Selepas seharian perjalanan Sara hari itu seolah-olah tak diberkati Tuhan, dia sekarang menemui dirinya di Stesen LRT Sri Petaling pada jam 10.50 malam.
Stesen itu merupakan stesen paling hujung untuk laluan LRT yang dia naiki. Sara melangkah masuk ke dalam gerabak yang kosong bersama satu hembusan nafas lega. Segala penat jerih sehariannya dihembuskan keluar dengan sekali nafas. Penuh, padat.
Sara kembali gelisah. Hampir sepuluh minit berada dalam gerabak kosong dan statik. Ulang-alik dia masuk keluar dari gerabak tersebut. Mengharapkan ada sekian manusia yang mampu untuk dia bertanya. tapi nyata hampa. Jantungnya kembali berdegup pantas sepeerti siang tadi sewaktu dia ditimpa malang.
"Babiiiii,"
Ditekan-tekan punat telefonnya cuba untuk mencari pelalaian tapi ia tidak lebih dari hanya buat perasaannya jadi gila.
"Celaka! Bateri dah nak mampus!" "Ya Tuhan, kenapa kena jadi macam ni?"
LRT masih tidak menunjukkan sebarang tanda mahu memulakan perjalanan. Dan gerabaknya tetap saja dihuni oleh Sara sahaja. Mungkin saja ada penghuni. Tapi bukan yang boleh Sara lihat dengan mata kasar.
'Tak boleh jadi, nak tak nak aku kena tanya orang dekat kaunter atas' -tekad hati Sara
Bukan dia tidak mahu bertanya pada pegawai di kaunter sedari tadi cuma dia takut kalau kalau dalam waktu dia naik ke atas untuk bertanya, Tren tu jalan. Memang kalau tren tu dah jalan, bermakna dia akan bermalam di stesen terakhir iku sehingga ia memulakan perkhidamatannya pada Subuh esok.
Tapi kali ini Sara nekad. Apa nak jadi pun jadi. Dia melangkah keluar dari gerabak yang sedari tadi statik untuk ke kaunter tiket di atas. Kelopak matanya sudah pun basah mengenang apa yang mungkin jadi atas dirinya selepas ini dan tiba tiba langkahnya terhenti.
Dengan suara bergetar, "LRT ni function lagi tak?" tanta Sara yang cuba menutup gusar dan buat-buat berani.
"Function. Maybe dalam pukul 11 dia gerak," kata gerangan yang dihantar Tuhan barangkali untuk menenangkan hati Sara yang sudah buntu dan hampir putus asa itu.
Sara terus bergerak ke dalam gerabak yang dihuni pemuda Cina tersebut. Dia pura-pura senyum. Dia tidak mahu pemuda Cina itu fikir dia lemah.
"You dari mana? Selalu balik malam-malam macam ni?" dengan pelat Cina.
"Tak, tak pernah malam sampai macam ni. That's why I risau LRT ni dah tak gerak," Sara terpaksa mengaku dia sedikit risau.
"Oh, tren paling last pukul 11 malam. Nasib you sempat,"
"Oh, itu lah. Nasib baik sempat, you pulak? Selalu balik kerja lambat macam ni?" tanya Sara berdasarkan pemakaian pemuda Cina tersebut yang berkemeja dan berseluar slack, serta briefcase.
...
Perjalanan dalam LRT yang memakan masa setengah jam itu dipenuhi dengan perbualan mereka tentang masing-masing. Sara yang seharian menyumpah nasib dan menyalahkan takdir hidupnya pada hari itu akhirnya tenang di dalam gerabak LRT tersebut.
"Jumpa lagi," kata pemuda Cina itu sewaktu dia melangkah keluar dari gerabak tersebut. Sara yang masih ada didalam hanya senyum dan mengangkat tangan.
'Terima kasih, Tuhan,' detik hatinya. Malu rasa pada Tuhan yang cepat menyalahkanNya pada setiap dugaan yang menimpa.