Pagi itu dia bangun awal sekali. "Teruja!" kata dia. Ttak
sabar," kata dia. Pagi itu dia tak perlu beratur untuk ke bilik mandi.
Pagi itu, dia yang rasmi. Lama sekali dia mandi. Dia mahukan badannya bersih
tahap maksimum hari itu. Selesai mandi, dia sarungkan baju yang paling
jarang-jarang dia pakai. Kemeja kotak-kotak merah hitam, seluar jeans skinny
hitam. "Baru 'grunge'," kata dia. Mukanya di bedak nipis nipis,
rambutnya disisir dan dioles sedikit minyak rambut member supaya penggayaan rambutnya
nanti kekal lama.
"Wah Ali! Handsome gila!"
"Peh, first time Ali wangi," setelah dia beri semburan haruman,
juga milik member dia pada diri.
Ali sengih-sengih. Hari itu akan jadi hari yang cukup istimewa baginya
kerana dia akan menerima kunjungan orang yang teristimewa dalam hatinya.
Pagi itu dirasakan pagi paling indah. Pagi paling bertuah buat dirinya.
Setelah sekian lama tidak bersua dek kejauhan dan batas jarak, wang dan
transportasi, Hari ini tidak lagi. Terujanya bukan main kepalang kerana si dia yang
dengan tanpa disuruh-suruh mahu datang,
"Kejap lagi kau nak dating mana Ali?"
"Tak tahu lagi. aku tak boleh fikir mana nak bawak dia ni,"
debarannya makin menjadi-jadi bila dibangkitkan soalan ini. ya, Ali memang tak
punya idea nak dibawa kemana cinta hatinya nanti. 'takkan Mid lagi?' pikirnya
sendiri.
"Dah sampai ke, Ali?" soalan ini lagi buat jantungnya seakan
berlari.
"Lagi 10 minit dia kata,"
"Dia amik kau kat sini ke Ali?"
"Haah,"
Sedari 10 minit tadi dia asik memandang skrin telefonnya. tertera
digit-digit yang membentuk waktu. Dibilangnya setiap minit-minit yang berlalu.
'Ting' satu mesej masuk.
"Saya dah kat luar," Ali rasa jantungnya yang paling laju membuka
pintu, Langkah kakinya ringan seakan mahu terbang. Ali bukan lagi sengih-sengih
kali ini. Tapi bibirnya itu dirasakan mampir sedikit sahaja lagi dengan telinga
kanan dan kiri.
Hanya Tuhan tahu betapa gembiranya Ali.
"Rindunya saya kat awak! Terima kasih datang! Jom saya bawak awak
makan kat satu tempat ni. Kali ni saya belanja!," Ujar Ali yang
seakan-akan mahu memeluk cintanya itu kerana terlalu rindu.
Mata kekasihnya itu memandang tepat pada wajah Ali. tak tersampai hati
melihat Ali begitu girang sekali. Namun harus diluahkan jua apa yang tersimpan
dalam hati. Tujuan sebenar dia sanggup datang ke mari.
"Awak, sebenarnya saya dah tak mahu teruskan lagi. cukup sampai
sini," lancar. tanpa jeda kerana bagai tasbih dia berlatih untuk katakan
ini sepanjang perjalanan jauh tadi.
Renungan Ali tembus. kepala seakan perpinar. penglihatannya menjadi gelap.
jantung yang sedari tadi kencang akhirnya pecah terpecik menjadi muntah yang
keluar dari bibir manisnya. Tompokan darah dan ketulan daging jantung bersepai
pada kemeja kotak-kotak, jeans hitam dan seluruh kereta. Pergerakannya lumpuh
selumpuh-lumpuhnya. Derianya mati. Sejuk deraian hujan yang menimpa diri
selepas kereta berlalu pergi tak mampu dirasa Ali. Ali kaku di hadapan pagar
rumahnya sendiri, Dengan bau haruman yang masih pekat tak dicemari, dengan gel
rambut yang masuh likat tak terusik. jiwa Ali dibunuh dengan kejam sekali.
Hanya Tuhan tahu betapa matinya Ali.