Wednesday, May 30, 2012

sembang kalau yang RARE.

kalaulah kita diberi peluang untuk belajar apa sahaja yang kita mahu tanpa batasan...

agak agaknya. dalam lima tahun akan datang, aku dah ada degree untuk

medic
architecture
fashion design
penulisan sastera

agak #RARE kan toha? 

Thursday, May 24, 2012

cerita sama sama si rama rama

wa sanggup isi borang scholar yang wa tahu wa komfem takkan dapat sebab wa tak seberapa terel macam dia. tapi sebab dia kata "jom isi sama sama," wa pun isi. 

sebab SAMA SAMA. 

katanya nak sambung kemudian sebab tak cukup barang nak isi. so persambungannya mugkin tidak sama sama. borang tu pun apa lagi,, terbengkalai. wa tak sambung isi. 

sebab dah tak SAMA SAMA.

kalau dah sampai wa sanggup buat macam tu...

maksudnya apa?



eh? bukan wa dah join satu contest ke?
eh?
wa lupa lah.



jadi apa kau nak jadi
tak suka apa yang kau tak suka
gembira sentiasa

-Toha


sebenarnya wa lagi minat nak jadi model lah toha.  kuikuikui




Thursday, May 17, 2012

macam menarik.

wa ingat nak masuk satu pertandingan ni lah. pertandingan ni bertajuk "pertandingan melupakan-melupakan". pertandingan ni diadaptasi daripada pertandingan orang bukan tempatan berbunyi "move on-move on competition".
...
...
...
...
apa? suka hati aku lah. 

baiklah.pertandingan ni nak uji kebolehan individu melupakan. melupakan apa? tak mungkin asal usul. tak mungkin number ic, tak mungkin Tuhan. tapi melupakan apa apa je lah yang dia patut lupakan. yang patut dia tinggalkan untuk bergerak maju kehadapan.

macam babisss. aku tahu.

setiap pertandingan tanpa hadiah memang pukiss. buat penat masuk buat apa kan? tapi pertandingan ni ada. hadiah dia sebuah jaminan.

jaminan untuk hidup lebih bahagia.
jaminan simpanan air mata untuk saat gembira.
jaminan maju kehadapan.
jaminan kehidupan yang lebih produktif.
jaminan yang suatu hari nanti kau akan rasa berbaloi 'melupakan'.

support aku rakan rakan.

agakagak aku boleh menang tak?

bangun...bangun...bangun harimau bangun!


tiada motif tapi gua anak malaysia!


Saturday, May 12, 2012

kepulan asap malam.

mengapa perlu ditanya mana jalan keluarnya sedangkan ia berada di depan mata?

mungkin mata mu kabur dek kerana cinta yang mendalam terhadap si dia.

sampaikan baju yang kamu pakai pun sudah terbalik letaknya.

lelah berlari mengejar sesuatu yang tak pasti.

pasti ia nya penuh makna sekali sampai air mata sanggup kau korbani.

biarkan saja.

biarkan saja kemana ia mahu pergi.

buat apa susah bila kesenangan menanti.

kesenangan menanti aku ulang.

dimana? itu persoalannya.

di belakang mu wahai perwira dunia.

memang tak manis jika jalani kehidupan mengerling ke balakang.

tapi mungkin di belakang itu lah petunjuk mu. rujukan mu.

atau....

mungkin jua....

jodoh mu.

siapa sangka.

luh mahfuz bukan kita punya kuasa.


layan.

Thursday, May 10, 2012

tunjuk tingkap mana. wa nak terjun sekarang.

mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.

wa cakap ni je.

pandai pandailah paham sendiri.

ni peribahasa paling manis yang boleh wa guna.

wa bengang.

i met slay at the sea shore.

dia post gambar.
gambar pantai.
wa nak comment.
tapi wa segan.
wa type.
wa delete.
wa type.
wa delete.
last last wa type,
"dekat mana ni?"
then wa click POST
dekat status.




penyegan kan wa?

Wednesday, May 9, 2012

sorry bro. you've got the wrong person.

angin angin sepoi sepoi bahasa yang digeneratekan oleh kipas bilik aku sedikit sebanyak mendinginkan hati aku yang tengah panas. opss. pembetulan, bilik adik aku.

tapi angin semalam berbeza sikit, bukan je sebab dia datang dari kipas adik aku, tapi... ia macam membawa satu suasana pengimbaun saat lepas. saat yang sudah berlalu. saat sedih. saat di mana gula tak lagi rasa manis, garam tak lagi rasa masin.

memang bukan sekali dua ayat dia buat aku sedih. dah banyak kali. tapi apa boleh aku buat. kesedihan tu dah macam kegembiraan buat aku. dah lali. bagi aku, tak kisah lah rupa mana pun ayat dia, asal dia tujukan untuk aku, dah cukup syurga dah.

malam semalam dia buat lagi. kali ni lagi menusuk sikit. kali ni bukan patah perkataan, tapi bait bait lagu. sial.
aku tak faham maksud yang dia cuba sampaikan atau sememangnya apa yang dia cuba sampaikan tidak punya maksud untuk aku. entahlah.

lagu tu bukan untuk aku. tapi untuk engkau, dari aku.


"aku suka dengar lagu sedih,"

"kau tak layak untuk ni. hidup kau bahagia,"

"mungkin pandangan luaran,"

"apa lagi yang tak cukup?"

"engkau,"

moments



pagi yang gelap.

okay natang apa aku nak carutkan kat sini? sebenarnya aku nak story pasal pengalaman first tyme bekerja. tapi malam ni ada yang meragut kesucian niat aku dan membuatkan aku nak tulis benda lain.

okay. intro yang tak cukup matang bukan?

bukan.

mati ayat nak menulis lah kema. esok aku sambung. janji.

selamat pagi.

PENUNGGU