Saturday, April 25, 2015

Overthink

Ada satu benda 
Yang kalau aku fikir lama lagi
Boleh buat aku lemah jantung tangan dan kaki.

Jadi ada baiknya jika aku berhenti.

Blah dan lari.
Blah dan lari.
Balh dan lari.

Thursday, April 23, 2015

Kejutan

Hey.
Aku dengar cerita kau sudah ikatkan tali pertunangan dengan dia.

Tahniah.

Tapi macam mana dengan gelungan yang pernah aku ikat pada pergelangan kau? 
Masih ada atau telah kau bakar-hanguskan macam memori kita? 

Heh.
Jangan risau. Aku saja tanya. 

Monday, February 23, 2015

Kecewa betul.

"Aku kecewalah dengan kau ni," sambil hembus asap rokok.

"Heh. Aku dah lama dah kecewa dengan Mira ni," sambil sisip teh panas. 

***

'Ye, aku pun dah lama  kecewa dengan diri sendiri,' sambil pandang langit tembus sampai lapisan ketujuh. 

Soalan #1

"Kau ni orangnya bagaimana?"

Soalan ni buat aku terfikir yang adakah bila kita sendiri jelaskan pada orang kita ni bagaimana orangnya bermakna kita dah bataskan diri kita supaya jadi yang jenis itu sahaja?

Dan bila kita kata kita ini jenis yang macam itu-ini, adakah memang sebenarnya kita ini memang jenis itu-ini dari azali? Atau keadaan dan masa yang merubahkan?

Aku tertanya, sebab aku sendiri tak pernah dapat jawab soalan ni bila ditanya.

Jadi macam mana? Aku perlukan pendapat.

Tuesday, January 27, 2015

Asthmara

Asap berkepul bertebar memenuhi ruang angkasa
Dari corong tembakau yang dibakar dengan lighter 
Matanya mengikut liuk lentok kepulan asap 
Melepaskan sebuah lelah yang telah lama tekedap.

Kepalanya berat
Fikirannya sarat
Matanya dikatup rapat
Persetan keriuhan yang dekat.

"Fuck cinta," katanya tak percaya
Modenist yang utuh dengan pendiriannya
Cinta tak bawa makna
"Fuck forever after,"

Dia mugkin terlalu penat
Hatinya mungkin sudah tidak larat
Bukan salah dia sudah tidak mahu
Silamnya buat dia percaya cinta itu tipu

Moga sampai satu hari nanti
Kepulan asap yang dihembusnya
Meresap pada sebuah hati
Yang mampu menjahit luka lampaunya.



PENUNGGU