Tuesday, November 26, 2013

Orang tua

Dan kau tak pernah mahu tunjuk sebarang aprisiasi terhadap wujudnya aku sejak umur 14 ku.

Aku tak mahu dibanggakan
Aku mahu aprisiasi.

Entahlah.
Mungkin aku pun tak pernah tunjuk aprisiasi aku terhadap kamu.

Saturday, November 23, 2013

Teruk

K.
Life never fair.
Learn that.
Accept that.

Entah.
You won't be forever in your ectasy.
When the dose is off.
Reality will take you back.
Toutures.

Enough.
You will never want to stop.
Right?
But you ain't got no power.
Today you with the society.
Socializing.
Tomorrow.
You'll be sitting alone.
In the fucking room.
With the fucking loneliness.

And somehow.
At that point.
You would crush like a nut.
Where the socialize society that you've been part with?
Yes. Gone.

Gone.
Gone.
Gone.

Learn that.
Accept that.

Saturday, November 16, 2013

drinking sweet strawberry shake , swallows bitter ginger.

"benda tak boleh nak bahagi-bahagi ni, memang macam tu. jadi you mesti pilih satu,"

terngiang-ngiang kata-kata itu di sebalik cahaya berbalam-balam datang dari lampu bujur sebelah katil tidur.

Ah! Memang susah bila kau buat aku resah setiap kali kucup bibir kau yang basah. Madah apa kau guna hingga buat hati aku berbelah-belah hingga aku hilang tuju arah?

Ah!

Lahanat!

Dan kini aku serba salah. menelan rasa bersalah, betul-betul bersalah.

Habis tiga malam aku jadi pemikir yang berilmu fakir.
Cuba mengusir nafsu dari cinta.
Cuba memadam nafsu yang mengabur cinta yang sedia buta.

Dan akhirnya...

Aku pilih untuk hidup dalam dunia yang dua selagi mampu buat hati rabakku pulih biar untuk seketika.
Selagi aku mampu rasa erti sebenar eskapisma.
Selagi aku mampu campak peluru hujah nista.

Biarkan.
Biarkan aku tanggung sebarang kebarangkalian.
Biarkan aku tanggung segala bentuk sesalan.






Monday, November 4, 2013

Eskapisma

Eskapisma yang baru saja aku lalui semalam malam buta;
Yang terhasil dari rasa gilanya aku terhadap engkau dan perbuatan engkau.

Eskapisma malam buta semalam seolah menerawangkan aku dalam ruangnya yang tersendiri. 

Separa sedar!

Kelip kelip malam;
Neon terang benderang;
Mencucuk-cucuk waras akal.
Menyuntik gila pada dos paling tinggi!


Dan pada eskapisma malam buta semalam;
Aku disentakkan oleh sang realiti;
"Yang aku masih lagi disini, jadi mana mahu kamu lari?"

Celaka!


Welcome.

*knock knock*

*knock knock*

Terkalih aku dan berlari ke pintu.

"Siapa?"

Sunyi.

*knock knock*

"Siapa?"

Sunyi.

Lantas aku kembali ke ruang tamu yang sememangnya sudah bertetamu. Melayani pemilik ruang tamu hati aku. 

*knock knock*

Ya. Ketukan itu masih bertalu hingga menggetar jiwa aku. 
Tapi aku masih diruang tamu menghabis masaku melayani tetamu dulu.
Walau hati berkecamuk mahu tahu,
Siapa di luar sedang menunggu.

Friday, November 1, 2013

Screening

Kalau kita punya satu kaca mata ini.
Yang mampu kesan laku tingkahnya orang.
Yang akan berbunyi alarm dan menukar lensa merah.
Di setiap kita tertarik pada orang yang salah.

Dan pada satu-satu lelaki atau satu-satu perempuan itu,
Dia bertukar hijau.
Sebagai tanda "pergilah kacau,"
Kerna yang hijau itulah.
Pemilik hati kau yang lagi sebelah.



Biar semua terpelihara nan basah;
Biar tiada rapuh nan patah.


PENUNGGU