Sedari dulu, aku fikir gelombang udara tengah malam itu sememangnya halus dah terus. Membawa molekul-molekul kecil seakan pengutus. Dan pabila seseorang itu kita lukiskan dalam hati dan kepala, molekul-molekul udara yang kita sedut mengutip tiap lukisan itu dan membawanya kembali ke udara waktu kita hembus. Lalunya berduyun-duyun molekul itu terbang dalam gelombang udara dibawa arus.
Dan sebagaimana Bulan ceritakan pada aku tentang gelombang udara tengah malam yang halus itu, terbawalah pengutus-pengutus kecil ini kepada ruang udara kamu. Lalu kamu sedut dan terpancar pada hati dan kepala kamu, aku.
Malang sekali ia sekadar dongengan yang disuapkan pada aku. Kalau tidak masakan aku sahaja yang terseksa di setiap tengah malam mengingati kamu.