Wednesday, October 16, 2013

Tak jumpa

Boleh beri tahu aku dimana sepatutnya duduk aku ini?

Di dalam gua?
Di ceruk ceruk lorong?
Di bawahan jambatan?
Atau di dalam hutan?

Rumah?
Jangan kau tipu itu syurgaku.
Mungkin itu syurga engkau.
Tapi bukan syurga aku.


Tuesday, October 15, 2013

Monday, October 7, 2013

Raja Lawak

How funny it is when the person who makes you die laughing,
.
.
.
.
.

Finally makes you die crying. 

Macam bodoh kan? 

Babi

Kalau cakap memang senang,
Babi pun mampu terbang.
Memang.


Kasut

Cukup cukuplah kau sedapkan hati aku dengan caci makimu.

Kerana aku selebihnya tahu,
Yang dia memang bukan begitu. 

Jadi usahlah pula kau enakkan hati aku dengan janjian hikmah disebalikknya.

Kerana kalau kau betul betul dalam kasut aku,
Kau sendiri tak mampu terima. 


Thursday, October 3, 2013

Panggilan telefon.


"Hello,"

"Hello,"

"Aku alami mimpi ngeri malam tadi,"

"Ceritakan pada aku,"

"Aku mimpi aku berlari..."

"Bukan itu apa yang kita impi dari dulu lagi?"

"Aku mimpi aku lari pergi dari kau. Itu bukan apa yang kita impi dari dulu lagi,"

"Apa perlu kau lari pergi dari aku dalam realiti?"

***

"Tidak. Selagi bukan kerana mati,"







Mimpi ngeri

Jadi kau betul-betul nak pergi?

Betul ni?

Dah fikir masak habis?

Betul-betul nak pergi?

Kalau macam tu---
---pergilah.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Tapi aku harap engkau bangun dari mimpi ngeri dan telefon aku cakap kau tak mahu dan tak pernah langsung mahu pergi.

PENUNGGU