Wednesday, July 31, 2013

15 Februari

Kau bercerita pada aku satu persatu.
Di setiap peristiwa dan angan anganmu.
Dan tak pula  pernah aku bosan dan sebu.
Kerna apa yang aku mahu hanya melodi suaramu.

Tapi waktu itu kita masih malu malu.
Bercakap tentang masa depan masih segan silu.
Tapi kita berdua tahu aku di hati mu dan kau di hati ku.

Dan kita tenggelam dalam lautan cinta.
Tak ku rasa lemas kerana rasanya gula.
Di setiap siang terucap madah cinta.
Dan "aku rindu kamu," pabila datang bulan purnama.

Tapi sekarang ia berdikit dikit hilang.
Setelah hampir setengah bulan menjelang.
Bahagia-- mana mahu kamu terbang?
Ke mana tawa? Di mana sayang?

Apa kita mahu jadi?
Aku tidak mahu lagi begini.
Menanggung seksa dan pahit sendiri.
 Menyaksikan kasih kita perlahan-lahan mati.

Kamu, 
aku mahu 'kita' di Februari.


Aku betul betul rindu.

Saturday, July 6, 2013

Bangkit

Terdiam aku disudut itu,
Di ceruk paling dalam di bilik paling hujung itu aku meringkuk kaku. 

Sudah aku marahkan,
Sudah aku lawankan,
Sudah aku tangiskan,

Terkadang aku tanya Tuhan,
"Ini balasan atau sekadar dugaan?"

Lalu aku bangkit menyambung sisa sisa nyawa masih berbaki tatkala sedarku hikmahMu wujud di setiap kejadian.

Nafas baru

Sunday, June 23, 2013

tamat

pernah pada suatu ketika itu engkau rasa mahu lari dari semua,
pernah pada suatu ketika itu engkau rasa mahu lari dari celaka,
pernah pada suatu ketika itu engkau rasa mahu lari dari nyata.

tapi tak kau teruskan kerna...

masih tak kau temu tempat untuk lepaskanjerit,
masih tak kau temu tempat untuk luahkan perit,
masih tak kau temu tempat untuk muntahkan pahit.

ke mana?
di mana?

dan akhirnya...



kau lalukan barang tajam itu di pergelangan halusmu.




Sunday, June 16, 2013

Kembali

Kaku di setiap langkah.
Mati di setiap patah.




Pasrah aku berserah.

PENUNGGU