Showing posts with label fuck you. fuck everything.. Show all posts
Showing posts with label fuck you. fuck everything.. Show all posts

Wednesday, February 13, 2013

Sesat

Sara pakaikan shades tu. hari tak terik pun tapi Sara nak berfeeling feeling Katy Perry. Ahmad tak terasa nak pakai pun walaupun dia yang drive sekarang. sebab Ahmad tak rasa silau pun. maklumlah drive tengah malam mana ada matahari. lagipun mata Ahmad elok. takde rabun. takde silau. Apa yang Sara suka pasal kereta Ahmad ni, ialah kereta Ahmad boleh bukak bumbung dia. Angin masuk laju laju. Sara letak tangan dia di udara. terkeluar dari bukaan atap kereta tu. "Sejuk!" kata Sara. kalau ikutkan hati Sara dah keluarkan kepala menerusi bukaan tu tapi Sara taknak nampak macam batak sangat. yelaa Sara kan asal Key El.

Sebabkan tak tahu nak buat apa dan nak feeling feeling Kate Perry pun tak berapa nak menjadi sebab tak boleh keluarkan kepala, so Sara pun duduk sandarkan diri kat seat sebelah Ahmad yang tengah kusyuk drive. Ahmad kalau drive dia tak bercakap. Concentrate katanya. masa sandarkan badan dekat seat tu, Sara cuba jeling Ahmad. Ahmad tak nampak sebab Sara pakai shades. Sara tahu Ahmad tak nampak so dia teruskan jeling. Sara pandang Ahmad atas bawah. Sara berhenti balik dekat atas. Sara pandang muka Ahmad. pandang lama lama. Sara merasakan sesuatu perasaan yang dia tak pernah rasakan sebelum ni. suatu perasaan yang tenang. agak lama lah jugak Sara dalam posisi macam tu. dan agak tak selesa sikit sebab kepala Sara still menghadapa depan, mata dia je menoleh ke kanan. ke arah Ahmad. tapi Sara tak kisah. Sara suka perasaan yang dialaminya sekarang. dalam kepala Sara mula bermain rancak lagu 'The Wicked Offspring' oleh OCK. Sara tak berapa nak gemar sangat local band. Sara tahu lagu tu pun dari kawan Sara. Cuma Sara rasa lagu tu sesuai untuk situasinya sekarang.

Ahmad masih lagi dengan konsentrasinya menempuh jalan tar yang dihiasi neon neon malam. sesekali dia berkerut memandang singboard. keliru dengan jalan mungkin.


"Eh Sara, I rasa kita dah sesat lah. Singboard kata lain, GPS kata lain,"


dalam hati Sara berpuas hati sangat sebab memang sengaja Sara bagi info jalan salah. Sara nak berada lama lagi dalam kereta dengan Ahmad.

tapi apa yang Sara tak tahu adalah Ahmad pun fikirkan yang sama macam Sara. Ahmad takde lah bodoh sangat tak tahu jalan dekat situ. Ahmad pun asal Key El jugak.


"aku rasa cinta milik aku ini sesat dalam hati kamu,"






Monday, June 25, 2012

nyalakan obor itu. riot sebenar bermula.

suram kelam
jiwa dalam ku selam.
amuk berkecamuk
jiwa kacau ku sibuk.

berirama bagaikan sang puitis.
menunggu cinta yang tak muncul tiba,
menunggu bahagia yang tak datang menjelma,
menunggu habisnya perit yang datang menjerit.

jeritan itu dari dalam,
riot itu datang dari dalam,
chaos itu berlaku di dalam.
dalam sana.
dalam jauh yang harus kau selam.

memberontak bagai malam tak inginkan mentari.
biarkan gelap.
biarkan kegelapan menyimbahi bumi.
jika hanya di situ tempat kau tangisi diri, menyendiri.

riot ini bukan sebarang riot.
rebel darah muda ini bukan rebel yang boleh dipandang sebelah mata.
ini rebel jiwa darah muda.
alirannya pantas, lekas deras.
hati hati.
jangan sampai kau terhanyut.
hanyut mengikut kata kata si pengikut pengikut yang bertuankan celaka.
ini bahaya.

berikan apa saja dia mahu. berikan apa saja mereka mahu.
kerana kacau ini bukan boleh ditahan tahan.
bahana menimpa kelak.
jika kau terus mengelak.
hadapi sahaja masalah itu.
jangan lari lagi.
jadilah sang berani, yang tidak takut akan ujian menanti.
sabar. jangan terlalu ikut kata hati. nanti mati!

sudah. ini bukan pengakhirannya.
ini baru permulaan, si pencipta kekacauan.
riot ini tak akan berhenti.
selagi deras cecair merah belum sampai tarikh penamat.


Thursday, May 10, 2012

tunjuk tingkap mana. wa nak terjun sekarang.

mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.

wa cakap ni je.

pandai pandailah paham sendiri.

ni peribahasa paling manis yang boleh wa guna.

wa bengang.

Friday, March 30, 2012

pencuri

rasa ini sama macam yang aku pernah alami dulu.

tapi kali ni. berbeza orang.

aku online.

engkau online.

masing masing dengan perihal masing masing.
.
.
,
,
.
masih lagi dengan hal masing masing.
.
.
.
.
.
engkau offline.

aku hampa.

dan akan berulang ulang ulang ulang ulang ulang dan ulang.


apa aku boleh buat? NOTHING!

Thursday, March 1, 2012

pohon semalu

wey sumpah wey. kalau bunuh diri tu tak berdosa. memang dah lama aku takda. hidup pun bukan bagi impak positif. susah dan menyusahkan. lagi teruk dari pohon semalu. sekurang kurangnya dia boleh buat sebagai penghenti darah, dan dia pemalu.

Sunday, February 19, 2012

sakit semalam.

perit waktu itu.

dasyat waktu itu.

sukar digambarkan.

hati aku menjerit. menjerit sekuat kuatnya. marah akan kesalahan mata yang melihat.

"tapi bukan salah aku sebenarnya," kata si mata. "otak tu yang tak bijak,"

memang. memang aku tak bijak. memang salah. memang silap aku. memang salah aku sendiri ni. -sebab tak bijak.

aku tertanya. mengapa sekarang? mengapa tak dari dulu? mengapa buat aku begini? mengapa aku jadi begini? mengapa itu? mengapa ini?

sayang sekali. tiada yang menjawab. senyap. sepi. kosong. aku bungkam.


'siapa yang mampu jawab kalau salah datang dari kau sendiri'


sudahlah. hentikanlah segala kedukaan ini. akan aku selimutkan segala kesakitan ini agar ia dapat tidur lena. lena dibuai mimpinya. harap ia tak bangkit lagi. mengganggu hati yang sepi.

tidur lah sayang. dah sampai nanti aku kejutkan.

PENUNGGU