Panas
Retak sekali
Bertahan.
Retak seribu kali
Masih bertahan.
Kalau sekali pecah
Berderai.
Habis punah tak terbaiki.
Habis ranap tak terbangun kembali.
Sudah sudahlah
Penat penatlah
Cukup cukuplah.
Dah hancur lebur,
Apa lagi mahu kau tabur?