Kita terlalu sama
Macam dua garisan selari
Arah kita
Fikir kita
Laku kita
Mahu kita
Tawa kita
Tangis kita
Sama
Macam dua garisan selari
Kita memahami macam dua garisan selari
Kau hanya beri isyarat mata
Aku sudah boleh faham
Aku hanya perlu herot bibir
Kau sudah mampu erti
Seperti aku kata tadi
Kita sama seperti dua garisan selari
Tapi seperti dua garisan selari
Hati kita takkan pernah bertemu
Jiwa kita takkan pernah menyentuh
Raga kita takkan pernah bercantum
Sampai mati
Kerana kita hanyalah dua garisan selari
Pun begitu
Izinkan aku jadi parallel line kau
Juga sampai mati