Sunday, August 18, 2013

Untung si Bulan

Terkadang kita terlalu risau tentang keadaan bulan yang jauh di atas sana---

Direnung, ditenung.
Baik baik aja kah dia?

Sedangkan hati yang paling dekat di rusuk sendiri---

Di biar biarkan--
Haram di endah endahkan--

Baik kah dia?
Sakit kah dia?

Pedulikan.
Lebih baik kita rindu pada bulan.

Kelancauan peribadi.

Aku dah tak paham.

Aku dah penat dengan situasi.

Aku boleh jadi gila fikirkan lagi.

Aku mahu berhenti.

Tapi macam mana?

Aku sudah separuh jalan.

Aku toleh ke belakang sudah tidak nampak laluan.

Di sebelah kananku  kawan.

Yang di sebelah kiriku rakan, taulan.

Tapi aku sudah tidak tahan.

Di mana perhentian?

Atau jalan pintas?

Untuk aku berjalan pantas.

Dan melawan arus arus deras.

Yang membesar benci, menghenti nafas.

Beri aku sedikit ruang dan peluang.

Tolong, please?



Wednesday, August 14, 2013

Lilin

Malam ini telah aku padamkan api rindu dulu---


Dan pada sumbu itu,
Akan aku nyalakan satu kasih yang baru. 



Tuesday, August 13, 2013

Yang terpaling

Yang terpaling gedik
Yang terpaling pelik

Yang terpaling manja
Yang terpaling mengada-ngada

Yang paling selebet
Yang paling kuat meleset

Yang terpaling cengeng
Yang terpaling mengendeng

Yang terpaling entah apa apa
Yang terpaling kau-dah-kenapa?

Yang terpaling gila
Itu aku--
bila dengan kau sahaja


Friday, August 2, 2013

What ever.

Aku layan dia lagi baik dari layan kau.


Hmmm.

Moga baik baik aja

Dia kini bertapa di rimba kekalutan lagi. 
Di mana pengakhiran diri itu akan dibawa.
Bagaimana rupa pengkahirannya?
Hitam? Putih? 
Atau masih ditinggalkan kelabu
Seperti masa masa dulu?

Wahai pujangganya dia,
Jenguk jenguklah hati itu,
Dah diretakkan, berderai pula.
Apa tidak cukup kasih yang disemai baja?

Sagatlah semua daki egomu.
Aku tahu, bukan niatmu,
Kasihanilah si dia yang satu itu,
Terkurung rasa, tercungap biru.

Memang sukar meredah belukar.
Tapi kan sahaja sudah lama kalian berdua berkejar?
Rehat rehat lah. 
Sekali sekala. Berhenti. Dan berciumlah.

-Dedikasi kepada pasangan merpati tua. 

Sudah hampir 7 tahun. 

PENUNGGU