'Bila hati mula rasa tenang. Mesti ada sesuatu yang menghalang. Seakan dengki dengan ketenanagan itu.'
Aku selalu mimpi. Mimpi berlari. Berlari laju laju. Antara, dikejar atau pun mengejar. Dalam mimpi tu, aku akan berlari dengan pelbagai gaya. Macam budak Xgames. Cuma takde skateboard, rollerblade, atau basikal. Aku berlari semahu mahunya. Macam tak cukup tanah. Bajet terel sebab aku selalu terlepas dari tangkapan. Tapi tak semua. Bila tertangkap. Mimpi tu lenyap. Seakan tergantung. Kadang kadang, aku muak dengan corak mimpi aku. Sebab aku penat. Penat berlari.
Bila fikirkan kembali. Bila cube kaitkan dengan realiti. Aku terasa bagai hidup aku ni betul macam mimpi tu. Aku berlari tiada hala tuju. Hidup aku bagai tiada tujuan. Tercari cari garis penamat. Tiada wawasan.
Bila aku berlari dalam mimpi. Aku terasa bebas. Badan aku ringan menapak laju. Bagai tiada graviti. Mungkin itu yang aku perlukan dalam realiti. Atau… mungkin juga aku dah terlebih kebebasan dalam realiti.
Dikejar. Dikejar tanpa sebab pasti. Aku berlari. Tapi kenapa? Takkan semua mimpi aku, aku jadi orang jahat? Atau mingkin dalam realiti aku memang sebegitu? Dan… kenapa aku mesti berlari kalau Melayu kata berani kerana benar, takut kerana salah? Adakah selama ini aku cuba berlari dari masalah?
Naif bodoh aku. Jahil jugak.
Aku tak tahu mengapa. Tapi apa yang aku pasti, DIA maha mengetahui.
2 comments:
waah. dah maken 'zahiril adzim' penulisan kau skunk ye <3
haha. banyak lah kau.
Post a Comment