Thursday, December 29, 2011

pelangi.

Ada tujuh warna semuanya. Berbeza, tapi tetap bersama. Macam sahabat. Tapi, terkadang, pelangi itu sendiri memberi maksud yang berbeza pada setiap hati manusia. Bagi aku, dia, pelangi hidupku. Dia, yang aku sayang itu. Ann.

“wey, Aiman, cantik ke dia doe? Mana lagi cantik, dia ke Barbie? Hahaha,”

“Barbie dengan dia? Mestilah…,”

“Barbie?”

“dia,”

“ohh. Yeke,”

“Dia cantik sangat sampai berat gila nak kejar, semput jugaklah aku, bodoh kan aku, Ann?”

“dia tak berhenti?”

“entah, dia macam ni Ann, ‘she’s too near yet so far’,”

* * *

‘kalau aku perempuan tu, aku dah berhenti, pusing belakang, dan pandang kau Aiman. Malang, bukan aku.’

 ‘Ann, you too near, yet so far. If only you could hear this.’


Sayang, hati boleh bersuara, tapi hanya DIA yang mampu mendengarnya. Speak up bro, it isn’t hard at all.  JUST SAY IT.

Monday, December 26, 2011

jauh.

mungkin sebutir permata takkan nampak kalau berada di atas permaidani pasir. tapi walau macam mana pun tak nampak sebutir permata tu, ia tetap sangat bernilai dari pasir pasir yang cuba menimbusi tu.

aku kenal sorang minah ni, pada aku, dia biasa je, biasa je sebab dia kawan dengan aku, kalau dia bukan kawan aku aku tak panggil biasa. mungkin tak biasa. abaikan. aku tak tahu, aku kenal dia mungkin dari umur aku tiga belas, tapi aku mengenali dia bila umur aku enam belas, sampai sekarang mungkin. dia rendah. dia ada lesung pipit. dia kecil. dia syasya.

aku dah agak. biasa biasa dia, dia still berbeza dengan aku. dia pandai.dia nak jadi doktor. dia dah fly. aku? tak yah cakap pasal aku. semalam aku tengok world map, jauh jugak egypt. kalau jalan kaki boleh mati. tak keluar malaysia lagi aku dah mati kot. so aku terpikir, instead of wishing bday kat fb, cliche, apa kata aku buat sumthing special kat ustazah ni.

so this is it, tak lah special, speSIAL adalah kan sya?

comel gila nak mamp

arggh die with her cuteness

assalamualaikum doktor.

sumpah kalau aku jadi mak dia, aku dah nangis dah tengok gambar anak dia dekat negara orang sambung belajar. aku dah canang satu kampung dah. lagi lagi time birthday dia ni. aku akan cakap camni,
"eh, jah,, kau tahu tak, anak aku yang belajar kat mesir tu, yang belajar kat mesir tu, yang belajar kat mesir tu, yang nanti jadi doktor tu, yang nanti jadi doktor tu, yang nanti jadi doktor tu, hari ni birthday dia jah oiiiii,,,, "

lolz, birthday kecik je, haha. gurau je, pape pun,, happy birthday syasya, i love you, we love you.

Sunday, December 25, 2011

kau salah besar ni.

tadi aku bangun. selak selak surat khabar. 23 februari 2012, lisa ngan yusry kahwin.

23 februari

23 februari

23 februari
asal macam familiar tarikh ni ha? ada birthday orang ke? hm hm. takde aku rasa. okay. tutup surat khabar.

* * *


dalam kereta, tetibe aku teringat pasal tadi. 23 februari. bukan. bukan 23 februari 2012. tapi 23 februari 2010. fine. patut familiar. and dalam hati aku macam nak jerit,

"woi lisa! kau tak boleh pilih tarikh lain ke? 23 feb tu hari sial kau tahu tak!!!" k bye.

Friday, December 23, 2011

a song by the morning birds

when the moon done its duty to lighten the night, the sun will rise. RISE and SHINE the morning. blow out the mist, the dark, and the sorrow.and at that time, the birds start singing. the love birds start singing.

"Megat, what you want to do when you grow up?"

"saya nak jadi doktor,"

"really? why?"

"sebab... sebab saya sayang awak, "
"no,, seriously, why,,,?"

"sebab saya nak jadi lelaki yang terbaik depan daddy awak. its not easy to have you Ellyna, you are like a diamond everyone desires of. saya takut saya tak cukup bagus  untuk compete dengan another guys later, and one of the way is, belajar rajin rajin dan jadi doktor,"

***

then,silence dominated the conversations. but still we can hear, the birds sing. they sing a love song, and titile is 'Megat loves Ellyna'

Saturday, December 17, 2011

she's get tired too fast.

hidup bagai lalang. orang tak pandang. siang memunculkan kehangatan mentari. malam, kembali dingin menyepi. hidup dalam ilusi. mati dalam realiti.

"Belle, nampak tak bintang bintang tu?"

"hmm,,,?"

"kalau i mampu, i nak amik satu untuk you setiap hari,"

"yeke,,, Aidil, you nampak tak langit yang luas tu?"

"hmm kenapa?"

"setiap kali you bagi i bintang, i akan hiaskan dekat langit tu, kalau boleh, i nak susun cantik cantik supaya jadi nama you,"


butakan mata, pekakkan telinga. mereka tidak tahu, bahawa kau aku itu satu.


Friday, December 16, 2011

once upon a time when rain is falling

"Aidil, kalau i bukan macam i sekarang, you sayang i lagi tak?,"

"maksud you apa?"

"macam ni lah,,cantik, kot,"

"hmmm..."

"hmmm apa?"

"entah,"

"eei, okay fine, i faham, mesti you dah tak sayang lagi kan, bodohnye lah i tanya,"

* * *

"Belle, listen, i tak tahu macam mana nak cakap, tapi i dah jumpa perempuan yang lagi cantik dari you, bukan satu dua, tapi ramai,  but still,i chose you, you know why?"

"why?"

"because my heart always says its you."



the rain singing a love song.


Friday, December 9, 2011

Ayu Camellia Binti Abdullah

Ayu Camellia

jangan pedulikan kata mereka
jangan jatuh dengan perkataan perkataan mereka
mereka bukan siapa siapa
mereka tidak tahu
kerana yang tahu itu SATU.

Ayu Camellia

jangan salahkan mereka
jangan bencikan mereka
kalau kau tahu apa yang terjadi dahulu
pasti kau redha dengan apa yang berlaku


Ayu Camellia

walau di mana kau berlari
sentiasa ingat di hati
lelaki dan wanita itu sentiasa menyayangimu
andai mereka ada di sini lagi, pasti mereka akan memberitahumu.

Ayu Camellia

suatu hari nanti kau akan tahu.
dan pada suatu hari itu, jangan lah engkau membenciku.
kerana aku terlalu menyanyangi mu
seperti juga mereka yang terpakasa meninggalkan mu.


Ayu Camellia, seayu nama seharum bunga.



Wednesday, December 7, 2011

pedulikan mereka

jatuh?

tak usah bimbang.

walau tiada tangan yang menghulur.

kau tetap boleh bangkit.

kerana kesetiaan kaki kau sendiri.


bangun. gagahkan diri.

berlari.

bebaskanlah. semua yang terkunci.

agar mereka tahu, kau masih lagi hidup walau sendiri.

PENUNGGU