"Kau ni orangnya bagaimana?"
Soalan ni buat aku terfikir yang adakah bila kita sendiri jelaskan pada orang kita ni bagaimana orangnya bermakna kita dah bataskan diri kita supaya jadi yang jenis itu sahaja?
Dan bila kita kata kita ini jenis yang macam itu-ini, adakah memang sebenarnya kita ini memang jenis itu-ini dari azali? Atau keadaan dan masa yang merubahkan?
Aku tertanya, sebab aku sendiri tak pernah dapat jawab soalan ni bila ditanya.
Jadi macam mana? Aku perlukan pendapat.