Tuesday, November 10, 2015

Silent Killer

Kalau aku cerita apa yang ada dalam hati ini,
Mahu berjela helainya.

Hampir mahu aku muntahkan segala yang terkandung hingga luah tak bersisa;

Hampir mahu aku jerit pekik seisi dunia segala yang tersirat hingga pecah kotak suara;

Namun tetap jua aku pilih untuk diam
Kerana aku tahu takkan ada yang mampu faham. 

Wednesday, November 4, 2015

Perempuan yang disampahkan

Aku perempuan yang disampahkan
Disedut setiap nafas aku hingga habis dikontangkan
Dirobek setiap pelusuk aku hingga habis taktertinggalkan
Dihancur hati dan jantung hingga lebur dibiarkan

Aku perempuan yang disampahkan
Selaut kasih aku telah dihirup dunia
Seluas hati aku dipenuh cela dan dosa
Sebesar jiwa aku kau buang bagai sisa

Perempuan yang disampahkan ini semakin kontang
Semakin habis
Semakin hilang

Lalu apa mau kau lagi?
Sudah kau sampahkan
Sudah kau buang. 



PENUNGGU