Monday, November 17, 2014

Persoalan

Aku masih belum mahu habis
Dan kau masih belum boleh terima.

Jadi bagaimana?

Sunday, November 16, 2014

Di Dalam Bilik Kecil

Nyawa sedang perlahan-lahan haus.

Hanya kedengeran bilah kipas yang membelah angin dalam bilik kecil.

Air mata deras turun.

Mengalir ke sisi mata, telinga, dan berakhir pada bantal yang tidak sempat kering dari malam tadi.

Kaku. 
Hanya tangan kanan yang bergerak membuka aplikasi di telefon.
Berharap akan sesuatu yang mampu pulih nyawa yang semakin haus
Tiada.

Hati tekad untuk tidak mahu berjumpa matahari.
Jiwa berharap sampai nyawa betul-betul mati.

Wednesday, November 5, 2014

Berbual Dengan Orang Asing

"Hai, teruknya phone!" Soalan yang acap kali aku dengar bila jumpa dengan orang baru. Dia tarik satu kerusi plastik putih yang berselerak bawah kanopi dan duduk sebelah aku. 

Tak semena-mena. Hingar bingar bawah kanopi jadi senyap. Diam. Sunyi. Hanya aku dan orang asing ini.

"Shit," bisik aku sambil kaut phone yang jatuh.
"Eh, Terkejut ke? Nama aku CA. Panggil aku Ca," sambil sengih sengih dan hulur tangan.

"Sara," sambil tersipu. Malu. 'Kenapa aku nervous ni?'

Huluran disambut aku. Dan dibalas senyuman dia. 'Shit,'

"Dah perform tadi? Sorry tak sempat tengok. Datang lambat," aku cuba memecahkan rasa janggal. Aku tak pasti sama ada soalan aku tepat atau tak sebab aku tak pasti yang dia antara performer untuk hari ini. Jadinya, aku main tanya. Kalau salah, kalau dia bukan performer, kalau aku memandai, aku fikir, aku akan buat buat sakit perut, minta izin pergi tandas, dan balik rumah senyap senyap. 'Mati aku kalau salah orang,'

Masih lagi dengan senyumannya.

'Babiiii, sumpah salah orang!'

"Dah. Dalam pukul 3 tadi. Rugilah tak tengok. Hahaha. Tu lah. Nampak jugak sampai lambat tadi. Around 6 kan? Kesian. Sampai-sampai lencun hujan. Hahahahaha!" Tawanya.

'Fuh. Nasib betul dia performer. Eh kejap, dia perasan aku?'

"Tu lah. Gerak lambat. Terkilan jugak tak sempat tengok," aku cuba meluahkan rasa terkilan aku sambil cuba-cuba ingat kembali kali pertama aku kenal dia. Kali pertama aku dengar puisi dia. Kali pertama dia pukaukan aku dengan persembahan dia. Tenggelam dalam bait kata seni bersama alunan muzik dubstep yang melatari. Asyik.

"Ye ye je terkilan! Hahaha. Takpelah. Next time ada lagi. Jangan datang lambat pulak. Anyway, aku nak gerak dulu, tengok bola. Tak tengok? Ke nak layan puisi je hari ni?" Mematikan lamunan aku. 

"Tak kot. Stay sini," jawab aku. 

"Okay. Gerak dulu. Eh kejap," dia keluarkan phone dari poket kiri seluar, "Number kau?"

---

Malam itu, aku tidur berbantalkan awan berlapikkan angin dari kayangan, didodoi dengan puisi dia, yang dia bacakan untuk aku menerusi telefon.

'Hai Sara, ni Ca. Nak aku bacakan untuk kau apa yang kau terlepas tadi? Eksklusif.'









Monday, November 3, 2014

Betul-Betul

Jika kamu mahu aku hamparkan seluruh rasa dalam jiwa ini terhadap kamu, ia akan menjadi satu hamparan yang berjela. 
Dan jelaan hamparan ini akan aku jaga hingga datang suatu hari di mana kita akan berjalan melaluinya.

Dan pada saat itu
aku sudah betul betul jadi milik kamu. 

PENUNGGU