cinta kamu terlalu,"

Dan seusai itu, aku hela nafas terakhirku dipelukan kamu. Mati bahagia dalam penipuanmu.

No comments:

PENUNGGU