Monday, June 13, 2016

Bus Stand

Suatu hari di bus stand. Aku tengah tunggu bas. Aku dengan scene tunggu bas ni macam air dicincang tak akan putus lah. Walau benci-benci aku pun dengan bas, aku tetap perlukan dia di waktu takde transport lain. 
Hari tu, ada sorang minah ni tunggu sebelah aku. Kalau aku lelaki, aku cakap awek tu cun. Sampai aku tertanya-tanya kenapa awek cun macam ni tunggu bas.   Awek cun selalunya dalam kereta brader brader layan aircond.

Sedang aku berfikir-fikir tentang appearance bukanlah segalanya, tiba-tiba fon awek cun ni berbunyi.

Takde jawab salam ke hello ke.

"Ha? Kenapa?"

"Lu dah ada awek, lu main ngan awek lu lah. Cari gua lagi buat apa?"

"..."

"Asal? Awek lu tak sedap ke?"

Aku terus call member kasi pickup aku kat bus stand. 

Second chance?

Kadang-kadang Tuhan sengaja tak beri kau second chance sebab dia tahu berapa banyak kali pun chances, kau akan buat salah yang sama jugak. 

Repeat the whole semester dari awal sebab kau nak buat kerja tanpa procrastination, misalnya. 

Bullshit.

Saturday, June 11, 2016

Ready stock

Tuhan,
Kau jadikan dia ada berapa? Sebab aku tak suka rebut. Aku mahu dia yang aku sendiri punya. 

Kalau ada, jumpakan, ya?







Aku bengang hati aku tak reti move on. Biar aku cari baru untuk dia. Senang. 

PENUNGGU