Thursday, September 26, 2013

Kurang kasih sayang




















Aku.


Alpa

Dan punyalah kita menidakkan kuasa Tuhan itu.

Dijauh-jauhkan diri.

Tanpa kita sedari, Tuhan punya kuasa rezeki.

Berkuasa dalam hendak.

Memberi atau menarik kembali.

Kita sedar ini tapi masih lagi gagal mensyukuri. 

Saturday, September 21, 2013

Pengemis

Jangan kau sedekahkan aku walau secebis pun hatimu.

Kerana aku akan mengemisnya lagi,
Dan lagi,
Dan lagi.

Sehingga habis tak terkesan.


Tiba suatu saat, manakan pula hati mahu kau serah pada yang terlayakkan? 

Ingat itu--

Pengemis hati macam aku..jangan pernah sekali kau kasihankan.



Friday, September 6, 2013

Mungkin

Mungkin
Aku tak mampu temanimu,
Ke mana jua engkau tuju,
Kerana ketidak upaya akalku.

Mungkin
Aku bukan yang di sebelah kanan atau kiri,
Yang membantu-papah engkau berlari,
Disetiap lapangan yang kau ceburi.

Mungkin juga
Aku bukan yang mampu tolong,
Memecah semalaman otak kejung,
Hingga terisi kertas yang kosong.

Tapi mungkin
Aku yang akan cuba muncul,
Di setiap pincang yang timbul,
Melega dengan aksi biul,
Yang buat kau kembali bersiul.


---
Dedicated to my super genius tahap gaban friend, Najwa Delaila. All the best in Dublin. Tata.

PENUNGGU