Saturday, July 6, 2013

Bangkit

Terdiam aku disudut itu,
Di ceruk paling dalam di bilik paling hujung itu aku meringkuk kaku. 

Sudah aku marahkan,
Sudah aku lawankan,
Sudah aku tangiskan,

Terkadang aku tanya Tuhan,
"Ini balasan atau sekadar dugaan?"

Lalu aku bangkit menyambung sisa sisa nyawa masih berbaki tatkala sedarku hikmahMu wujud di setiap kejadian.

Nafas baru

Sunday, June 23, 2013

tamat

pernah pada suatu ketika itu engkau rasa mahu lari dari semua,
pernah pada suatu ketika itu engkau rasa mahu lari dari celaka,
pernah pada suatu ketika itu engkau rasa mahu lari dari nyata.

tapi tak kau teruskan kerna...

masih tak kau temu tempat untuk lepaskanjerit,
masih tak kau temu tempat untuk luahkan perit,
masih tak kau temu tempat untuk muntahkan pahit.

ke mana?
di mana?

dan akhirnya...



kau lalukan barang tajam itu di pergelangan halusmu.




Sunday, June 16, 2013

Kembali

Kaku di setiap langkah.
Mati di setiap patah.




Pasrah aku berserah.

Lemah

Di setiap minit,
Selepas saat itu.

Aku lemah.

Tuesday, May 21, 2013

Hati

Keras
Panas
Retak sekali
Bertahan.
Retak seribu kali
Masih bertahan.

Kalau sekali pecah
Berderai.
Habis punah tak terbaiki.
Habis ranap tak terbangun kembali.

Sudah sudahlah
Penat penatlah
Cukup cukuplah.

Dah hancur lebur,
Apa lagi mahu kau tabur?


PENUNGGU